8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19, Ayah Ashraf Muslim Meninggal Dunia “Perginya Dalam Keadaan Baik dan Tenang”

Share

8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19, Ayah Ashraf Muslim Meninggal Dunia. Salam takziah diucapkan buat Ashraf Muslim sekeluarga selepas kehilangan arwah ayah tercinta.

Bapa kepada pelakon itu, Haji Muslim Bulat, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sekitar jam 6.37 pagi Selasa akibat Covid-19.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun itu meninggalkan tujuh orang anak.

8 Hari Bertarung Nyawa Akibat Covid-19

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, menerangkan arwah bapanya meninggal dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Hari ini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab ALLAH lebih sayangkan ayah daripada kami,” katanya.

Mohon Maaf Atas Segala Kesilapan Arwah Ayah

Menerusi perkongsian sama, Ashraf yang juga merupakan anak sulung mewakili keluarganya memohon maaf atas segala kesilapan arwah bapanya ketika hayat masih ada.

“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang atau perkara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.

“InsyaAllah sama-sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang ‘Special’ di alam barunya bersama mereka mereka yang beriman,” kongsinya.

Terdahulu pada 20 September lepas Ashraf memaklumkan bapanya terpaksa diintubasi kerana keadaannya yang kritikal.

Bapanya kritikal kerana jantungnya semakin lemah dan sebahagian organ dalamannya telah rosak kerana dijangkiti Covid-19 tahap lima.

 

“Korang Tak Kena Covid Sebab Tu Ambil Mudah, Covid Ni Belasah Semua. Balik Rumah, Mandi Dulu” Ashraf Muslim

“Terima Kasih Allah Memilihku Sebagai Pesakit Covid-19, Syukurku Merasa Nikmatnya” Ashraf Muslim

Pujuk Hati Rasa Sayu

Ashraf menerusi perkongsian sebelum ini di Instagramnya juga turut meluahkan perasaan sangat sayu apabila memberitahu keadaan ayahnya ketika itu.

“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu. Puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini.

“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.

“Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.

“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulis Ashraf.

Mingguan Wanita : Semoga roh arwah ayah Ashraf, Haji Muslim Bulat tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Sumber / Sumber Foto: Instagram Ashraf Muslim

 

 

Published by
Norhayati Suboh