Wanita Pantai Timur ini sememangnya terkenal dengan keistimewaan mereka yang ‘pandai cari duit’ dalam menyara keluarga. Rata-rata usahawan hebat di negara kita ini pun, datangnya dari sana. Baik perniagaan kosmetik, jamu, kain batik malah emas sekali pun.
Tapi sejauh mana kebijaksanaan mak-mak Pantai Timur ini dalam membuat tabungan persaraan untuk hari tua? Ini perlunya ilmu celik kewangan agar mak-mak dapat menikmati usia pencen yang tenang dan membahagiakan.
Tak perlu lagi risau soal kewangan sebab ia telah dirancang awal. Inilah saranan ‘Bersara Tenang’ yang mak-mak Pantai Timur tak boleh lepaskan walau satu poin sekalipun.
Ini 8 Cara Untuk Mak-mak Pantai Timur Bersara Tenang
Pertama : Tak Selamanya Kita Sihat Dan Berupaya Mencari Rezeki
Semakin umur meningkat, katakan memasuki usia 40-an ke 50-an, sakit-sakit mula menjenguk diri. Akhbar tempatan pernah melaporkan makanan manis antara punca obesiti di kalangan penduduk di Kelantan. Sebelum diserang penyakit kritikal mahupun obesiti, mak-mak belajarlah ilmu menabung.
Bimbang kalau tiba-tiba kena bersara secara ‘terpaksa’ akibat penyakit. Kelak menghilangkan ketidakupayaan mencari rezeki. Lainlah menyimpan siap-siap. Bersedia itulah lebih baik daripada berserah.
Kedua : Belajar Rancang Simpanan Jangka Masa Pendek Dan Panjang
Rancang simpanan mak-mak dengan tabungan di bank setiap bulan. Satu lagi cara, mak-mak buat pengurusan kewangan perancangan persaraaan di KWSP. Simpan secara teratur dan berkala. Lagi-lagi untuk mak-mak yang jenis berbelanja tinggi. Rancang kewangan sebegini takkan menyulitkan masa depan mak-mak.
Ketiga : Rancang Strategi Kewangan Peribadi
Maknanya di sini, mak-mak perlu bahagikan siap-siap simpanan dan perbelanjaan. Agar tak terlebih belanja. Simpan terus dalam tabung yang boleh dipercayai bagi menghalang mak-mak dari ‘mengambil sesuka hati’ duit sendiri. Lagi-lagi kalau ada berlaku kecemasan tak terjangka.
Keempat : Kukuhkan Strategi Kewangan Syarikat/Perniagaan
Setiap bulan, hasil keuntungan dari berniaga perlu diasingkan. Jangan gunakan untuk apa pun tujuan. Walaupun untuk membesarkan syarikat sendiri. Ilmu nak perkukuhkan kewangan syarikat ini pun mak-mak kena gali dalam-dalam supaya tak tersalah percaturan dan memakan diri malah perniagaan.
Kelima : Hati-hati Dengan Pinjaman
Ramai wanita buat kesilapan dengan pinjaman, baik peribadi mahupun perniagaan. Nak buat pinjaman apa sekalipun kenalah merancang dan teliti tempoh bayar balik agar tak terjerat dengan hutang pinjaman dalam usia persaraan.
Keenam : Kenapa Mak-Mak Kena Fit
Terlalu sibuk uruskan hal keluarga dan menjana pendapatan sampai mak-mak lupa nak tengok kesihatan diri. Jangan sampai macam itu. Wanita hebat perlu nampak cantik luaran dan dalaman. Sebab itulah amalan pemakanan seimbang, bersenam dan amalan gaya hidup sihat menjamin mak-mak awet muda dan panjang usia.
Ketujuh : Soal Hibah Yang Kadang Mak-mak Terlupa
Kita tak selamanya hidup ya mak-mak. Sebab itulah pentingnya memberikan penama pada
simpanan yang mak-mak buat di KWSP atau pun hibah. Lakukan dengan pihak yang bertauliah dan dipercayai agar tak timbul soal perebutan kelak apabila mak-mak telah tiada.
Kelapan : Usia Emas Yang Produktif
Ini yang pernah dikongsikan CEO KWSP dalam laporan BERNAMA “Jika anda rasa gaya hidup anda memerlukan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan bagi tempoh 20 tahun akan datang, jadi anda seharusnya menyimpan anggaran kasar lebih RM600,000.
“Bagaimanapun, jika anda mempunyai simpanan RM228,000 pada usia 55 tahun, mencukupi bagi anda untuk mengeluarkan kira-kira RM1,000 sebulan sehingga anda berusia 75 tahun… Sama ada ia mencukupi atau tidak akan bergantung kepada perbelanjaan anda.”
Jadi setelah memahami 8 cara ‘Bersara Tenang’ seperti yang dikongsikan ini, mak-mak gali dan dalamilah ilmu kewangan dalam program kempen Celik Kewangan KWSP Pantai Timur yang akan berlangsung pada 22 September 2018 di Kota Bharu, Kelantan dan 29 September 2018 di Kuala Terengganu, Terengganu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI