Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan juicy.Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, tak segar dan kurang berair.Sebenarnya ada beberapa tips tertentu yang boleh mak-mak jadikan panduan sebelum membeli buah ini.
Tips Pilih Buah Tembikai
1. Kenali Jantina
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.
2.Tompokan Kuning
Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
3.Tompokan ‘Jaringan Lebah’
Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggapi sang lebah. Lebah kan suka buah-buah manis.
Ads
4.Tekstur Licin
Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
5. Timbangan Berat
Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
6. Tangkai Kering
Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.
Ads
7.Tepuk Tembikai
Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Antara Khasiat Buah Tembikai pula;
1. Kandungan Air Yang Tinggi
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
2. Baik Untuk Jantung
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Ads
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
3. Anti-Radang
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
4. Penghadaman
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
5. Baik Untuk Kulit Dan Rambut
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Semoga tips dan info yang dikongsikan ini bermanfaat, mak-mak bolehlah amalkan makan buah tembikai selalu dan ikut panduan ini sewaktu nak beli buah tembikai nanti.
Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi trending dengan ‘Gulai Ikan Mat Sabu’ selepas video bual bicaranya bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi viral. Begitu juga dengan video YB masuk dapur yang ramai dikongsi netizen.
Rupanya wanita ini, Zalina Yahaya terdetik dalam hati alangkah seronok kalau dia dapat original resepi dari Menteri Pertahanan tu. Barangkali sudah menjadi rezekinya, apa yang disebut dalam hati itu menjadi kenyataan. Dan dikongsikan agar orang lain pun boleh dapat merasa sama. Bezanya bukan air tangan YB lah, tapi air tangan sendiri dengan resepi YB Mat Sabu.
“Yahooo… dapat juga resepi gulai ikan YB Mat Sabu. Lepas tengok video Lim Guan Eng kata dia suka gulai ikan Mat Sabu hari tu, saya kata dalam hati, best ni kalau dapat resepi.”
“YB Mat Sabu pula orang Penang, sure sedap gila gulai dia. Saya post kat sini (di facebooknya) kelmarin tanya ada sesiapa yang rapat dengan YB. Saya nak resepi kari tu.”
“Alhamdulillah, sehari lepas tu Mamazieza Azizah Hassan wasap saya resepi tulisan tangan Menteri Pertahanan kita tu.”
Fuhhh… hari ni saya try. Lebih kurang sama dengan resepi yang biasa saya buat. Tak guna santan. Cuma air asam jawa. Bezanya, YB letakkan hirisan bawang besar selepas rempah garing. Ini akan menjadikan kuah lebih pekat dan sedap.
Okeh ini resepi kari YB yang saya buat balik. Saya guna ikan kerapu.
Resepi Ikan Mat Sabu
1. Tumis:
Hirisan bawang putih dan bawang merah.
Halba campur
Daun kari.
2. Masukkan rempah kari ikan Babas 2 bungkus (bancuh dengan air sedikit). Biar pecah minyak anggaran 5 minit.
3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan terung@bendi. Biar lembut anggaran 5 minit.
4. Masukkan air asam jawa (saya guna 3/4 sudu the asam jawsa Adabi + 1 mangkuk kecik air. Jika suka kari lebih cair tambah air dan asam)
5. Masukkan ikan. Biar gelegak. Masukkan Garam dan perasa ikan bilis Norr..Siappp.
Sambil Memasak Pun Ada Peneman
Kata Puan Zalina, sambil memasak dia akan ditemani si bulus. “Budak tu adalah peneman saya setiap hari bila saya di dapur. hari-hari biasa pun macam tu. Kalau nak sapu dan mop lantai kena angkat dia.”
Burnt Cheese Cake memang tengah viral sekarang, Para peminat keju dah cuba? Asal mengandungi keju, para peminat keju pasti teruja untuk menikmatinya termasuklah kek keju. Betul tak?
Sekarang sedang viral burnt cheese Cake yang sedap tu. Dah cuba buat sendiri ke? Kalau nak tempah atau beli siap di kedai bakeri, harganya boleh tahan juga. Jadi, nak jimat bajet, boleh try buat sendiri. Rasa lagi puas makan nanti.
Tengok gaya macam rumit je nak membuat burnt cheese cake ni kan? Tapi serius, simple dan senang je cara membuatnya. Mesti ramai tak sangka. Hanya pakai blender je. Jadi, mak-mak yang mungkin tak ada mixer di rumah tak perlu risau. Masukkan dalam blender, kisar sampai halus dan kembang. Mudahnya kan?
Soal rasanya..jangan risau. Fuhhh. Sedap tak terkata. Sesiapa yang suka keju, konfim makan banyak! Resipi Burnt Cheese Cake Viral super sedap ini telah dikongsi oleh Puan Azura di FB miliknya. Bolehlah cuba. Tak susah pun. Bahan yang digunakan pun tak banyak. kisar-kisar, bakar, siap!
Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar, iaitu keju, whipping cream, telur, esen vanila, tepung dan gula kastor. Kisar sehingga kembang dan gebu. Ketepikan.
Alaskan loyang dengan baking paper dan lebihkan paper tersebut daripada tinggi loyang. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah.
Bakar selama 1 jam (bergantung pada saiz oven masing-masing). Kemudian naikkan suhu kepada 200 darjah celcius dan bakar selama 10 minit (jika hendak lagi burn (kesan terbakar) di bahagian atas tu, boleh tambahkan tempoh membakar).
Setelah masak, angkat dan keluarkan daripada oven. Setelah sejuk, boleh potong dan makan. Selamat mencuba. Memang tak susahkan pun kan? Kalau suka, boleh letak sedikit perahan lemon di dalam adunan.
Biasanya Yong Taufu dijual di pasar-pasar malam. Jika beli boleh tahan juga harganya, berpuluh ringgit boleh ‘terbang’. Sebenarnya lebih jimat, puas hati makan dan terjamin bersih jika mak-mak buat sendiri Yong taufu di rumah. Boleh pilih nak kuah sup atau sos hitam.
Boleh ikut resipi kuah sup dan sos hitam daripada Puan Nor Husma Husin ini sebagai panduan.
“Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.”
“Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.”
“Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).”
BAHAN A – SOS HITAM
6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung.
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya. Cara Membuat:
1.Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati.
2.Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul.
3.Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
BAHAN B – KUAH SUP
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas.
2.Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis.
3.Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.
MW:Jadi buat mak-mak yang suka makan Yong Taufu, boleh buat sendiri kuah nya di rumah. Lebih menjimatkan dan puas hati makan dengan anak-anak berbanding beli di luar.
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...