Selalunya, bila berat badan semakin naik, bahagian muka biasanya yang akan jelas ketara nampak bulat melebar terutamanya bahagian pipi dan bawah dagu. Pipi akan nampak lebih tembam dan dagu pula jadi berlapis.Memang risau dibuatnya. Sebenarnya terdapat 7 teknik senaman muka dan urutan wajah yang berkesan, wanita boleh cuba untuk menjadikan bentuk muka lebih runcing dan awet muda.
1.Praktis menyebut huruf AEIOU setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Lakukan secara konsisten untuk lihat kesan yang lebih efektif.
2.Senaman X-O adalah senaman muka yang sangat popular.Cara senaman ini dengan menyebut huruf X dan O sehingga membentuk sebuah gerakan membuka dan menutup mulut.
3.Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
4.Senyum lebar sambil bibir tertutup rapat, tahan selama 15 saat. Kemudian kembali ke wajah asal dan lakukan senyuman lebar hingga menampakkan semua barisan gigi. Tahan selama 15 saat dan ulang langkah ini beberapa kali.
5.Tepuk dagu menggunakan belakang tangan setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Ini bertujuan untuk mengurangkan terjadinya dagu berlapis/ double chin.
6.Tutup mulut dan kembungkan pipi kiri, tahan selama 5 saat. Kemudian lakukan pada pipi kanan dam kiraan masa yang sama. Ulang langkah ini beberapa kali.
7.Bentukkan bibir seperti huruf O buat beberapa ketika dan kemudian lepaskan.
Selain melakukan senaman muka, boleh juga lakukan urutan pada wajah dua hingga tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda. Ketika suhu kulit meningkat, maka dapat membuka liang dan mendorong keluar kotoran yang tertanam jauh di dalam kulit.Kulit akan kelihatan tampak lebih segar, lebih muda, dan bersinar selepas diurut.
Selamat Mencuba!