7 Tahun Kerja Bersama, Bekas Pemain Dram Tuduh Beyonce Amal Sihir & Ilmu Hitam!

Share

Percaya atau tidak, penyanyi tersohor Beyonce Knowles dituduh ahli sihir kerana mengamalkan ilmu hitam.Bekas pemain dram wanita penyanyi Beyonce, Kimberly Thompson, dilaporkan menuduh penyanyi itu mengamalkan sihir secara ekstrem, mengintip telefonnya malah sanggup membunuh anak kucing.

Tuduhan itu dinyatakan bekas pemain dram band Beyonce, Kimberly Thompson ketika membuat permohonan perintah larangan mahkamah terhadap penyanyi berkenaan. Kimberly mendakwa penyanyi berusia 37 tahun itu sering mengganggunya dengan menggunakan sihir.

7 Tahun Bekerja Dengan Beyonce

Menurut The Sun, pemain dram itu bekerja untuk Beyonce selama tujuh tahun.Tuduhnya lagi, penyanyi lagu Lemonade itu membunuh kucing peliharaannya, meletakkan alat pengintip dalam telefon dan mengawal kewangannya.Bagaimanapun, pemain dram itu tidak menyatakan sebab Beyonce bertindak sedemikian.

Selain itu, Kimberly turut menuduh isteri Jay Z itu mencuri harta intelek dan cakera keras komputer selain menjejaskan hubungan peribadinya.

“Semua pertuduhan itu adalah benar dan saya dapat mengharunginya,” katanya kepada The Blast.

Difahamkan hakim sudah menolak permohonan Kimberly kerana tidak mempercayai Beyonce menggunakan ilmu hitam untuk mengawal kehidupan wanita itu.

Setakat ini, pihak Beyonce belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap tuduhan Kimberly .

Dalam perkembangan lain, Beyonce bersama suaminya, Jay Z sibuk dengan jelajah konsert On The Run di beberapa lokasi di Amerika Syarikat.Pasangan berkenaan akan menamatkan jelajah mereka di Seattle pada 4 Oktober ini.

Tunggu kenyataan balas oleh pihak Beyonce nanti. Apa pun agak sukar untuk mempercayai artis antarabangsa yang berjaya mengamalkan sihir dalam kehidupan.

Sumber: Hmetro & dailymail

Published by
Suhaidah Abd Wahab