
Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Artikel berkaitan: Perkara Boleh & Tak Boleh Dilakukan Semasa Hamil Untuk Elak Dijangkiti COVID-19!
Isteri Teruja Jadi Ibu
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Jehan Miskin
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Dihina, Tak Sedikit Pun Dibalas BELLA Syukur Allah Limpahkan Rezeki Luar Biasa!

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tak kenal dengan jurumekap viral, Bella. Sebelum berjaya, dia pernah dihina. Macam-macam dugaan yang dilalui tapi Bella tetap yakin dengan rezeki Allah.
Benarlah seperti yang dijanjikan dalam al-Quran, Allah bersama orang yang sabar. Jika kita syukur, Allah tambah nikmatnya. Inilah yang berlaku kepada Bella. Dalam posting di Instagram miliknya, Bella meluah rasa dan berkongsi pengalaman dengan follower mengenai kisah hidupnya.
Anak kelahiran Kedah ini mengakui pernah dihina. Malah sehingga kini ramai yang tidak senang melihat kejayaannya. Namun Bella tak pernah ‘lemah’ dengan hinaan dan pandangan negatif. Sebaliknya Bella menjadikan semua itu sebagai motivasi yang mendorongnya bekerja keras mengejar impian.
Alhamdulillah, kini Bella antara jurumekap terkenal yang mempunyai jutaan follower. Lebih membanggakan, wanita ini antara usahawan berjaya di Malaysia. Dia meraih pendapatan lumayan dan memiliki pelbagai aset.

Dulu Saya Dihina Sampai Sekarang Orang Tak Senang Tengok …
Hadam perkongsiannya…semoga menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana, tiada yang mustahil jika kita yakin, usaha dan berdoa sepenuh hati kepada Allah. Jangan ‘tunduk’ dengan caci maki dan hinaan orang!
“Rezeki Allah tu luas…Percayalah siapa sangka. Dulu saya dihina…Oi pompuan hang mekap macam TAIK. Muka tak elok pun. Pulun mekap sedangkan tak ada ilmu mekap. Macam-macam viral saya sini.
“Saya diam, sedikit pun saya tak maki atau buat apa-apa sebab saya percaya rezeki kita Allah yang punya. DIA lah bagi DIA juga yang tarik. Redha doa banyak-banyak. Sekarang saya cuba buktikan.
“Saya pun nak berjaya macam orang lain. Sampai sekarang pun masih ada yang tak senang tengok kita. Alahai…,”cerita Bella.
Baca sini
https://www.instagram.com/muabellaz/?hl=en
https://mingguanwanita.my/pesan-ebit-lewbelanja-atas-isteri-keluarga-sedekah-paling-besar-nilainya/
Tak Sabar Nak Duduk Banglo 8 Bilik Hasil Titik Peluh
Dalam posting itu juga, Bella berkongsi berita gembira dengan followernya. Dia mengakui tidak sabar untuk mendiami rumah banglo miliknya yang dibeli dengan hasil titik peluhnya.
“Tak sabaq la nak masuk ke rumah hasil titik peluk sendiri ni ya Allah. Insya-Allah rumah tengah dibina. Semoga siap sebelum bersalin. Rumah ni lain macam sikit sebab kami buat sikit-sikit start beli tanah sampai sedebuk ( sebijik) ni nak buat.
“Yang lain banyak kami beli kami buat homestay. Rumah ni kami paling tak sabaq nak duduk sebab ada lapan bilik, empat bilik air dan dua ruang tamu. Dapur kering dan dapur basah besaq bagi kami. Insya-Allah nak buat kolam dekat budak-budak tu. Tapi saiz sederhana lah.
“Sekarang tengah buat pagar. Ishhh tak sabaq aihh. Kami doakan hampa dimurahkan rezeki berjaya dunia akhirat dan menjadi orang yang baik untuk semua. Amin,”ujarnya yang begitu gembira dikurniakan rezeki luar biasa dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.
Semoga kisah hidup Bella yang pernah dihina menjadi pemangkin semangat kepada kita untuk mengejar impian. Jangan pandang rendah pada kebolehan diri, Min doakan semoga semoga kita dilimpahkan rezeki. Jangan lupa berkongsi rezeki dengan keluarga dan golongan yang memerlukan bila kita berjaya ye.
Sumber: Instagram MUABELLAZ

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebenarnya Mak-Mak Boleh Tukar Barang Kemas Raya, Tanpa Perlu ‘Trade In’ Untung Ikut Teknik Ni!

Isi Kandungan
ToggleMusim Raya ni mesti ramai mak-mak yang ada perancangan untuk nak tambah atau nak tukar barang kemas kan. Waktu Raya ni lah selalunya nak melaram dengan barang kemas baru. Salah satu cara yang biasa digunakan, jika tak berapa ada bajet beli barang kemas adalah dengan menukar emas lama atau ‘trade in’ dengan emas baru. Menurut perkongsian Norhana Binti Hashim, sebenarnya mak-mak tak perlu pun trade in barang kemas untuk beli barang kemas baru kerana ia merugikan.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Ramai wanita yang suka trade in barang kemas. Tahukah anda? Perbuatan tersebut amat merugikan anda sendiri.Kenapa saya kata begitu?
Sebab bila kita trade in barang lama pada yang baru, aset emas kita tetap tidak bertambah malah berkurang. Selain itu perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar emas yang baru jika harga tukaran barang kemas kita rendah. Jadi disitu kita dah rugi besar sebenarnya.”
Jadi disini saya mencadangkan JANGAN TRADE IN!!
Tapi Cuba teknik ini:
1. Bawa emas lama ke ArRahnu dan dapatkan wang tunai.
2. Bila sudah menerima wang tunai, anda boleh pergi beli emas baru dengan nilai wang yang kita dapat atau tambah sedikit bagi barang kemas yang nilai lebih dari nilai pajak sebentar tadi.
3. Jadi sudah boleh melaram dengan barang kemas baru.
4. Lepas raya,kumpul duit tebus semula barang kemas lama.
5. Bila dah tebus kita sudah menambah nilai asset kita.
6.Maka ulang langkah ini setiap tahun.

Maka tiap-tiap tahun boleh pakai barang kemas baru.
Senangkan? Aset pun semakin bertambah.
Info Ekstra!
- Tempoh pajak di ArRahnu ialah 6 bulan.
- Untuk pajakan emas kali pertama, Ar Rahnu biasanya beri 65% dari harga emas.
- Pajakan untuk kali kedua Ar Rahnu akan beri 70% dari harga emas.
- Jika mahu harga yang lebih tinggi, boleh pajakkan di Ar Rahnu Agro Bank, kerana boleh beri sehingga 80% dari harga emas.
- Jika dalam masa 6 bulan tak berjaya tebus,boleh bayar bunga dan boleh sambung tempoh tarikh matang untuk 6 bulan lagi.
Semoga Bermanfaat & Selamat mencuba
Sumber:Norhana Binti Hashim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Larang Ibu Ambil Suplemen.” Wanita Derita Masalah Tulang Menang Saman Berjuta

Isi Kandungan
Toggle“Doktor larang ibu ambil suplemen dan hanya sarankan diet seimbang.” Wanita derita masalah tulang menang saman berjuta atas kesalahan doktor tersebut.
Seorang wanita di London yang menghidap spina bifida menang saman berjuta-juta pound sterling terhadap seorang doktor kerana ‘membenarkan’ dia dilahirkan.
Wanita Derita Masalah Tulang Menang Saman Berjuta
Evie Toombes, 20, memenangi saman difailkan terhadap seorang doktor yang menasihati ibunya bahawa wanita itu tidak perlu mengambil suplemen tambahan.
Suplemen itu dikatakan boleh menghalang kecacatan pada Evie.
Portal Mirror melaporkan Evie dilahirkan dengan spina bifida iaitu keadaan di mana tulang belakang dan saraf tunjang bayi gagal berkembang dalam rahim.
Ia menyebabkan jurang di tulang belakang dan Evie hidup dengan tiub sepanjang masa.
Walaupun dengan keadaannya itu, Evie, dari Skegness, Lincolnshire berjaya sebagai atlet dalam acara sukan lompat kuda (show jumping).
Dalam acara itu, wanita berkenaan bersaing sama ada dengan atlet kurang upaya dan atlet normal.
Dia memenangi Anugerah Orang Muda Inspirasi di acara amal Well Child pada 2018, dan muncul dalam rancangan ITV Hidden Disabilities: What’s The Truth? serta pernah bertemu dengan Putera Harry dan Meghan.
INFO
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah). Ia adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.
Dia juga mendidik kanak-kanak mengenai penyakit itu dan bekerja di Universiti Nottingham.
Doktor Larang Ibu Ambil Suplemen
Evie mendakwa Dr Philip Mitchell bertanggungjawab atas ‘konsep yang salah’ selepas gagal menasihati ibunya, Caroline Toombes untuk mengambil suplemen penting sebelum hamil.
Dia mendakwa, sekiranya dinasihatkan untuk mengambil suplemen itu sebelum hamil, ibunya akan melahirkan bayi yang ‘normal dan sihat.’
Ini diterima oleh sebuah mahkamah di London, yang mendengar saman berkenaan.
Tetapi, Dr Mitchell menafikan dakwaan itu dengan menyatakan dia memberikan Toombes ‘nasihat yang munasabah.’
Baca Juga Di Sini:
Ada Masalah Tulang Belakang & Bahagian Kaki, Amalkan Senaman LOMPAT TALI Setiap Hari
Penghidap Sakit Tulang Belakang Membengkok (Skoliosis), Pelajar Terbaik SPM 12A
Keputusan Yang Sangat Penting
Mahkamah Tinggi mendengar bagaimana Toombes yang berusia 50 tahun pergi melawat Dr Mitchell di Skegness untuk menjelaskan rancangannya untuk melahirkan bayi pertamanya pada Februari 2001.
“Ini adalah keputusan sangat penting untuk membina keluarga kerana dia sendiri kehilangan ibu bapanya ketika dia masih muda,” kata Rodway kepada hakim.
Tetapi walaupun membincangkan asid folik semasa perbincangan, Toombes menegaskan, dia tidak diberitahu oleh Dr Mitchell mengenai kepentingannya dalam mencegah spina bifida.
Pentingnya Asid Folik
“Dia memberitahu saya bahawa ia tidak perlu,” kata Evie kepada hakim.
“Saya dinasihatkan jika saya mengamalkan diet yang baik, saya tidak perlu mengambil asid folik.”
Seorang saksi menegaskan, Dr Mitchell memberikan ‘nasihat yang munasabah’ mengenai suplemen asid folik.
Mingguan Wanita : Ramai mak-mak mengetahui bahawa pentingnya asid folik buat ibu hamil, malah digalakkan kepada wanita yang mengambil keputusan untuk hamil. Kadang-kadang saranan doktor adalah untuk kebaikan. Tetapi sebagai manusia kadangkala berlaku kesilapan sepertimana yang berlaku pada doktor ini.
Sumber: myMetro
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI