Bila berdiri lama atau banyak berjalan mulalah kaki rasa sakit dan lenguh-lenguh. Sebenarnya selain berurut, mak-mak boleh rawat dan atasi rasa sakit dan lenguh-lenguh pada kaki dengan mencuba 7 petua mudah ini.

1.Rendam Kaki Dengan Air Garam Bukit

Cuba rendam kaki dengan air suam. Jika rasa lenguh kaki itu hingga ke betis, gunakan baldi yang tingi untuk mengisi air suam tersebut sehingga paras betis. Tambahkan satu sudu makan garam bukit Kemudian kuncupkan jari kaki di dalam air, tahanlah selama 10 saat, dan kembali semula ke kedudukan asalnya. Ulang beberapa kali sehingga telapak kaki anda terasa lebih ringan.

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

Merendam kaki dengan air garam adalah salah satu daripada perubatan tradisional cina (PTC). Menurutnya, kaki adalah jantung kedua pada tubuh badan manusia dimana terdapat banyak titik akupuntur pada telapak kaki. Manfaat lain merendam kaki dengan air suam dapat memanaskan seluruh badan, meningkatkan pengaliran darah ke bahagian atas tubuh badan dan juga melepaskan tekanan.

2.Tuam Dengan Ais

Lutut sering menjadi pusat rasa lenguh kaki. Jadi, cubalah tuam sekeliling lutut dengan ais batu yang telah dibungkus dengan tuala. Lakukan juga di bahagian atas dan telapak kaki. Buatlah selama 10-15 minit dan pastikan kaki anda berada di tempat yang posisinya lebih tinggi.

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

Ads

3.Tidur Dengan Posisi Kaki Lebih Tinggi

Cuba atasi lenguh kaki dengan meletakkan kaki pada posisi yang lebih tinggi ketika nak tidur. Boleh gunakan bantal untuk meletakkan kaki, sehingga kaki berada dalam kedudukan yang lebih tinggi. Posisi ini boleh membuatkan perjalanan darah di kaki menjadi lebih lancar serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki.

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

4.Minuman Panas

Cara lain untuk meredakan lenguh pada kaki boleh dikurangkan dengan meminum air panas yang telah dicampur madu dan lemon atau air rebusan halia. Ia dapat merehatkan tulang dan otot di tubuh.

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

Ads

5.Lumur Dengan Halia Muda & Bawang Putih

Kaki yang lenguh juga boleh diatasi dengan menggunakan ramuan halia muda dan bawang putih. Caranya buang kulit pada halia dan bawang putih tersebut kemudian tumbuk sehingga lumat/hancur. Biar sampai sedikit berair, selepas itu tampal dan lumurkan pada bahagian kaki yang lenguh. Seaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun.

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

6.Daun Rosemary

Daun rosemary yang segar atau kering dikatakan mengandungi empat anti peradangan yang mampu meredakan sakit otot dan mempercepatkan penyembuhan. Ambil daun rosemary yang telah dicampur dengan air panas mendidih, biarkan suam sedikit, kemudian gunakannya sebagai pembilas ataupun pembersih kaki.

Ads

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

7.Urut Kaki

Untuk meredakan kaki lenguh mak-mak boleh mengurut lembut kaki, mulai dari betis sampai ke telapak kaki bagi melancarkan kembali perjalanan darah.Boleh gunakan minyak zaitun, losyen badan, body oil ataupun minyak urut bagi memudahkan lagi proses mengurut kaki.

7 Petua Mudah Mak-Mak Boleh Hilangkan Lenguh & Sakit Kaki

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber:tips vitamin sihat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI