Jangan pandang enteng dengan petua dapur mak mak ini. Sebab sebelum berkongsi cara, tentu tentulah mak-mak dah cuba dulu. Macam itu jugalah petua nak kilatkan atau hilangkan kuali karat yang berkerak hitam itu.
Tujuh petua dapur yang dikongsikan mak-mak ini adalah bukti nyata yang cara ini memang berkesan hilangkan kuali karat dan kerak hitam. Yang mana ilmunya berguna sungguh untuk mak-mak yang ada masalah nak kilatkan balik kuali hitam macam baru beli.
Dicuba oleh : Hidayah Abdullah
“Suka aaihh.. yang hitam boleh jadi putih pulak.”
Katanya, ini petua dah lama viral. Diperoleh dari Sis Kalai menerusi grup masakan terkenal, Masak Apa Hari Ini-MAHN.
“Lepas beranak baru nak try. Masa mengandung Kak Dayah loya tengok kuali. Asal masuk dapur je nak muntah.”
“Cubalah weh.. menjadi lah. Kalau rajin sental, berkilat lagi tuh. Kak Dayah tak nyempat nak sental habis.”
1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk)
2. Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.
3. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam tu rendam selama 4-5 minit.
4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan jap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.
5. Time sental tuh, kurangkan mengunakan air.
Happy sentaling uolss!
Dicuba oleh : Jammu Qhinta Kecantik
Kali ni tips hilangkan kesan degil periuk/ kuali kat rumah anda. Tajuk kenkonon rajin sangat masak sampai hitam periuk kuali tu kan. Tapi kalau dah hitam-hitam mana best nak masak. Rasa nak beli baru je kan.
Sekarang ni zaman berjimat cermat. Mana yang boleh jimat, kita jimatkan ya. Jangan membazir. Lagipun kos dia alahaiiii murah sesangat.
Kami kat rumah, guna sabun cap buruh macam dalam gambar.
Harganya RM4.50 ada 10 ketul. Jatuh 45 kupang je seketoi. Tak ke jimat.
Mana nak beli? Saya cari kat Jalan Tengku Kelana, Klang.
Sebab apa cari kat sana? Sebab, periuk-periuk kuali kat sana semua kilat-kilat. Boleh jadi cermin muka.
Tahu petua ni pun dari kedai-kedai India yang jual periuk kuali tu lah. Den ni pun tanya. Macamana nak bagi kilat balik bila dah hitam-hitam. Dia kata pakai sabun ni la. Ok fine.. meh kita try!
Ujikaji dibuat dengan bantuan incik gagah perkasa suami (kena puji kalau nak mintak tolong..haha)
Dicuba oleh : Che Puan Khadijah
Penangan sabun mandi & sabun jenama labour. Turun temurun guna sabun mandi & labour untuk sental kuali kasi berkilat macam ni.
Petua dia senang je. Dari mula kita beli kuali, kena rajin sental guna sabun mandi dan sabun labour. Bila sental gunalah penyental aluminium kasa untuk sental kuali tu.
Kalau kerak kuali dah tebal sangat, kena ada kesabaran yang tinggi bila sental. Tangan-tangan dan bahu pun boleh lenguh juga.
“Tapi kalau saya lenguh-lenguh pun tak apa. Asalkan hati gembira tengok periuk belanga berkilat macam ini.”
Dicuba oleh : Nia Zarith Sofea
“Bagi yang suka masak macam saya, ini petua terbaik uall. Asyik nak muka ja cantik putih feloless, kuali kat dapur berkarah hitam berdaram.”
Ada yang sentap.
Ada tu jual sabun rendam je dah kilat,
Saya pun beli la iklan dia merelip kilat oiii pungkoq kuali, jenuh saya rendam tak kilat pun. Harga boleh tahan mahai juga la.
“Ni ha saya nak share MURAH dan JIMAT sabun mandi dan berus periuk halus tak sampai 5 kupang pun sekali sentai.”
Ambik kau merelip macam cermin. Taik lalat kat muka pun boleh nampak dik non
Berus periuk halus
Sabun Mandi
Depan belakang berkilat uall.
Ampa gosok sat ja merelip lip lap lip lap
Cantik banq hang.
Share untuk kawan-kawan kita na bagi mak mertua puji periuk kuali umah menantu merelip kilat rajin sungguh aiihh.
Dicuba oleh : Bellyna coffee beauty & Slimming
“Kuali memasak memang susah nak dibersihkan. Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya. Nak ‘grooming’ kuali supaya cantik kembali? Jom cuba cara di bawah ni.
Soda bikarbonat secukupnya
Berus dawai
Sedikit air
1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.
2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.
3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.
4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan. Selamat mencuba!
Sebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan kulit nenas.
Rebus kulit nanas. Masa reabus kulit nanas itu biar lebih pada tanda hitam. Ambil kulit nanas tu gina senduk, gosok-gosok. Kemudian sental macam biasa. Boleh kilat semula.
Petua Cik Arah cuti cuti ini. Rendam semalaman kuali anda yang buntutnya dah berkarat tu dengan pencuci Harpic.
Kemudian, gosok dengan penggosok periuk. Sental lagi dengan pencuci Harpic. Buatlah sehingga berkilat.
Selamat mencuba.
Haa.. dah tahukan 7 cara petua dapur mak-mak ini. Tengok kuali yang dikongsikan mak-mak ini buat kita rasa tak sabar nak cuba kan. Lagipun, ada bahan-bahan itu memang mudah nak jumpa di rumah sendiri. Jadinya, pilihlah mana-mana yang berkenan di hati ya.