Selalunya mak ayah merasakan anak-anak masa kecil tidak perlu diajar dan membiarkan anak membuat ikut caranya. Jarang mak ayah nak beritahu anak atau pesan kepada anak tentang nasihat untuk dijadikan pengajaran dan ingat bila dewasa kelak.

Bagi mak ayah, anak-anak masih tak tahu apa-apa dan hidup dengan dunianya sendiri. Nanti bila tiba masanya barulah mak ayah akan pesan apa yang patut dan tak patut yang anak-anak lakukan.

Sebenarnya, kalau mak ayah nak beritahu anak dengan pesanan yang ‘berharga, jangan tunggu anak dah besar. Semua itu sudah terlambat sebab masa kecillah mak ayah kena ajar dan pesan.

Nak beritahu anak kena bermula waktu kecil supaya dia ingat sampai dan bila dewasa pun anak-anak akan terbawa-bawa pesanan itu.

Percayalah, nak didik anak jangan tunggu dia besar. Kena mulakan semasa kecil. Inilah yang dikongsikan oleh Taufiq Razif tentang pesanan penting yang perlu mak ayah beritahu anak sebelum mereka dewasa.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami, Rancanglah Harta Siap-Siap, Utamakan Isteri Dan Anak, Elak Berlaku Perebutan

Bila Orang Puji Anak Kita, Bersyukurlah, Bukan Rendahkan Dirinya, Kata Mak Itu DOA

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Beritahu Anak Pesanan Penting

Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa

1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada di sisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu.

2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu.

3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu.

4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu.

Ads

5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian.

6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal.

7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.

#penting
#pesanPadaAnak
#pesanPadaPasangan

MW: Pesan masa kecil, anak cepat ingat dan dengar. Tapi bila besar baru nak pesan, memang agak terlambat sebab mungkin dia akan ikut caranya sendiri.

Ads

Sumber: Taufiq Razif

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI