7 jenis ubat batuk perlu tahu ketika beli di farmasi, ada untuk berkahak & kering. Baru cepat sembuh. Rasa tak selesa alami batuk boleh merosakkan mood kita seharian. Tambah jika ia jenis kering kerana amat memeritkan tekak.
Jika jenis berkahak, juga rasa tidak selesa kerana segan untuk meludah jika berada di tempat awam. Paling selesa tentulah duduk di rumah sendiri kerana biasanya kalau batuk, kita akan alami masalah selesema juga.
Selain bertemu doktor, pilihan yang ada adalah ke farmasi untuk membeli ubat batuk. Tapi sebelum ke farmasi, pastikan kita tahu jenis batuk apa yang sedang kita alami supaya senang membeli jenis ubatnya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Amal PETUA Perahan Limau Kasturi+Kicap, Elok Serasi BATUK Cepat Sembuh!
Pemuda Ini Ajar RAHSIA Makan Madu Asli, Barulah Betul Dapat Khasiatnya!
Lepas Makan Antibiotik Keluar Bintik Merah & Sesak Nafas, Ingatkan Jangkitan HFMD, Rupanya..
Menurut info dikongsi Farmasi Najwa Pusat Bandar, ada tujuh jenis ubat batuk dan kita boleh beli mengikut jenis batuk yang kita alami. Semoga bermanfaat untuk semua yang sedang diuji dengan masalah kesihatan ini.
Tanda-tanda: Tiada kahak, gatal tekak, suara bertukar jadi garau dan boleh buat hilang suara.
Punca: Jangkitan virus di tekak, asma/lelah, habuk/jerebu/bahan kimia/asap rokok dan kesan sampingan ubat
Tanda-tanda: Berkahak, rasa sesak dada bila batuk
Punca: Jangkitan bakteria di tekak, pneumonia atau post-nasal drip.
1. Expectorant (penyingkir kahak)
Sesuai untuk batuk berkahak.Contoh ubat: DCM Expectorant, Mucolix
2. Antitussive (penghenti batuk)
Sesuai untuk batuk kering tanpa kahak. Contoh ubat: Copastin, Rasitin
3. Anti-asthmatics (batuk lelah)
Sesuai untuk korang yang mengalami batuk lelah, terutamanya batuk pada sebelah malam. Contoh ubat: Ventolin, Salmodil
4. Mucolytics (cair kahak)
Untuk mencairkan kahak pekat supaya senang dikeluarkan dan melegakan batuk. Contoh ubat: Bromhexine, Stenac
5. Decongestant (ubat selesema)
Sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip), melegakan batuk, selesema dan hidung tersumbat. Contoh ubat: Cough-EN, Sedilix
6. Antibiotik
Sekiranya batuk melebihi tiga hari beserta kahak hijau/kuning (perlu slip doktor jika ingin mendapatkan antibiotik di farmasi luar)
7. Lozenge
Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk. Contoh ubat: Difflam, Strepsils, Sobenz
Selain daripada ubat-ubat batuk yang terkawal seperti ini, terdapat juga ubat batuk herba atau tradisional yang boleh menghilangkan batuk. Anda mesti familiar dengan Prospan, Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika, Ubat Batuk Cap Ibu & Anak, Ubat Batuk Hurix’s dan macam-macam lagi kan, jadi ubat-ubat ini juga boleh digunakan untuk merawat gejala batuk yang dihadapi.
Kalau dah habis sebotol tapi masih juga tak ok baik terus jumpa doktor untuk rawatan susulan. Manalah tau kot ada masalah lain. Sebaiknya, dapatkan juga nasihat daripada pakar.Sumber :- Farmasi Najwa Pusat Bandar