Boleh dikatakan setiap rumah kini, mempunyai penyaman udara atau ‘air conditioner’. Cuaca panas yang berterusan walaupun pada waktu malam, menyebabkan ada antara kita gunakan , memasang penyaman udara sehingga 24 jam! Ia bagaikan suatu ‘keperluan’ demi keselesaan ketika berada di rumah.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus menyebabkan bayaran bil elektrik melambung tinggi setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan;
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
Ads
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Ads
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Ads
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Tiada rasa malu timbul di hati, segalanya dilalui dengan penuh keredhaan terhadap ujian dari Allah SWT. Sudah lebih 50 tahun dia diuji dengan penyakit kulit kronik namun Ishak Che Endut atau mesra disapa Pak Tam tabah menghadapinya.
Cerita ‘Jangan Takut Pada Saya…’ ini temubual yang dijalankan oleh wartawan Mingguan Wanita ketika membuat tugasan di Kedah.
“Jangan takut dengan saya. Saya suka berkawan. Suka hidup bermasyarakat. Penyakit ini tidak berjangkit namun sehingga kini tiada penawar ditemui.”
“Pada usia saya 8 tahun, satu ketulan timbul di paha dan semakin saya membesar, lebih banyak ketulan yang muncul sehinggalah jadi begini. Ketika muda, saya bekerja mencari rezeki tetapi kini kudrat saya semakin lemah dan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.”
“Kalau boleh Ramadan ini (ketika temu bual berlangsung umat Islam bakal menyambut Ramadan) saya ingin raikan dengan penuh rasa gembira seperti orang lain. Ada baju baru, ada orang tolong kemaskan rumah dan banyak lagi impian saya.”
Bagi anda yang ingin menziarahinya boleh datang ke rumahnya, Kampung Sira Bawah, Baling atau salurkan sedikit sumbangan untuk Pak Tam meneruskan kehidupannya di akaun Bank Rakyat di nombor 22-004-120835-0 atas nama Ishak Che Endut
Ini Video Realiti Hidup Pak Tam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki ini, Azmeer Yusof merupakan bekas pemain skuad Lang Merah. Miliki sekeping hati yang pemurah. Tak berkira, malah rela hati memberikan rumahnya untuk digunakan oleh bakal pengantin secara PERCUMA untuk majlis perkahwinan mereka.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Azmeer di laman facebooknya hari ini. Kongsinya,
Bakal Pengantin, Gunakan Rumah Saya Secara PERCUMA..
“Rumah saya tak sebesar BANGLO yang membolehkan hari-hari buat makan BBQ. Tak secantik BANGLO yang menjadi idaman setiap orang untuk menghadiri setiap ajakan dari tuan rumah.
Tapi saya ingin TAWARKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG NAK BERKAHWIN, GUNAKAN RUMAH SAYA SECARA PERCUMA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. TAPAK RUMAH SAYA MEMUATKAN 4 biji KHEMAH.
Rumah saya mempunyai 4 bilik, 1 bilik air, 1 tandas, 6 aircond. BERALAMAT di No 9, Lorong Bunga Raya 4, Tongkang Yard, 05050 Alor Setar, Kedah.
Kepada BAKAL PENGANTIN & MAK AYAH PENGANTIN, TOLONG JIMATKAN DUIT ANDA dari SEWA DEWAN atau HOTEL atau apa-apa sahaja.
I have my an experience, KEHIDUPAN selepas BERKAHWIN lebih PENTING dari SEBELUM BERKAHWIN.
Ambil dan gunakan apa yang saya tawarkan ini. PERCUMA SAHAJA. Jika nak hulurkan juga saguhati, just beri sahaja kepada Pusat Pengajian Azmeer Yusof ( PPAY ). Saya tidak akan ambil 1 sen pun.
KATA GURU SAYA, ALLAH AKAN TANYA SETIAP HARTA YANG KITA ADA DI DALAM DUNIA INI. APA KITA BUAT DENGAN HARTA TERSEBUT? KE MANA DUIT YANG KITA BELANJAKAN? DAN SEBAGAINYA MILIK KITA, ALLAH AKAN TANYA.
Ketika ini, Azmeer sudah bergelar usahawan muda yang memiliki beberapa perniagaan. Antaranya rangkaian kedai gunting rambut AY Barbershop di sekitar utara selain buku mengenai kisah hidupnya. Beliau juga giat membangunkan pusat tahfiz dan pengajian Al-Quran.
MW : Semoga usaha Azmeer memberi kesenangan kepada keluarga dan bakal pengantin dan semakin dilimpahi rezekiNya di atas kemurahan hatinya itu.
Bau badan berkaitan penjagaan kebersihan diri. Kena pastikan diri sentiasa bersih, segar dan badan tidak berbau agar orang sekeliling selesa dengan keadaan kita.Lebih-lebih lagi jika ingin melakukan perjalanan yang jauh dengan menaiki kereta, bas mahupun pesawat. Jangan jadi seperti lelaki ini, terpaksa dikeluarkan daripada pesawat gara-gara bau badannya yang amat busuk!
Sebuah pesawat penerbangan komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas sejumlah penumpang pengsan dan muntah gara-gara terhidu bau badan busuk seorang penumpang lelaki.
Dikurung Dalam Tandas
Menurut laporan, kru kabin cuba mengurangkan kesan bau badan lelaki itu dengan mengurungnya di dalam tandas pesawat tetapi gagal menyelesaikan masalah.
Pesawat Transavia Boeing 737 yang berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Belanda ke Gran Canaria, Sepanyol itu kemudian membuat keputusan mendarat di Faro di sini.
Sebaik mendarat, lelaki berkenaan diiringi keluar dari kapal terbang oleh sejumlah pegawai perubatan sebelum menaiki sebuah bas.
“Bau badannya seperti orang tidak mandi beberapa minggu menyebabkan ada penumpang tidak tahan dan muntah,” kata penumpang warga Belgium, Piet van Haut.
Transavia mengesahkan pendaratan cemas itu sambil mengatakan puncanya akibat masalah kesihatan.
Macam-macam hal. Jangan sampai jadi macam ni iya. Busuk sangat tu, sampai boleh buat orang muntah dan pengsan!Pesawat pun terpaksa buat pendaratan cemas!