7 beranak berhimpit tidur dalam kereta beratapkan langit, sebak terima bantuan. Ditipu tuan rumah biar sudah membayar deposit sewaan rumah ketika merantau dari Kelantan ke Pulau Pinang mengakibatkan tujuh beranak berhimpit tidur di dalam kereta beratapkan langit.
Namun kesedihan keluarga ini berakhir apabila Menteri Sumber Manusia, YB Steven Lim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam membantu mencarikan rumah dan memberi pekerjaan buat keluarga ini yang mana ia memberi sinar bahagia buat Hilmi dan pasangannya serta lima anak-anak mereka yang masih kecil dan ada yang sudah diberhentikan sekolah kerana kemiskinan.
7 Beranak Berhimpit Tidur Dalam Kereta Beratapkan Langit
Dalam satu perkongsian di posting facebooknya, Yb Steven Lim berkongsi kisah keluarga ini yang terpaksa tinggal di dalam kereta.
Jelas Steven Sim, keluarga Hilmi berasal dari Kelantan dan kemudian berhijrah ke Pulau Pinang bersama lima anak kecilnya. Sudah dapat kerja di sebuah syarikat lori dan mampu membayar deposit rumah namun akhirnya ditipu memaksa mereka sekeluarga tinggal di dalam kereta sahaja. Manakala pekerjaan sebagai pemandu lori pula terpaksa dilepaskan kerana kereta yang menjadi “rumah” mereka agak uzur dan dibimbangi dari aspek keselamatan.
“Mereka 7 sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya. Bumbung ada, cermin tingkap tak ada, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.
“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai driver lori. Takkan nak biarkan isteri dan anak tinggal dalam kereta tak bercermin ketika dia bawa lori berjauhan.
“Tapi Hilmi tak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah tu, kereta itu juga dibawa kesana ke sini buat Lalamove. Bila hantar barang, satu famili terpaksa pi bersama. Kais pagi makan pagi.
“Oleh sebab dihimpit keadaan, dua orang anak yang bersekolah terpaksa berhenti.
Selepas saya dapat aduan tentang keadaan Hilmi sekeluarga, saya terus turun ke lokasi mereka berada,” katanya memaklumkan anak pasangan ini paling tua berusia 9 tahun dan bongsu dua tahun.
Berkongsi kisah menyedihkan dilalui tujuh beranak ini, jelas Steven Sim, biar tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori namun Hilmi mengambil upah sebagai pemandu grab dan akan membawa sekeluarga setiap kali menghantar barang.
Dirinya turut menjelaskan ketika lawatan menemui keluarga ini, anak-anak secara jujur mengakui belum makan lagi.
“Bahkan isteri Hilmi memaklumkan, biasanya kalau makan ayam goreng mereka akan mengambil hanya dua ketul sahaja dan berkongsi nasi setiap sedikit.
“Nasi order tiga pinggan, ayam dua ketul. Biasanya dikongsi beramai-ramai,”katanya memaklumkan membelanja setiap anak-anak seketul seorang ketika kunjungannya.
Malah dirinya turut membuat kejutan dengan menyediakan rumah baru buat keluarga agar anak-anak tak perlu lagi tidur di dalam kereta dan membayar sewanya selama setahun selain mencari kerja sebagai pemandu lori buat Hilmi.
“Di rumah baru, saya rasa begitu gembira melihat anak-anak tersenyum riang. Sofa, katil, dapur, peti ais semua saya belikan. Beli yang simple simple je tapi tak sangka anak-anak begitu gembira bila nampak ada peta ais. Isteri Hilmi kata rumah lama mereka pun tak ada peti ais.
“Saya juga dapatkan kerja baru untuk Hilmi di sebuah syarikat lori. Lepas ni, Hilmi akan ada gaji tetap bolehlah jaga famili dengan lebih baik. Hilmi fokus bina semula kehidupan. Sewa rumah saya tanggung setahun, biar Hilmi dan isteri usah bimbang bab ni. Anak-anak saya uruskan balik ke sekolah,” katanya berkongsi berita sebak ini dan disyukuri ramai pengikutnya di media sosial yang mengucapkan tahniah kerana berusaha membantu keluarga ini.
Dalam pada itu, YB Steven turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai PPD, Tuan Shuhada Ibrahim serta Tuan Liang Chee Kin dan guru PK HEM SK Taman Impian Puan Rubiah Hassan yang hadir sendiri ke rumah baru menjenguk anak-anak.
“Surat masuk sekolah sekali depa bawa. Terima kasih Cikgu, Steven serahkan Syukur dan adiknya Rizqi kepada Cikgu.
Malam ni saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri Yani, anak-anak mereka Syukur, 9 tahun, Rizqi 7 tahun, Amin 4 tahun, Rahmat 3 tahun, Aisyah 2 tahun tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.