7 Alasan Yang Membolehkan Wanita Ini Selamatkan 3 Nyawa Dengan 450ML Darahnya

Ramai rupanya dari kalangan rakyat Malaysia yang pemurah dan penderma. Bukan saja dalam bentuk wang ringgit, derma darah pun sebahagian daripada sumbangan yang sedia dilakukan.

Buktinya, wanita muda ini, Eryn Halim Wong tekun melakukan rutin derma darahnya. Akuinya ada 7 sebab mengapa dia masih tak jemu menderma.

Antara 7 alasan itu, saya masih stick pada bestnya derma kerana saya mampu selamatkan 3 nyawa dengan 450 ml darah saya.”

Dia juga menyangkal yang derma darah boleh sebabkan badan jadi gemuk. “Saya ini nak maintain 60kg punya payah. Lepas derma mesti turun jadi 54kg ke 55kg.”

Bagaimanapun, Eryn terus ke Pusat Darah Negara pada sebelah pagi untuk menderma. “Sebab di sana waktu pagi tak ramai orang. So, aurat pun terjaga. Boleh request minta petugas selimutkan.

Pusat itu dibuka pagi sampai 8 malam. Sekarang weekend pun ada. Pergilah hari biasa, tak ramai orang.”

Apa yang Bestnya Derma Darah

Tak best mana pun derma darah. Cuma boleh..

Ads

1) Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Jika anda penderma setahun sekali, anda mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapat serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak derma. Bayangkan derma 4 kali setahun, urmmm bestkan?

2) Mengurangkan Risiko Dapat Kanser

Derma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko dapat pelbagai jenis kanser. (Hati, kolon, perut dan tekak)

3) Membakar Kalori

Yang malas nak bersenam macam saya pasti suka yang ni. Setiap sesi akan menyebabkan 650 kalori kita terbakar.

So, isu berat naik lepas derma sangat tak logik.

Baca Sini : ‘Encik Tak Perlu Bayar Bil Apa-apa,’ Semuanya Kerana Sekeping Buku Merah Lusuh

Ads

 

7 Alasan Yang Membolehkan Wanita Ini Selamatkan 3 Nyawa Dengan 450ML Darahnya

4) Buang Yang Kotor, Hasilkan Lebih Darah Segar

Sel-sel darah kotor akan keluar dan sel-sel darah baru yang segar akan dihasil oleh badan dan mempunyai keupayaan lebih baik membawa oksigen ke seluruh badan. (sebab tu ada tempoh bertenang selepas derma untuk ke sesi derma yang berikutnya)

5) Terhindar Dari Pengumpulan Zat Besi Berlebihan

Kecekapan badan menggunakan zat besi meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan darah merah yang baru.

Ads

Ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.

6) Tingkatkan Tahap Kesihatan

Sebelum menderma kita akan lalui pemeriksaan kesihatan. Maka kita akan diberitahu tahap kesihatan kita. Dah tak perlu risau samada ada darah tinggi ke, kencing manis ke, tekanan darah rendah ke. Best ke best?

Pada pesakit obesiti, derma darah mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

7) Amalan Mulia

Darah yang kita derma mampu menyelamatakan nyawa orang lain. Darah yang didermakan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit.

Antara 3 Nyawa Yang Diselamatkan

√   Pesakit Leukemia
√   Pesakit Thalasemia
√   Pesakit Hemofillia
√   Pesakit Demam Denggi
√   Kes-Kes Anemia
√   Mangsa Kebakaran
√   Ibu-ibu yang mengalami tumpah darah
√   Bayi yang memerlukan pemindahan darah
√   Mangsa kemalangan yang banyak hilang darah

Sumber/Foto : Eryn Halim Wong

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI