Sebaik ijab dan kabul, ternanti 1001 dugaan untuk diharungi suami isteri dalam rumah tangga. Jiwa kena kental! Iman kena kuat! Walau bagaimana, ada yang mengakui bahawa timbul penyesalan di hati selepas berkahwin. Eh, mengapa boleh timbul perasaan sebegitu sedangkan pasangannya itu adalah pilihan hatinya sendiri. Kalau menyesal, takkan hendak bercerai pula?

Berikut disenaraikan beberapa faktor yang mungkin jadi penyebabnya.

1. Tak Cinta Sepenuh Hati

Ramai yang berkahwin bukan sebab cinta semata-mata. Ada yang berkahwin atas pilihan keluarga. Tapi jangan salah faham, banyak pasangan pilihan keluarga yang mampu kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

Bila pasangan suami isteri itu berkahwin tanpa rasa cinta, mereka cenderung akan merasa menyesal kerana tidak mampu mencintai pasangan seperti yang sepatutnya. Mungkin ketika mengambil keputusan untuk berkahwin, otak mereka sedang bercelaru.

Misalnya baru dikecewakan, takut dianggap ‘tak laku’ oleh masyarakat, kerana simpati dan sebagainya. Ketika itu mereka anggap cinta itu boleh dipupuk selepas kahwin. Ya, memang boleh tapi kena ada usaha dan yang penting, kena bulatkan hati untuk menerima orang yang telah dipilih sebagai pasangan sehidup semati itu. Ingat, perkahwinan bukan perkara main-main ye.

Ads

Kenapa Lepas kahwin Timbul Rasa Menyesal? Disenaraikan 7 Alasan Untuk Anda Semak!

2. Tak Seperti Yang Diharapkan

Ada suami atau isteri  yang rasa menyesal selepas kahwin apabila mendapati sikap pasangannya berbeza sebelum berkahwin. Tak dinafikan, sepanjang tempoh bercinta, tidak ‘terkeluar’ lagi sikap dan karakter sebenar pasangan sehinggalah sudah duduk serumah. Ketika itu, mungkin banyak sikapnya yang anda tidak sukai dan membuatkan hati anda tawar dan seterusnya terbit rasa menyesal dengan perkahwinan tersebut. Seharusnya anda perlu terima segala keburukan pasangan sebagaimana dia perlu menerima keburukan anda juga. Anda pun tak sempurna kot!

3. Tiada Kemesraan

Mungkin pasangan suami isteri itu tidur sekatil, namun di hati, anda tidak dapat berasakan kemesraan dan keintiman dengannya. Apabila ini terjadi, anda akan timbul penyesalan.

Ads

4. Mencintai orang lain

Ia berkait dengan faktor pertama. Mungkin hati anda masih tidak dapat melupakan bekas kekasih jadi hati anda tidak sepenuhnya dapat menerima pasangan. Akhirnya akan timbul penyesalan kerana menyedari anda membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin kerana kecewa. Anda rasakan anda sudah membuat pilihan yang salah. Bahaya tu!

5. Tak Serasi

Ketika menikah, barulah anda sedar bahawa diri anda dan pasangan tidak memiliki keserasian. Anda tidak dapat menyesuaikan diri dan begitu juga pasangan. Ini boleh mewujudkan pertelingkahan di antara suami isteri yang akhirnya boleh mencetuskan rasa penyesalan.

6. Keluarga Pasangan

Banyak pasangan yang mengakui rumah tangga mereka bermasalah akibat mentua dan adik-beradik pasangan. Ia tidak mudah untuk diatasi dan bila semakin merebak, akan timbul penyesalan terhadap perkahwinan itu.

Ads

7. Pasangan Curang

Siapa saja pasti akan marah jika pasangan mereka curang dan diri mereka dikhianati. Ini membuat anda menyesali pernikahan tersebut. Kecurangan dalam perkahwinan boleh mewujudkan masalah yang lebih besar.

Walau apa pun, segala-galanya terpulang pada diri sendiri. Bahagia itu anda sendiri yang kena cari. Namun, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan pada diri pasangan dan membandingkan dirinya dengan orang lain. Anda sendiri yang telah membuat pilihan kan? Jadi sila bertanggungjawab terhadap keputusan yang anda buat itu sebelum mencari alasan.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI