Jodoh, ajal,maut semuanya ketentuan Tuhan. Bagi suami isteri, andai ajal memisahkan di dunia, jika boleh ingin bersama-sama menemui sang pencipta abadi.Muda bersama hingga meniti usia senja, sehidup semati hingga ke akhir hayat.
64 tahun hidup bersama melayari rumahtangga, takdir pasangan suami isteri warga emas ini apabila menemui ajal hanya selang 15 jam.
Kasih Hingga Hujung Nyawa
Kasih seorang lelaki terhadap isterinya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 15 jam selepas wanita yang amat dikasihinya itu pergi buat selama-lamanya akibat barah usus kelmarin.
Wan Zainun Wan Chik, 84, meninggal dunia pada pukul 6.48 pagi, manakala suaminya, Wan Yahya Wan Husein, 87, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 15 jam kemudian iaitu pada pukul 9.40 malam akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Wan Zainun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, manakala suaminya meninggal dunia di rumahnya di Taman Dato’ Abdul Rahman, Kuala Berang di sini.
Tahap Kesihatan Merosot
Anak sulung pasangan itu, Wan Rahimah, 63, memberitahu, tahap kesihatan kedua-dua orang tuanya mula merosot pada bulan lalu.
Ads
Katanya, bapanya mengalami masalah paru-paru pada 15 Oktober lalu sebelum ibunya dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap barah usus tahap akhir lima hari kemudian.
“Ayah amat sugul dan bagaikan hilang separuh nyawa selepas emak dimasukkan ke hospital. Hubungan mereka memang sangat rapat seperti belangkas.
“Dua hari lalu (Isnin), kami adik-beradik bawa ayah jumpa emak. Dalam pertemuan terakhir hampir sejam itu, ayah pegang erat tangan dan renung wajah emak dalam-dalam sambil menangis,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Tambahnya, air mata lelaki itu sekali lagi tumpah apabila ibunya disahkan meninggal dunia pagi kelmarin.
Ads
Hadir Pengebumian Isteri
Menurut Wan Rahimah, walaupun uzur, bapanya yang turut mengalami gangguan saraf menguatkan semangat untuk hadir pada upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Berang di sini pada pukul 3 petang.
“Kami adik-beradik tidak menyangka kehilangan bapa selepas ibu meninggal dunia.
“Jenazah ayah selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama pada pukul 9 pagi tadi (semalam). Walaupun masih terkejut kehilangan ibu bapa pada hari sama, kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Ads
Wan Rahimah berkata, ibu bapanya ialah pasangan yang romantik dan tidak pernah sekali pun bergaduh besar.
“Mereka selalu membuat keputusan bersama sepanjang 64 tahun berkahwin,” katanya.
Wan Rahimah berkata, ibu bapanya membesarkan mereka lima beradik sebagai peniaga kedai runcit dan rempah ratus sejak tahun 1970-an sebelum perniagaan itu diwarisinya pada tahun 2008.
Walau pun dilahirkan istimewa, anak ini sangat hebat di mata pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun. Sehinggakan ustazah membacakan doa untuknya di penghujung kuliahnya.
Semoga kisah Mohamad Fariz ini menjadi asbab untuk mak ayah yang diuji ini lebih menghargai kehadiran anak-anak sebegini. Sekali gus berbangga kerana terpilih menjadi penjaga anak syurga ini.
Anak Istimewa Ini Datang Kuliah Sendirian
Anak istimewa ini namanya Mohamad Fariz bin Dorajak, hampir setiap kali kuliyah disini dia hadir sama, datang sorang-sorang, tanpa ibunya atau sesiapa, dan tentunya dia satu-satunya lelaki. Pelik juga bagaimana dia tahu waktu kuliyah 2 minggu sekali ini.
Dia akan duduk menyandar di satu sudut, sambil angguk laju, kadang dia keluarkan suara seperti mengiakan sambil tangan digayakan seperti penceramah, subhanAllah..kamu memang menghiburkan hati kami.
Doa Inilah Buat Air Mata Anak Istimewa Mengalir Laju
Seperti biasa, hujung kuliyah akan ditutup dengan doa, satu hari saya sebut perihal dia dalam doa,
“Ya Allah, ada di kalangan kami hambaMu yang istimewa bernama Mohammad Fariz, beruntungnya dia insyaAllah bakal penghuni syurgaMu, beruntunglah dia ya Allah, Jadikanlah kami jua dikalangan mereka, mendapatkan kurniaan syurgaMu dengan belas kasihanMu..”
Tiba-tiba dia menangis beria sambil mengesat air matanya, saat itu kami semua juga sebak dan air jernih laju mengalir.
Lahirnya istimewa sebagai sindrom down, zahirnya nampak tidak sempurna, tapi hakikatnya dia lebih sempurna daripada kita, namanya insyaAllah telah ditempa di Syurga.
Bersabar Dan Berbahagialah Duhai Penjaga Anak Syurga
Berbahagialah dan kuatkan kesabaran..duhai Ibu Ayah yang dikurniakan Allah anak seistimewa ini, kalian terpilih untuk menjaga anak syurga, insyaAllah kalian akan berkumpul kembali dengan sempurna di Syurga.
Sila share sebagai sokongan.
Moga bermanfaat Dunia Akhirat.
Kata orang tua, garang biarlah bertempat dan jangan pula terbawa-bawa hingga berpasangan. Sikap garang jika kena pada tempatnya tidak salah, namun jika hingga tidak menghormati orang lain terutamanya suami atau mertua amatlah tidak wajar.
Berhubung dengan isu Isteri Garang, Kecilkan Hati Mertua, Dr Ben Fadzil Mohd Salleh cuba berkongsi pendapatnya dengan pembaca Mingguan Wanita.
Garang adalah satu sifat ego seseorang yang mempunyai perwatakan semula jadi atau yang sengaja dibuat untuk mendapatkan perhatian dan juga untuk menakut-nakutkan orang lain.
Ianya juga adalah sifat yang sering dibuat-buat untuk menunjukkan sikap kelebihan diri seseorang kepada orang lain. Adakalanya ia adalah sifat yang sengaja dilakukan atau diadakan dengan niat menunjuk.
Selain itu, dikatakan ianya berlaku apabila kita ingin memberitahu dengan bahasa badan bahawa kita berkuasa dan bukan jenis untuk dipermainkan atau diperlekehkan. Sikap garang boleh memberi salah tafsiran kepada orang yang melihatnya seperti sombong, menunjuk-nunjuk, riak dan juga bongkak.
Tidak ada mertua yang suka menantunya bersifat atau berlaku garang dihadapan mereka. Kebiasaannya mertua inginkan menantu mereka mempunyai sifat penyayang dan lembut serta memberi mertua penghormatan sebagai mertua dari anak menantu dan bukan menunjukkan betapa garangnya kelakuan menantu mereka.
Isteri yang garang sudah pastin akan mengecilkan hati mertua sebab mertua akan merasa rendah diri serta rasa dibuli oleh anak menantu mereka. Sifat garang akan menyukarkan lagi pergaulan di antara mertua dengan menantu kerana mertua akan berasa tiada kebebasan berbicara dan bergaul.
Cara Lembutkan Sikap Garang
Bagi melembutkan sikap isteri yang garang, seorang wanita itu perlulah mempunyai sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, mempunyai perasaan kasih sayang seperti menyayangi mertua seperti ibu bapa mereka sendiri, banyak mengalah dan kurangkan perasaan membanggakan diri.
Ibu mertua adalah orang yang paling rapat dengan suami dan memahami setiap perangai si suami tersebut.
Langkah yang paling efektif untuk memulihkan hubungan ibu mertua dan isteri ialah dengan membawa isteri berjumpa dengan mertua dan mengadakan komunikasi kekeluargaan.
Di samping itu, suami hendaklah menjalankan tugasnya dengan merapatkan hubungan isteri dengan mertua dengan memastikan mertua dilayan dengan baik dan dihormati oleh isteri mereka.
Akhir kata, anggaplah mertua seperti ibu dan bapa sendiri. Sebagai menantu, isteri tidak sepatutnya ada istilah menyakitkan hati mertua kerana ianya seperti menyakitkan hati ibu bapa isteri sendiri.
Sebaiknya sebagai seorang isteri patut menjaga tertib dengan setiap hubungan bersama mertua dalam menjaga hati, harmoni kekeluargaan dan silaturahim dengan mertuanya.
Langkah menghindarkan diri pulang ke kampung atau jarang pulang ke kampung hanya akan menjauhkan perhubungan di antara isteri dan mertua dan ia bukanlah alternatif terbaik.
Oleh hal yang demikian, segala masalah di antara menantu dan mertua perlulah diselesaikan dengan baik dalam suasana yang damai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah, gajet ini memang penting untuk kita saling dekat dan mudah berhubung. Tapi bagi anak-anak kecil, gajet ini boleh membawa kesan negatif kepada mereka, jika mak ayah tak bendung masa penggunaannya dari awal.
Sebab inilah yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari akan kesan buruk alat elektronik ini kepada anak-anak. Sila hadamkan ya mak ayah.
Kesan Buruk Gajet Kepada Anak-anak
Pada zaman kini, ibu bapa moden sering menggunakan gajet seperti smartphone atau tablet untuk menenangkan atau mengambil perhatian anak-anak.
Senyapla sikit diorang kan? Tapi adakah itu langkah yang bijak? Teknologi sememangya akan memberi manfaat kepada anak-anak sekiranya diberi pendedahan terkawal. Tetapi kalau diberi pendedahan berlebihan, memang banyak kesan buruk.
Sebabkan Speech Development Jadi Lambat
Untuk anak-anak kecil, Kesan negatif kepada mereka adalah adalah menyebabkan speech development menjadi lebih lambat berbanding anak-anak lain yang sama umur. Dah anak dok tenung je gajet tu sambal swipe jari.
Bila masa dia nak bercakap kan? Dan kalau tak bercakap dengan orang pula, macam mana dia nak belajar bersosial dengan normal? Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ni. Beri limit selama 2 jam sehari untuk mereka bermain gajet. Lagi kurang lagi bagus. Tak nakla dapat speech delay. Kena pula bawa jumpa speech therapist etc nanti.
Anak-anak Akan Ada Sentimen Negatif
Bila anak-anak menjadi terlalu dependent pada gajet ni, mereka akan ada sentiment negatif kalau kita gajet mereka hilang atau kita ambil. Mereka akan marah, sedih, dan rasa kekurangan sesuatu.
Penggunaan gajet yang terlalu lama pula akan memberi kesan kepada tahap agresif anak-anak. Malah, anak-anak akan tidak sensitive kepada persekitaran mereka sebab berada dalam dunia mereka sendiri.
Berisiko Mendapat Masalah Mental
Dan banyak kajian telah mendapati bahawa semakin lama penggunaan gajet, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah mental seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorders, dan bunuh diri.
Memangla kita rasa anak-anak kita okay je masa kecil. Tetapi kesannya akan kita nampak semasa anak-anak tu dah besar. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi lenturlah elok-elok rebung tu. Bersabarlah sikit dengan kerenah anak-anak.
Ayra pun dah makin clingy sekarang. Sampai tahap nak panjat kaki saya tak nak lepas. Bukakla Omar & Hana kat youtube tu kejap. Favourite dia. Lepas Ayra dah tenang sikit, tutupla youtube pastu saya pula sambung nyanyi lagu Omar & Hana. Dulu saya layan Linkin Park dengan Metallica. Sekarang kena ingat lagu-lagu budak-budak nak kena nyanyi kat Ayra. Hmm.
MW : Dah boleh ya simpan gajet dekat tangan anak-anak tu mak-mak.
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...