6 Wira Negara Maut, Malaysia ‘Basah’ Dengan Ujian Allah

Share

Hari ini suasana hiba dengan berita enam wira Negara, anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat mati lemas ketika cuba menyelamatkan seorang remaja berumur 17 tahun yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Bukan hanya lalu lalang di laman sosial, malah di kaca televisyen juga turut menyampaikan cerita sedih dengan kejadian ini.

Namun apa yang terjadi mungkin ada hikmah di sebaliknya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Untuk renungan, jemput baca perkongsian Puan Asyikin Hashim ini…

Buat yang bersedih.

Kita menyangka Allah hanya layak untuk beri kita senang, bahagia, kaya, mudah dan sebagainya. Yang baik-baik sahaja. Masa itu baru kita bersyukur sangat. Kita puji Allah.

Namun kita lupa bahawa Allah juga LAYAK untuk beri dugaan kepada kita. Malah bukan itu sahaja. Allah layak buat kita susah, sedih, murung, miskin, runsing, risau dan sebagainya. Yang kita tak suka berlaku kepada kita. Masa itu kita bersangka dengan Allah. Kita persoal kenapa Allah bagi ujian ini kepada kita.

Kita lupa di akhir bahagia ada kala kita ketemu kecewa. Di akhir senang, akan ada susah yang Allah hadirkan. Di kala kaya, Allah miskin kan kita sebentar.

Begitu juga ketika susah. Di akhirnya nanti Allah datangkan pula kesenangan. Di akhir derita Allah datangkan kebahagiaan. Di hujung sukar Allah bagi kemudahan.

Kesemua yang kita rasai dan nikmati adalah datangnya daripada Allah.

Sahabat yang dirahmati Allah…

Pernah tak kita rasa kita dah tolong orang, tapi kita rasa tak berbaloi? Kita rasa Allah tak adil pada kita. Tak guna kita buat baik pada orang sebab tak bagi makna pun pada kita. Pernah tak rasa macam tu?

Kenapa kita harus rasa begitu? Tidak pernah ada kebaikan yang sia-sia. Tidak pernah ada kebaikan yang Allah tak nampak.

Pernah tak kita rasa marah sangat? Kita rasa kita patut tegur sampai kita tengking kita marah dia. Sedangkan kita boleh untuk memilih bercakap dengan tenang dan berlapang dada.

Tahukah kita bahawa Allah datangkan manusia yang menguji kesabaran kita kerana Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik? Tapi kita bersangka buruk dengan Allah.

Buat mereka yang berduka lara. Semoga doa-doa di bawah dapat membantu memberikan ketenangan.

Percayalah bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik yang tidak pernah terfikir dan terjangkau oleh fikiran kita.

5 Doa Penenang Hati Untuk Hilangkan Stres, Sedih, Dan Gelisah

Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.

DOA 1

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

– Sahih Bukhari

DOA 2

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

– Hadis Riwayat Tirmidzi

DOA 3

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

– Sahih Ibnu Hibban

DOA 4

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari

DOA 5

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

DOA 6

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

– Surah Taha Ayat 25-28

DOA 7

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

– Surah Al-Imran Ayat 173

SEMOGA KITA LEBIH POSITIF MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Adalah lumrah bagi manusia untuk berasa ‘down’ atau kecewa terhadap apa jua yang ditakdirkan kepada diri mereka. Namun percayalah itu semua merupakan ujian Allah yang mahu menguji hambaNya agar kembali mengadu dan pasrah kepadaNya. Yang penting, sabar dan mintalah pertolongan Allah kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut:2-3)

Rasulullah S.A.W bersabda: “Ujian itu akan selalu menimpa seorang hamba sampai Allâh membiarkannya berjalan di atas bumi dengan tidak memiliki dosa.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

“Ya Allah…

Rahmati dan tenangkan roh mereka disana.

Sungguh, mereka berjasa kepada agama, bangsa dan negara.”

Moga kita juga bersiap untuk menghadapi kematian suatu hari nanti.

Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa.

Allahu akbar!

Published by
Nadia