6 Tips Penting Elak Anak Jatuh Sakit Selepas Mandi Di Kolam Renang, Mak Ayah Mohon Take Note!

Share

Musim cuti  ni, ramai mak ayah pastinya merebut peluang bawa anak-anak pergi bercuti mahupun berjalan-jalan. Salah satu aktiviti ‘wajib’ bersama dengan anak-anak adalah membawa mereka mandi di kolam renang, laut, sungai dan sebagainya.

Adalah penting bagi mak ayah untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan segala jangkitan penyakit yang berpunca daripada air , terutamanya jika mandi di dalam kolam renang.

Jemput baca perkongsian daripada Public Health Malaysia ini sebagai panduan;

Jika anda perasan, anak-anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi. Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI)

iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang,kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.
  • Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.
  • Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.
  • Selain itu, sekiranya kulit ada luka dann kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.
  • Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.

Bukankah Klorin Boleh Membunuh Kuman Kuman?

Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.

Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.

Bau bahan kimia yang kuat?

Sekiranya menghidu bau “bahan kimia” yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!

Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.

Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang.

PALING PENTING,

1.Jangan kencing atau berak didalam kolam renang.

2.Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat.

3.Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat).

4.Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka.

5.Jangan minum air kolam atau berkumur didalam kolam.

6.Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang.

Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anak anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan buat mak ayah lain sebagai panduan. Semoga anak-anak kita selamat daripada segala penyakit sewaktu mandi didalam kolam renang.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Suhaidah Abd Wahab