6 Tip Tambah Duit Laki Bini, Kalau Pandai Menyimpan Siap Boleh Bawa Pergi Bercuti!

Share

Cara tambah duit laki bini ini boleh diteruskan kalau anda memang berniat dari awal nak merasa dapatkan sesuatu atau bercuti tanpa berhutang.

Jangan terkejut, ada di kalangan kita sanggup ikat perut demi memastikan bajet bulanan berjaya. Banyak keluhan diluahkan yang mana majoritinya datang dari para isteri. Hendak menyimpan pun susah, apatah lagi berbelanja untuk diri sendiri.

Apa kata anda ikut tip ini…

1. Nak selamat, senaraikan keperluan keluarga dalam tempoh sebulan seperti bajet untuk barang dapur, bil, ansuran kereta dan sebagainya.

2. Kena disiplinkan diri dan bijak membezakan antara keperluan atau kehendak.

3. Isikan masa terluang dengan menjalankan perniagaan mudah di dalam talian seperti pakaian, makanan dan lain-lain.

4. Semai tabiat menabung walaupun RM5 sehari. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

5. Cuba gunakan kaedah wang sampul. Asingkan wang gaji mengikut keperluan. Anda hanya ‘dibenarkan’ mengambil wang yang tertulis ‘perbelanjaan harian’ sahaja.

6. Bawalah bekal ke tempat kerja sebagai amalan. Sedar atau tidak anda sebenarnya menjimatkan paling tidak RM10 untuk makan tengah hari.

Teknik Simpan Duit Ganjil

Suami isteri boleh mula menyimpan duit kertas yang jarang kita jumpa.

Contohnya, duit kertas RM 5 dan RM 20.

Apabila anda dapat sahaja duit kertas ini, asingkan dan terus masukkan ke dalam tabung. Kumpul untuk satu tempoh tertentu dalam 3 bulan, 6 bulan atau setahun.

Kemudian, cuba kira jumlah yang dikumpul, pasti senyuman terukir melihat jumlah yang banyak. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan simpanan tetap bulanan, kerana jumlahnya mungkin berubah-ubah.

Teknik ini lebih kepada mewujudkan keseronokan dalam menyimpan. Malah lebih seronok jika duit ganjil ini dikumpul bersama-sama pasangan dan anak-anak.

Duit yang dikumpul nanti boleh disimpan dalam akaun simpanan khas, atau dibelanjakan untuk barang-barang idaman. Boleh juga diguna untuk sesi percutian keluarga.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia