Anak ramai cabaran buat mak ayah. Lagi-lagi semua masih bersekolah. Perlukan perhatian dari keperluan sekolah sampai sekecil-kecil urusan. Tak nafikan payah nak dapat ketenangan apatah lagi kedamaian di pagi hari. Ha.. ayah anak 9 ini dedah rahsia tip bertenang urus anak ramai.
Kata orang pagi-pagi itulah riuhnya macam nak berperang. Anak-anak ini bermacam perangainya. Salah satu leka di alam sendiri. Balik dari sekolah, letak beg terus berlari main dengan kawan-kawan. Esok pagi-pagi nak pergi sekolah mulalah semua hilang.
Baharuddin Mohamed akui kebenarannya. Ada 6 tip ringkas dan praktikal yang boleh dan wajib mak ayah praktik. Kalau masih tak faham lagi, catat dan tampal dekat bilik anak biar mereka pun akan lebih faham.
“Anak saya sembilan orang. Tujuh orang bersekolah. Tiap pagi berperang kalau bila nak ke sekolah.
“Jam 5.30 pagi dah bangun. Tak di suruh tak pergi mandi. Tak di tegur tak gosok baju.
Akuinya lagi waktu pgi itulah banyak benda yang hilang. Buku hilang, stokin hilang. Kotak pensel hilang. “Saya pun kekadang boleh hilang sabar.”
Itu belum kira lagi ada yang baru nak siapkan kerja sekolah. Baru beritahu nak kena beli itu dan ini. Baru perasan yang lencana sekolah tanggal dan belum jahit.
“Semuanya mak…semuanya mak… riuh macam pasar pagi.
“Itulah ragam anak-anak kadang-kadang menghiburkan.”
1. Minta anak-anak SIAPKAN SEMUA beg sekolah dan kerja sekolah mereka SEBELUM TIDUR.
2. Jangan tidur lewat
3. Kejutkan mereka dengan kemanjaan, JANGAN MARAH-MARAH PAGI-PAGI akan kacau mood mereka.
4. DOAKAN MEREKA, tengok mata mereka masa hantar mereka ke sekolah. Anak-anak akan mudah dapat ilmu apa yang cikgu ajar disekolah.
5. MAAFKAN anak-anak kita.
6. Anak yang besar dan remaja, SOLAT BERJAMAAH SUBUH dan minta dia membaca Al-Quran semuka dua.
Anak kita cerminan diri kita.
Semoga tip yang dikongsikan ini memberi inspirasi dan bantu usaha mak ayah bertenang urus anak ramai bukan saja di pagi hari malah dalam kehidupan sehariannya.
Saya jadikan anak saya kawan. Bila dah meningkat dewasa, saya lebih mendekati dia. Sesekali ikutkan dia, buat apa yang dia suka. Temankan dia main bowling. Anak lelaki ni tak perlu kita marah-marah dia. Cukup dengan ketegasan. Meningkat dewasa, mereka sudah bermula berfikir sendiri. Maka pimpinlah melalui tauladan. Nak anak kita solat, kita kena solat bersama mereka.
Beri muka depan adik dia. Cakapkan, selain ayah dan mama, semua kena ikut cakap abang. Lagi satu, Pantang anak lelaki ni adalah JANJI. Jangan sekali berjanji dengan perkara yang anda tak boleh tunaikan. Jadi dari situ mereka membina yakin diri.
Sesekali, biar dia jadi imam bila solat.
Sesekali ajarkan dia dengan tanggungjawab. Dalam kerja, dalam solat, berikan dia kepercayaan.
Selalunya saya mengajar mereka dengan denda. Mereka perlu belajar bertanggungjawab. Jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka, mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan.
Anak lelaki perlukan motivasi yang kerap. Saya dan isteri ingatkan dia selalu.
Saya akan nasihat. Jika dia ikut dan lakukan dengan sempurna, saya akan beri reward dan ganjaran.
Lelaki ada ego. Cabar dia untuk terus cemerlang. Dia ada jalan dia sendiri, kita tolong dia lukiskan jalan yang dia minat.
Walau bagaimanapun, kerjasama dari kedua ibu bapa adalah pokok mendidik anak ni. Tak jadi kalau hanya seorang je yang buat. Kita perlu selalu berbincang suami isteri.
Sumber/Foto: Facebook Baharuddin Mohamed