Kecantikan

‘6 Tahun Saya Tunggu Muka Elok..’ Wanita Ini Dedah Padah Guna Krim Timbang Kilo

Share

Hati-hati semasa membeli produk kecantikan di pasaran. Sebab bukan semuanya bebas bahan kimia berbahaya. Lagi bahaya jika produk kecantikan itu jenis timbang kilo atau krim kilo. Hah? Macam mana tu?

Inilah yang dikongsikan oleh Nellyana Othman yang terpaksa menahan derita selama 6 tahun gara-gara tepek wajah sendiri dengan krim timbang kilo. Waktu itu umurnya baru 16 tahun, sudahnya umur 21 tahun masih lagi hadapi sisa derita kulit muka rosak merah bernanah.

Memandangkan ramai lagi yang tak tahu apa itu krim kilo boleh buat kat muka kita, ni saya tunjukkan muka saya lepas pakai produk vit E masa umur 16. Sekarang umut 21 masih ada.

Kesan krim kilo ini bukan saja di muka, di bahagian dalam pun boleh rosak. Misalnya kegagalan buah pinggang, kanser dan lain-lain

.

Macam saya, walaupun hanya pakai sekali tapo efeknya panjang macam ini. Enam tahun saya tunggu muka saya elok. Muka saya dari elok, normal jadi sensitif, kering berminyak, acne prone, redness, pori-pori satu muka terbuka, bengkak.

Kadang muka pedih, panas gatal. Ada ketikanya rasa macam terkoyak dan ada juga muka saya bernanah dan berbau busuk. Jadi pada mereka yang nak sangat cuba produk cepat putih dalam 3 hari.. cantik dalam seminggu lupakan sajalah.

Sayangi kulit anda. Kalau rasa nak pakai produk yang elok pergilah watson atau sephora hermo. Untuk pengetahuan, produk yang sihat saja yang boleh masuk watson dan lain-lain. Kalau muka dan breakout macam ini, better jumpa doktor pakar kulit terus, jangan terus pakai produk kilo.”

Cara Wanita Ini Pulihkan Kulit Secara Sihat

Lepas 5 tahun, saya decide nak pulihkan muka saya secara sihat dan selamat. Sebab saya dah penat nak guna produk-produk yang orang suggestkan.

Setiap kali saya carai produk yang baru, muka saya bertambah rosak dan teruk. Jadi saya decide untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit. Dan sampai hari ini saya masih lagi dalam rawatan.

Doktor kata condition macam saya makan masa dalam 6 bulan hingga ke setahun untuk pulih. Alhamdulillah dalam rawatan kedua, muka saya sedikit pulih dari dua bulan lepas.” Akuinya yang sudah melakukan rawatan lebih sebulan lamanya.

Demi mendapatkan kembali kulit yang sihat, Nellyana juga terpaksa membayar dekat RM1000 untuk setiap kali rawatan.

Memandangkan dirinya masih lagi belajar, dia perlu mencari pekerjaan sampingan untuk rawatan kulit wajahnya. “Saya buat part time bekerja secara online, kadangkala saya tolong kawan-kawan.”

 

Pernah Alami Depression Akibat Kulit Muka Teruk

Semasa bersekolah dulu, dirinya selalu diejek dan dihina. “Kawan-kawan terutamanya kawan lelaki selalu mengejek saya dan menconteng buku saya dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati.

Adakalanya guru saya juga menyindir saya di sekolah. Bila disindir saya berasa sedih dan kadangkala rasa tertekan dengan kulit sendiri. Saya juga pernah mengalami depression semasa di sekolah.”

Masa itu ibu dan bapalah yang selalu bagi nasihat yang ini cuma sementara. Kesannya, saya mula mengurungkan diri dalam rumah. Tak keluar rumah langsung. Dan keluar bila perlu. Kadang-kadang berasa tertekan sehingga mahu menoreh muka sendiri

.”

Bila berusia 19 tahun, saya tak lagi hiraukan segala kutukan dan mula mengumpul duit untuk memulihkan dan mencantikkan diri.

Ini Cara Nak Tahu Produk Yang Dibeli Jenis Timbang Kilo

Menurut Nellyana lagi berdasarkan pengalamannya, inilah untuk seseorang tahu produk itu timbang kilo.

√      Ada krim siang, krim malam

√      Berwarna warni (krim)

√      Wangi

√      Terdapat di kedai jamu

√      Selalu keluar iklan

So guys, siapa yang pakai tu please stop. Cantik memang cantik tapi dia punya efek pun boleh buat awak dari cantik ke lagi ‘cantik’.

Baca Info Lanjut Krim Kati/Timbang Kilo Di Sini : https://twitter.com/twtkecantika…/status/997809786082152449…

Sumber/Foto : Nellyana Othman

Published by
Netty Ah Hiyer