Selepas enam tahun berkahwin akhirnya penyanyi Nur Farah Idayu Yaakob atau Idayu begitu gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan. Tahniah diucapkan buat Idayu dan pasangannya!
Hakikatnya bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang juga pernah dinobatkan sebagai juara AF Megastar pada 2017 ini dan suami Shahrul Fadzil begitu bersyukur dengan nikmat diberikan Allah SWT.
Idayu juga begitu teruja apabila mengetahui dirinya sudah berbadan dua. Penantian selama enam tahun merupakan hadiah yang cukup istimewa buat dirinya dan pasangan. Sememangnya dia dan suami sentiasa bersabar menunggu kehadiran cahaya mata.
“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, seluruh keluarga dan peminat-peminat tercinta.
“Syukur Alhamdulillah Idayu dan suami , @yunfadzil ingin membuat pengumuman rasmi tentang kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan setelah melayari perkahwinan selama lebih 6 tahun.
“Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua.
“Kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah SWT dan ini lah waktu yang paling tepat. Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari mendatang.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari -hari selanjutnya,” kongsi Idayu yang dijangka melahirkan bayi sulungnya pada Mei 2021.
Baca Disini Juga:
Tahniah Leez! Hamil 5 Bulan “Moga 2021 Yang Terbaik Buat Kami Sekeluarga”
Usia 36 Tahun, Ayu Raudhah Umum Hamil Anak Kelima. “Alhamdulillah Rezeki Allah” Zaquan
Hamil 4 Bulan Anak Kedua, “Doakan Yang Terbaik Buat Ummi & Bayi Dalam Kandungan”
Malah Idayu juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan dan doa.
“Terima kasih juga kepada doktor Hidayat di @klinik.anda.24jam.serdang dan juga doktor @drnurulkhairiyah kpj ampang puteri serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini..
Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian. Kepada pasangan yang masih berusaha nak dapat baby, nasihat saya jangan mudah PUTUS ASA ya! Sy doakan kalian juga,” luah Idayu.
Sumber/Sumber Foto: idayuofficial
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita