Bila enam selebriti bergabung di bawah satu jenama fesyen, pastinya ia mencipta fenomena tersendiri! Itulah yang dapat diungkap melalui jenama gaya hidup, Amber, di bawah naungan Usanita Sdn Bhd mengumumkan pelantikan enam selebriti gred A iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah sebagai wajah rasmi jenama tersebut.
Pelantikan enam selebriti tersohor ini bukan sekadar simbol kejayaan mereka dalam bidang masing-masing, tetapi juga melambangkan kepercayaan Amber terhadap nilai dan impak yang mereka bawa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan,
keenam-enam selebriti ini, yang terdiri daripada ikon fesyen, penyanyi terkenal, dan pelakon tersohor, diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama di mata masyarakat.
Dalam majlis yang sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Sempena pelancaran ini, Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama utama.
Antaranya adalah Amber RTW yang menawarkan koleksi pakaian sedia pakai (ready-to-wear) yang menggabungkan elemen kasual dan elegan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, Amber Beauty turut menampilkan rangkaian produk kecantikan termasuk kosmetik dan wangian eksklusif yang direka untuk meningkatkan keyakinan diri.
Apa yang istimewa, Amber Home turut memperkenalkan koleksi wangian rumah seperti lilin beraroma dan semburan wangian rumah, membawa sentuhan mewah ke dalam ruang kediaman.
Kolaborasi antara Amber dan selebriti gred A ini turut mencerminkan usaha jenama untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan. Pemilihan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti yang terkenal dengan gaya hidup moden dan keluarga bahagia, menjadi inspirasi kepada pasangan muda dan ibu bapa.
View this post on Instagram
Pelancaran butik flagship dan perkhidmatan Amber Bespoke adalah sebahagian daripada komitmen Amber untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang unik dan peribadi.
Langkah ini menjadikan Amber terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama gaya hidup premium di Malaysia dan bersedia untuk meluaskan pasaran ke peringkat serantau.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI