Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv.
Antaranya:
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!