
Isi Kandungan
ToggleTelur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv.
Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul Telur Dengan Lebih Lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis Telur Yang Telah Dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan Sedikit Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.

5.Tambah Perahan Limau Nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan Serbuk Penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut Red Velvet Crunchy, Rangup Bila Dikunyah, Buat Guna Sukatan Sudu

Isi Kandungan
ToggleBiskut red velvet lupa luarannya sedikit sama dengan biskut ‘mahal’ yang selalu di jual di kiosk-kiosk di pasar raya. Kalau beli, harganya agak ‘keras’ juga. Rasa tak puas makan kalau beli. Sesuai sangat dijadikan menu kudapan seisi keluarga.
Biskut Red Velvet Crunchy, Rangup Bila Dikunyah
Lebih berbaloi buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang. Sebenarnya kita boleh sahaja buat sendiri biskut ini. Tak susah mana pun. Tentu anak-anak yang paling gembira sebab boleh makan dengan puas berbanding beli. Guna sukatan cawan sahaja.
RESIPI BISKUT RED VELVET
Bahan-bahan:
210gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
200gm mentega asli / pure butter
130gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat manis
100gm almond flakes
60gm cornflakes kisar
2 sudu teh red velvet emulco
100gm white/dark choc chip
Buat Guna Sukatan Sudu
Cara memasak:
- Putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
2. Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.
4. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.
5. Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.
6. Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Isi Kandungan
ToggleHari ini, keputusan SPM telah diumumkan. Rata-rata mak ayah turut berdebar-debar menanti keputusan anak masing-masing, sama ada cemerlang atau sebaliknya.Biar apa pun keputusan yang dimiliki, semoga mak ayah dapat berlapang dada. Berikanlah kebebasan dan sokongan penuh buat anak-anak untuk memilih bidang yang mereka gemari tak kiralah dalam bidang apa pun.
Jika ada anak-anak yang berhasrat untuk menceburi bidang seni, walaupun cemerlang dalam SPM mungkin 4 selebriti ini boleh dijadikan kayu ukur.Ini kerana 4 selebriti wanita ini pernah memiliki keputusan SPM yang cemerlang namun memilih untuk menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam dalam industri ini.
Berikut pencapaian 4 selebriti yang pernah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mungkin ramai tak tahu.
1. Dr Soo Wincci
Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama
Dr Soo Wincci, 33 antara selebriti Malaysia yang hadir dengan pakej lengkap ‘beauty with brain’.Beliau dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia pada 2008 dan pernah mewakili Malaysia untuk Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada 2013.
Penyanyi, pelakon, komposer, pengacara, model dan selebriti chef berbangsa Cina ini, berjaya memperoleh keputusan cemerlang SPM, 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.
Soo Wincci mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.
Kesibukan dalam bidang seni, bukanlah menjadi penghalang Soo Wincci mengejar impian selama 6 tahun untuk menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan yang diperoleh dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Malah,Dr Soo Wincci juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.
2. Neelofa
Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi
Noor Neelofa binti Mohd Noor,29 atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.Teraju utama drama ‘Ti Amo, Sweeheart 100 Hari’ dan ‘Suri Hati Mr Pilot’ ini berjaya memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006. Bukan sekadar SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).
Pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini kemudiannya telah melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.
Neelofa mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk.Malah Neelofa sendiri merupakan ikon usahawan wanita yang berjaya dan memiliki perniagaan sendiri.
3. Mira Filzah
Tahun: 2010
Keputusan: 8A 2B
Sekolah:SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.
Gadis kelahiran Negeri Perak yang juga pelakon utama Drama bersiri ‘Cinta Si Wedding Planner’ ini pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A didalam PMR. Malah Mira berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dengan memperolehi 8A 2B dalam SPM pada tahun 2010, kira-kira lapan tahun yang lalu.
Kerana minat yang mendalam, Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, namun tetap berjaya memiliki Ijazah Jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
4.Janna Nick
Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: SMK Danau Kota

Nurul Janna Muner, 22, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.Beliau dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.Pelakon utama drama bersiri ‘Dia’ ini memiliki darah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.
Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya.
Janna Nick pernah bersekolah di asrama penuh dan juga sekolah harian. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pendang,Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Hasil keputusan SPM 6A 2B yang diperolehi,Janna pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan.
Tahniah diatas kecemerlangan keempat-keempat selebriti ini. Bukan sahaja berbakat dilapangan seni malah membuktikan golongan artis pun bijak dalam bidang akademik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Luluh Hati Ibu, Terkejut Anak 14 Tahun Rupanya Sarat Mengandung, Bersalin Bayi Perempuan!

Isi Kandungan
ToggleSungguh berat tanggungjawab mak ayah dalam membesarkan dan mendidik anak-anak di dunia akhir zaman ini. Penuh dengan cabaran. Risau terlepas pandang, rosak masa depan anak-anak.
Dapat rasakan betapa kecewa dan luluhnya hati seorang ibu, terkejut apabila dimaklumkan anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun, rupanya sedang sarat mengandung dan selamat melahirkan anak.
Anak Mengadu Sukar Buang Air Besar
Seorang ibu terkejut apabila mendapati anaknya yang berusia 14 tahun sarat mengandung selepas dibawa ke hospital selepas remaja berkenaan mengadu sukar membuang air besar, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, remaja terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah dibawa ibunya ke Hospital Baling namun wanita berusia 40-an itu terkejut apabila doktor memberitahu anaknya mengandung dan bakal melahirkan anak.
Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Selepas dua jam dimasukkan ke hospital, doktor memaklumkan kepada ibunya yang remaja perempuan terbabit disahkan selamat melahirkan bayi perempuan cukup sifat.
Menurut sumber, ibu pelajar berkenaan yang masih terkejut dengan keadaan itu kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki yang anaknya menjadi mangsa rogol sehingga hamil dan melahirkan anak.
“Hasil keterangan yang diambil, wanita terbabit memberitahu anaknya mengadu tidak boleh membuang air besar sebelum dia melihat darah turun di kaki remaja terbabit ketika berada di rumah mereka.
“Wanita itu juga mendakwa dia sebelum ini menyedari perubahan bentuk fizikal badan anaknya itu sejak tiga bulan lalu namun remaja berkenaan menafikan dia hamil dan hanya memberitahu berat badannya naik,” katanya.
Sumber berkata, ketika kejadian wanita terbabit juga ada mendakwa yang dia melihat cecair jernih atas tilam di ruang tamu tempat tidur anaknya namun remaja itu memberitahu yang dia terkencing.
“Bagaimanapun, wanita terbabit yang bimbang selepas melihat darah yang meleleh di paha anaknya terus membawa remaja berkenaan ke hospital.
“Ketika tiba di hospital ibu pelajar itu baru mengetahui yang anaknya sudah sarat dan selamat melahirkan bayi perempuan,” katanya.
Lakukan Hubungan Seks Dengan 2 Lelaki
Menurut sumber, susulan daripada laporan polis itu polis mengambil keterangan daripada pelajar berkenaan dan dia mendakwa ada melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia 20-an yang juga tinggal di kampung sama dengannya.
“Mangsa mendakwa dia ada melakukan hubungan seks dengan rela sebanyak tiga kali bersama dua lelaki terbabit sejak Februari lalu selepas mengenali mereka melalui rakan perempuan di sekolahnya.
“Remaja itu bagaimanapun mendakwa dia mengesyaki anak yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan seorang daripada lelaki terbabit kerana mendakwa mereka kerap melakukan hubungan seks selepas itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan.
“Setakat ini, kita masih mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya.

Mesti Baca:Lufya Bertuah Sebagai Ibu Tunggal Mampu Didik Anak Dengan Baik & Mudah Dengan Sokongan Keluarga
Baca Lagi Di Sini:“Langsung Tak Dapat Melihat, Mendukung Anak Dilahirkan” Isteri KOMA Selepas Bersalin Anak Ketiga!
Artikel Menarik:1 Dalam 10 Juta Kelahiran, Wanita Bersalin 2 Pasang Kembar Seiras Serentak!
Mingguan Wanita: Dapat rasakan betapa luluhnya hati ibu, kecewa apabila mendapat tahun anak gadisnya yang masih remaja, baru berumur 14 tahun telah melahirkan anak luar nikah. Semoga diberi ketabahan buat ibu ini dalam menghadapi dugaan ini.
Sumber: Bharian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI