Cukup pantas masa berlalu, tanpa disedari kita telah berada di malam 10 hari terakhir dan Bulan Ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Pada malam-malam terakhir ini, terdapat salah satu malam diantaranya yang menjadi rebutan dan menawarkan ganjaran pahala lebih baik daripada seribu bulan iaitu Malam LailatulQadar.
Didalam Hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Aisyah berkata;
“Nabi Muhammad Saw ber i’tikaf di sepuluh hari terakhir Bulan Ramadhan dan Nabi Muhammad Saw bersabda, Carilah Malam Lailatul Qadar dimalam ganjil pada 10 (Sepuluh) hari terakhir di Bulan Ramadhan,”
(HR. Bukhari no 4/225 dan Muslim no 1169)
Oleh yang demikian,kita amat disarankan untuk mempertingkatkan amalan,beriktikaf dimasjid, mendirikan qiamulail, memohon keampunan dan memperbanyakkan berdoa menjelang malam-malam terakhir bulan Ramadan ini. Sebagai panduan, ada doa khusus yang telah diajarkan oleh Rasullah SAW jika bertemu dengan malam yang penuh dengan kemuliaan ini.
6 Perkataan ini merupakan doa istimewa, ulanglah sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan.
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah kesalahanku.”
Ads
(Hadis Riwayat At Tirmidzi no 3513 dan Ibnu Majah no 3850)
Namun demikian, para Ulama juga turut menyarankan agar mengamalkan membaca Doa Saat Malam Lailatul Qadar ini pada Bulan Ramadhan khususnya di Sepuluh Malam terakhir. Malah elok juga diamalkan pada bulan–bulan lain setiap hari kerana maksud dari doa tersebut ialah meminta keampunan seorang hamba kepada Allah Swt kerana setiap Muslim tidak lepas dari melakukan dosa.
Jadi mulai malam ini, tingkatkan amalan kita agar Ramadan tahun ini tidak pergi dan berlalu dengan sia-sia.
7. Beriktikaf & zikir, tahmid, tahlil diantara solat-solat atau selepas semua solat atau membaca surah-surah penting Al Quran seperti Al Baqarah, Al Kaafirun, Al Ikhlas, Zalzalah, Yaasin,
8. Solat Witir & berdoa bersungguh-sungguh
9. Sahur
10. Akhir sekali Solat Subuh
Mingguan Wanita : Semoga kita direzekikan untuk bertemu Lailatulqadar, malam yang dijanjikan ganjaran amalan, lebih baik daripada daripada 1000 bulan.
Sumber: ilmutauhid.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri Shah Iskandar turut berkongsi kegembiraan di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun Shah, hanya berkongsi berita tersebut kepada umum pada Sabtu malam iaitu seminggu selepas dirinya bergelar bapa, sekali gus berkongsi foto pertama permata hatinya itu di laman Instagram miliknya.
“Pada 10 Oktober lalu, jam 2.02 petang, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pertama kami di Hospital Umra, Shah Alam.
“Alhamdullilah, proses kelahiran berjalan lancar, tambahan pula semua petugas di hospital itu menjadikan perjalanan kami sangat menyenangkan.
“Saya mengambil keputusan untuk berehat dari laman sosial selama tujuh hari untuk berikan sepenuh perhatian kepada isteri dan anak saya,” ujar Shah.
“Saya Sayang Awak”
Menerusi perkongsian yang sama, Shah turut menzahirkan rasa terima kasih buat isterinya atas pengorbanan melahirkan cahaya mata sulung mereka berdua.
“Ucapan terima kasih tidak akan pernah cukup dengan segala pengorbanan awak lakukan dan melahirkan bayi yang sangat comel. Saya sayang awak,” luahnya.
Shah juga akan membawa anak dan isterinya pulang bertemu keluarganya di Singapura selepas keadaan pandemik Covid-19 kembali reda.
Sungguh ajal, maut itu ketentuan tuhan. Sesi persekolahan 2023 yang baru memasuki hari ketiga, mencatat kisah duka, tragis kemalangan maut melibatkan murid sekolah.
Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Treler Langgar Motorsikal
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Lumrah bergelar anak seni, pastinya tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi. Malah penyanyi Ayu Damit juga akui tidak kisah apa yang orang di luar mahu memperkatakan tentang dirinya asalkan tidak melampaui batas.
Baru-baru ini heboh dirinya menjadi mangsa tuduhan, apabila ada yang mendakwa dia memakai susuk untuk kelihatan cantik.
Berita tersebut merupakan satu fitnah buat dirinya, namun pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketujuh ini, tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Ayu Damit Tidak Mahu Ambil Serius
Penyanyi yang berasal dari Sabah ini juga akui tidak melihat ia sebagai suatu yang harus diberikan perhatian serius.
“Banyak lagi benda yang saya nak fikir dan berikan perhatian berbanding nak memperbesarkan hal yang saya sendiri tahu tidak benar.
“Tuduhan yang mengatakan saya pakai susuk penyeri wajah agak kelakar bagi saya kerana kalau dia tahu orang yang pakai susuk tak boleh makan sate, sedangkan saya merupakan peniaga sate sejak bertahun lalu,” ungkap Ayu.
Malah para peminatnya juga ada meminta dia menyaman individu yang menfitnah dirinya.
“Ada pihak termasuk peminat yang minta saya saman saja individu berkenaan sebagai pengajaran, tapi bagi saya, tak perlulah nak mengambil serius hal seperti ini.
“Takkan semua benda pun nak saman. Saya tak kisah apa yang mereka nak cakap asalkan ia tidak melampaui batas dan menjejaskan kehidupan saya,” ujar Ayu.
Selain bergelar penyanyi, wanita yang begitu rajin ini juga pemilik Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa.
Ayu juga menambah dia masih aktif dalam mengusahakan aktiviti pertanian.
“Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, memang tiada aktiviti seni yang berlangsung, termasuk tawaran menjayakan persembahan seperti kebiasaannya.
“Bagaimanapun saya beryukur kerana mempunyai pendapatan menerusi perniagaan hasil pertanian yang diusahakan bersama suami, selain restoran yang masih beroperasi.
“Alhamdulillah semuanya masih dalam kawalan dan setakat ini saya tidak perlu mengeluarkan wang simpanan walaupun ada ketika turut berdepan dengan keperitan untuk belanja pengurusan terutamanya membawa sewa, gaji pekerja dan sebagainya,” ungkap Ayu yang kini tampil dengan single baharu berjudul Permata.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...