Cukup pantas masa berlalu, tanpa disedari kita telah berada di malam 10 hari terakhir dan Bulan Ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Pada malam-malam terakhir ini, terdapat salah satu malam diantaranya yang menjadi rebutan dan menawarkan ganjaran pahala lebih baik daripada seribu bulan iaitu Malam LailatulQadar.
Didalam Hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Aisyah berkata;
“Nabi Muhammad Saw ber i’tikaf di sepuluh hari terakhir Bulan Ramadhan dan Nabi Muhammad Saw bersabda, Carilah Malam Lailatul Qadar dimalam ganjil pada 10 (Sepuluh) hari terakhir di Bulan Ramadhan,”
(HR. Bukhari no 4/225 dan Muslim no 1169)
Oleh yang demikian,kita amat disarankan untuk mempertingkatkan amalan,beriktikaf dimasjid, mendirikan qiamulail, memohon keampunan dan memperbanyakkan berdoa menjelang malam-malam terakhir bulan Ramadan ini. Sebagai panduan, ada doa khusus yang telah diajarkan oleh Rasullah SAW jika bertemu dengan malam yang penuh dengan kemuliaan ini.
6 Perkataan ini merupakan doa istimewa, ulanglah sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan.
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah kesalahanku.”
Ads
(Hadis Riwayat At Tirmidzi no 3513 dan Ibnu Majah no 3850)
Namun demikian, para Ulama juga turut menyarankan agar mengamalkan membaca Doa Saat Malam Lailatul Qadar ini pada Bulan Ramadhan khususnya di Sepuluh Malam terakhir. Malah elok juga diamalkan pada bulan–bulan lain setiap hari kerana maksud dari doa tersebut ialah meminta keampunan seorang hamba kepada Allah Swt kerana setiap Muslim tidak lepas dari melakukan dosa.
Jadi mulai malam ini, tingkatkan amalan kita agar Ramadan tahun ini tidak pergi dan berlalu dengan sia-sia.
7. Beriktikaf & zikir, tahmid, tahlil diantara solat-solat atau selepas semua solat atau membaca surah-surah penting Al Quran seperti Al Baqarah, Al Kaafirun, Al Ikhlas, Zalzalah, Yaasin,
8. Solat Witir & berdoa bersungguh-sungguh
9. Sahur
10. Akhir sekali Solat Subuh
Mingguan Wanita : Semoga kita direzekikan untuk bertemu Lailatulqadar, malam yang dijanjikan ganjaran amalan, lebih baik daripada daripada 1000 bulan.
Sumber: ilmutauhid.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes cerai Syamsul, ibu kongsi coretan “mengalir air mata lihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang. Datin Patimah Ismail yang merupakan ibu kepada pengarah Syamsul Yusof mengakui sedih dengan takdir yang menimpa kehidupan anaknya.
Kes Cerai Syamsul
Naluri seorang ibu, tidak akan pernah berhenti berdoa untuk anak-anak selagi ada hayat biar apa jua masalah yang dihadapi. Luahan di Instagram Story selepas kes perceraian Syamsul dan Ira Kazar memperlihatkan bahawa seorang ibu itu tetap akan menyayangi anaknya tidak kira apa pun yang terjadi.
“Sejujurnya, mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang.
Ibu Kongsi Coretan “Mengalir Air Mata Lihat Anakku Harungi Takdir Hidupnya Seorang…”
“Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” demikian luahan hati Datin Patimah Ismail.
Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini memutuskan lafaz cerai taklik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Budak Perempuan 11 Tahun Meninggal, Sawan Dalam Bilik Air, Kepala Dalam Besen!. Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas diserang sawan ketika berada dalam bilik air di rumah neneknya di Kampung Telok Wang Besar, Sungai Pasir dekat sini kelmarin.
Lebih tragis, dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Nur Arisa Qaisara Abdullah, 11, ditemukan ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepalanya berada dalam besen.
Tinggal Dengan Nenek
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit tinggal bersama neneknya kerana mudah untuk dijaga berikutan kerap diserang sawan.
“Ibu kanak-kanak terbabit bekerja menyebabkan dia terpaksa meninggalkan mangsa untuk dijaga neneknya yang tinggal dalam kawasan kampung yang sama.
“Ketika kejadian, kanak-kanak itu memberitahu yang dia mahu membuang air besar namun neneknya yang curiga menolak pintu bilik air sebelum mendapati cucunya itu tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kepala Dalam Besen
Menurutnya, kepala kanak-kanak terbabit ketika itu berada dalam besen yang airnya hanya paras pergelangan tangan dan ibunya yang tiba menghubungi ambulans dan jiran untuk meminta bantuan.
“Pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod penyakit sawan sejak beberapa tahun lalu.
“Siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu perlu mengambil ubat sawan dua hari sekali setiap 12 jam,” katanya.
Kes Mati Mengejut
Zaidy berkata, tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Jenazah murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Teluk Wang itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Wang, dekat sini hari ini.
Memang tak dapat dinafikan semakin meningkat usia, semakin banyak kedutan yang ada pada wajah. Macam-macam cara dilakukan bagi mencegah dan mengelakkan kedutan-kedutan ini.
Satu tip kecantikan baharu yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Seorang model Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’ mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut melihat hasilnya.
Hasil Seperti Suntikan Botoks
Dalam klip video mengenainya, wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.
“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka ia akan berhasil,” katanya.
Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.
“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.
“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),” kata Pakar Bedah Plastik, Anthony Youn.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal.Jangan mudah percaya trend pelik-pelik macam ni iya. Secara logiknya, tak mungkin pita pelekat mampu hilangkan kedutan pada wajah.