Tak susah nak mengurat suami sendiri, adakalanya isteri hanya melakukan perkara yang biasa-biasa tapi jika kena caranya mampu beri kesan luar biasa! Suami bertambah sayang dan mengeratkan lagi hubungan didalam rumahtangga.
Berikut antara perkongsian oleh Muhammad Ahmad sebagai panduan;
Berusaha untuk kelihatan cantik, menawan ,terpesona,cair dimata suami. Bukan hanya mahu ke pejabat atau keluar rumah sahaja perlu kelihatan cantik,bahkan dirumah juga. Sekurangnya dirumah kenakan pelembap muka,lipstick dan wangian.
Berusaha menyediakan masakan kegemaran suami yang benar-benar sihat. Sediakan Air apa yang suami suka. Lagi bagus sediakan dalam pinggan dan cawan yang paling mahal.
Sentiasa puji dan bagi cadangan tentang penampilan suami. Jika suami jenis berambut panjang tolong sikatkan dan minyakkan rambut si dia. Belikan tonik rambut atau pelembap agar rambut si dia kelihatan kemas dan wangi.
Ucapan Terima Kasih Sangat bernilai buat suami. Jika menerima duit setiap bulan,suami belikan pakaian dan belanja makan. Jangan lupa terus ucap terima kasih dan i love u. Jangan tangguh untuk ucap yang berharga ini.
Lemah lembut ketika bercakap dan memanggil suami. Aduh.. kadang-kadang terdengar juga para isteri tinggikan suara ketika memanggil suami untuk makan. Walaupun kita di dapur suami di ruang tamu,pergilah kepada suami dan ajak dengan baik untuk ke dapur. Dengan bos di pejabat kita boleh perlahankan suara,kenapa tidak suami? So yang mana selalu tinggikan suara ketika memanggil atau menegur suami berubah dari sekarang.
Ini paling penting. Jadilah isteri yang sentiasa mengingatkan suami tentang akhirat. Kejutkan suami solat subuh untuk berjemaah di masjid. Ingatkan suami solat dhuha,sedekah,bayar hutang. Jadilah pendengar yang setia setiap keluhan dan masalah suami. Sentiasa peluk dan cium suami. Jadikan kita pembakar semangat dalam apa jua bidang yang suami ceburi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selalulah mengurat suami untuk menambah lagi kemesraan didalam rumahtangga yang dibina.
Sumber:Muhammad Ahmad