Buat peminat sos keju atau ‘Cheezy Sauce’ ada cara mudah untuk membuat sendiri sos yang sedap ini. Yang pastinya ia lebih menjimatkan dan puas hati bila makan nanti. Sos ini sesuai dijadikan pencicah kentang goreng, nugget, sosej, wedges dan sebagainya.
Bukan apa, susah sebenarnya nak cari resipi ‘Cheezy Sauce’ yang benar-benar sedap rasanya macam kita beli atau makan di restoran.Namun, menerusi perkongsian oleh Ezan Idma
,’Cheezy Sauce’ yang sedap ini dinikmati ketika berada di rumah kawannya, Nazrin Zahrin.“Hari tu pergi rumah Nazrin Zahrin then makan goreng-gorengan (nugget sosej etc) dengan cheezy sauce. Ingat kan dia beli rupanya buat sendiri uols.
“Hari ni suruh dia buat lagi jadi kita tukang snap gambor. Mudah amat rupanya! Macam kat restoran mahal rasa dia.”
1 buttercup (250g)
10 keping Keju cheddar chesdale
1 tin Susu cair
1 Kiub pati ayam
2 sudu lada hitam (blend kasar)
2 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit pewarna oren
1.Cairkan buttercup dengan api perlahan.
2.Masukkan susu cair sehingga mendidih.
3.Masuk cheesedale satu persatu.
4.Masukkan kiub pati ayam.
5.Masukkan blackpepper dan bancuhan tepung jagung.
6.Kacau hingga likat boleh masukkan sedikit pewarna oren jika nak nampak lagi cantik.
Emmm sedapnya cicah dengan nugget. Dengan burger boleh steak boleh semua boleh dip tauu. Jimat dan mudah.
Simpan dalam peti ais dalam bekas bertutup boleh tahan sehingga sebulan tau. Tapi biasanya tak sampai sebulan dah habis simpan dalam perut.
Selamat Mencuba!
Sumber: Ezan Idma