Terdapat pelbagai klinik estetik dan pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan kaedah kecantikan yang tersendiri. Mungkin bagi sesetengah wanita yang taksub nak cantik sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat ini. Termasuklah dengan mencuba kaedah rawatan yang dianggap pelik.
Berikut antara 6 Kaedah Rawatan Kecantikan Wajah Tersebut:
Untuk tampak lebih muda, Vampire Facelift menjadi rawatan kegemaran ramai wanita di Hollywood. Walaupun harga satu sesi rawatan mencecah $1,500 (RM6,221), ia masih menjadi pilihan selebriti terkemuka seperti Kim Kardashian dan supermodel Bar Refaeli.
Rawatan yang diilhamkan oleh Dr. Charles Runels itu akan mengambil darah dari lengan sendiri, memisahkan platlet menggunakan pengempar untuk mendapatkan plasma yang kaya dengan platlet. Plasma ini kemudian digabungkan dengan bahan seperti Restalyne atau Juvederm sebelum disuntik ke dalam kulit wajah.
Rawatan ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan kolagen dan membina sel kulit baru untuk menghapuskan kedutan dan pelbagai masalah kulit.
Lagi satu rawatan kecantikan yang menggunakan darah manusia ialah krim wajah MC1 oleh Dr. Barbara Sturm. Krim bernilai $1,400 (RM5,806) ini diformulasikan dengan protein anti radang yang diambil daripada darah pesakit sendiri. Protein ini menghasilkan krim yang dapat menyembuhkan kulit, menghilangkan kedutan halus dan tanda-tanda penuaan yang lain.
Rawatan muka dengan tahi burung bulbul Jepun (Japanese nightingale) dikhabarkan mampu mencerahkan kulit dan menghindari jerawat. Rawatan 100% semula jadi ini telah mula digunakan sejak kurun ke-17 lagi oleh geisha di mana tahi burung yang kering dijadikan ejen pengelupasan untuk menanggalkan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit tampak lebih segar dan sihat.
Selebriti terkenal Victoria Beckham amat menggemari rawatan ini yang menggunakan uri/plasenta kambing biri-biri. Sel stem daripada uri kambing biri-biri dikatakan mempunyai bilangan sel yang lebih kurang sama dengan seorang manusia dan mampu memperbaiki kulit wajah dari dalam. Hasil rawatan ini akan menyihatkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Jika geli melihat pergerakan siput,mungkin meremang dan menjerit kegelian jika perlu menjalani rawatan wajah menggunakan siput ini. Rawatan menggunakan siput ini menghasilkan banyak protein iaitu asid hialuronik dan bahan antioksida yang terkandung dalam lendir siput. Ia mampu mengembalikan kesegaran kulit dan menjadikan wajah bagai 10 tahun lebih muda.
Demi Moore antara selebriti Hollywood yang pernah mencuba kaedah rawatan lintah ini untuk kekal awet muda.Terapi yang popular di Eropah ini menggunakan lintah untuk menyedut darah dari kulit seseorang. Selain itu, lintah yang dipasang ke wajah itu juga akan mengeluarkan sejenis enzim untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah.
Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk kelihatan cantik. Tapi adakah sanggupkah jalani mana-mana rawatan di atas dan berbaloikah berkorban sebegini semata-mata nak cantik di dunia? Tanya lah diri sendiri.
Sumber:Iluminasi