6 hari terperangkap dalam kontena dari Bangladesh, kanak-kanak ditemui lembik tak bermaya. Gara-gara tertidur di dalam kontena, seorang kanak-kanak dari Bangladesh tidak menyangka akan menempuh perjalanan sejauh ini.
Tanpa makan dan minum dipercayai enam hari, dirinya sudah lembik saat diselamatkan oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Memetik laporan Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, malam semalam.
Ads
Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.
Beginilah keadaannya ketika diselamatkan
Ads
Video mengenai penemuan kanak-kanak ini dikesan tular di media sosial selepas terkunci dalam kontena berkenaan selama lebih kurang enam hari.
Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu.
Ads
Dipercayai siasatan awal kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.
Kanak-kanak terbabit kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan turut menjalani proses dokumentasi.
Sumber turut memaklumkan bahawa kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal sama Sabtu ini.
Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai anak bukan Seksyen 302 kerana membunuh. Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berdepan pertuduhan melakukan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.
Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai Anak Bukan Seksyen 302 Kerana Membunuh
Zaim Ikhwan Zahari yang memakai baju T berwarna hitam dan Ismanira Abdul Manaf berbaju merah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Mak Buang Anak Perempuan 11 Tahun, Suami Baru Tak Nak ‘Masalah’. Sampainya hati seorang mak hingga tergamak buang anak kandung sendiri. Semuanya gara-gara suami baru yang dikahwininya menganggap anak ini bawa ‘masalah.
Ini kisah benar meruntun hati yang dikongsikan oleh Tuan Herman Sudildari Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi sendiri.
Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baru yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapak tiri kata anak ini ‘masalah’.
Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.
Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapak tiri dia. Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapak tiri.
Kalau lari rumah tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita bukan lepak dengan kawan.
Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak. Ini bapak tiri ke dua. Sebelum ini bapak tiri yang lain ok aje dia tak buat masalah.
Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.Jangan pandai buat anak tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin aje tetapi bodoh nak pertahankan anak!
Pengurus wanita kami tengah settlekan kat Balai Polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal dan emak dia rela hati sign apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia.
Minta maaf kalau posting ini kali kasar sedikit tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang bodoh!
Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insyaAllah tak akan miskin kita bila jaga anak ini.
Mingguan Wanita: Aduhai mak, demi suami baru dikahwini sanggup ‘buang’ anak sendiri sebab dikatakan bawa masalah. Semoga terbuka pintu hati mak ini untuk menjaga anaknya semula. Bagi lelaki yang ingin mengahwini ibu tunggal, seharusnya kena terima anak sekali.
Berita baik buat para isteri , terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
i-Lindung
Satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.
“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.
“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.
Peningkatan Isu Ketaksamaan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata, antara perkara yang paling membimbangkan akibat daripada pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.
“Isu ketaksamaan ini telah wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyaknegara telah cuba mengurangkan impak Covid-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha-usaha ini hanyalah untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.
“Oleh itu, ISWC tahun ini telah dinaik taraf, menyaksikan para penganjur yang merupakan kuasa-kuasa berpengaruh dalam negara, telah berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu-isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” tambah Amir Hamzah.
ISWC 2021 ini dianjurkan secara bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual menutup persidangan ini esok.
Mingguan Wanita: Jadi buat para isteri jika inginkan tambahan caruman KWSP dalam akaun, bolehlah mohon i-Sayang ini pada suku pertama 2022 nanti. Bagi membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...