Suatu ketika si manis yang bekerjaya Part Time Freelance Model ini pernah mencapai berat badan 98kg. Tentulah ukuran itu menjadi satu hal yang merunsingkan hati. Kini, Nurul Shahira Hashim berjaya menurunkan beratnya menjadi 57kg dalam tempoh 6 ke 7 bulan.
“Nak turun berat badan ni, first kena jaga pemakanan sebenarnya. Kemudian fizikal dan mental pun kena kuat. Kena disiplinkan diri. Dan kena tahu berapa nak capai target.
17 Tip Kembali Langsing Cara Nurul Shahira
1. Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB!.
2. Tidur kena cukup.
3. Saya makan 5 ke 6 kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan banyak ya. So, perut kita tak adalah lapar.Tapi jangan sampai terlebih kalori ya.
4. Air manis, ais jangan ambil. Saya langsung tak sentuh.
5. Then, minum banyak air kosong. Minum 3 liter sehari.
6. Pagi selalu saya breakfast oat. Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.
7. Nasi nak makan boleh je. Ambil suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambil beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar.
So, kena kawal gula dengan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan akan cepat naik.
8. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih. Makan roti wholemeal sahaja.
Saya ni tak suka makan nasi, tapi saya makan roti wholemeal. Roti pun karbo, jadi saya tukar nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau.
9. Jangan ambil mee atau kuetieau sebab makanan tu berminyak.
10. Boleh makan bihun saja.
11. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fasr food memang saya tak ambil.
12. Kalau ikan atau ayam, saya makan yang grill atau steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan tapi jangan selalu.
Seelok-eloknya kurangkan. Sebaiknya ambil yang berkuah, grill atau steam.
13. Malam makan sebepum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong.
14. Kena jogging atau exercise. Exercise tu tak kisah, tengok kat Youtube pun boleh. Seminggu dalam 2 k3 3 kali dah cukup.
15. Saya tak ambil apa-apa supplemen. Malam sebelum tidur saya ambil air green tea.
16. INGAT! Pastikan kita tahu berapa kalori makanan yang kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita. Jangan ambil terlebih kalori ya. Penjagaan kalori tu penting.
17. Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting.
Kesimpulannya:
Tak ada benda yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yang kita inginkan
Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh. InsyaAllah. Hope, apa yang saya kongsi ni, membantu anda semua. Apa-apa boleh tanya saya.
Kalau dah berjaya kurus, bagitahu saya ya. Buatlah gambar saya ni, sebagai pembakar semangat anda.
Sumber/Foto : Nurul Shahira (AraaEyraa)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI