50 Tahun Hidup Sendirian Selepas Bercerai, Nenek Teruja Kahwin Diri Sendiri

Share

50 Tahun Hidup Sendirian Selepas Bercerai, Nenek Teruja Kahwin Diri Sendiri. Seorang wanita berusia 77 tahun membuat keputusan mengahwini dirinya sendiri selepas 40 tahun hidup menjanda, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Dorothy Fideli berkahwin di Rumah Persaraan O’Bannon Terrace dalam negeri Ohio pada Sabtu lalu, dengan ditemani keluarga dan rakan-rakan.

Pernah Kahwin Upacara Ringkas

Ibu tunggal kepada tiga anak itu pernah berkahwin pada 1965 dalam upacara ringkas. Namun, dia bercerai sembilan tahun kemudian.

Menurut Fideli, dia mendapat idea untuk berkahwin dengan diri sendiri ketika sedang duduk di sebuah gereja.

“Saya hidup bersendirian selama 40 tahun. Sesuatu berlaku kepada saya ketika sedang duduk di gereja pada suatu hari. Ia membuatkan saya berfikir bahawa saya perlu melakukan sesuatu istimewa untuk diri sendiri.

“Saya melakukan semua perkara sendiri. Mengapa tidak (untuk berkahwin dengan diri sendiri)? Akhirnya, saya membuat keputusan untuk mengahwini diri sendiri,” katanya.

Teruja Kahwin Diri Sendiri

Selepas mendapat kebenaran pengurus rumah jagaan tersebut, anak Fideli, Donna Pennington menyewa gaun pengantin, menempah katering serta menghias lokasi majlis untuk hari bersejarah ibunya.

“Ini adalah sesuatu yang baharu buat saya. Saya tidak pernah berkahwin seperti ini,” kata Fideli sambil menambah, dia berasa gementar dan teruja ketika itu.

“Saya tidak menyangka bahawa saya akan kelihatan cantik dalam pakaian pengantin seperti ini,” katanya.

Mesti Baca:Isteri Baru Kahwin Seminggu Menangis Kena Bangun Awal, Biasa Bukak Mata Jam 11 Mak Dah Hidang Semua
Baca Lagi Di Sini:Cinta Terhalang Ketika Remaja, Warga Emas Kahwin Selepas 60 Tahun Terpisah!
Artikel Menarik:Tak Pernah Berkahwin, Wanita Warga Emas Bertemu Jodoh Pada Usia 83 Tahun!

Mingguan Wanita:Tak kisahlah nak rasai pengalaman pakai gaun pengantin dan berkahwin dengan diri sendiri sahaja pun, janji bahagia.

Sumber:Kosmo

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab