Hari Raya Aidiladha ni, pastinya ramai mak-mak yang mendapat daging korban dan kuantitinya juga agak banyak.Jika salah cara penyimpanannya, boleh mengakibatkan daging mudah busuk, tidak segar dan kualiti daging baru tersebut juga terjejas.
Sebenarnya ada tips tertentu yang boleh dicuba untuk mengekalkan kesegaran daging baru tersebut, dalam pada masa yang sama mampu bertahan sehingga lebih setahun! Kaedah ini dikongsikan oleh chef sendiri sebagai panduan kita.
KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
1.JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban (jangan dicuci). Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku,jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.
5.TIPS TAMBAHAN
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!!!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments
Jadi buat mak-mak yang banyak daging korban tu, bolehlah ikut perkongsian tips yang dikongsikan ni.Semoga daging-daging tersebut kekal segar dan mampu bertahan lama.Malah selain daging korban, apa juga daging segar yang dibeli dipasar juga boleh disimpan dengan kaedah ini.
Sumber: MB Johari Haji Ismail
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI