Jangan putus asa ya mak ayah, ini 5 tip penting membina pengaruh anak yang selalu dilabel degil dan sukar dengar kata.
Normal dalam ramai-aramai anak, pasti terselit seorang anak yang luar biasa sikapnya, yang mungkin agak payah nak ‘dihandle’ dan kadang mencabar emosi kita sebagai pendidik anak-anak.
Untuk kuatkan semangat, baca pekongsian daripada Nurul Ilyani ini…
1) Banyak peluk dan kontek fizikal. Masa bangun tidur sekali. Masa bergaduh dan sesi pujuk memujuk dalam 2-3 kali sehari, masa sesi hearing surah gosok dada, masa mandi pun bonding terbaik.
2) Banyak ucap kata-kata positif dan sayang. Masa bangun tidur sekali. Masa sesi bergaduh adik beradik dan pujuk memujuk 2-3 kali sehari, masa dalam kereta jalan-jalan, masa nak tidur.
3) Selalu suap makan. Anak-anak saya sebenarnya biasa makan sendiri. Mereka makan dengan kadar tumpah yang minima. Maksudnya dari kecil banyak latihan dan kemahiran manipulatif jari yang baik. Namun, di rumah, mesti minima 1 sesi makan, saya akan suap. Air tangan kita, nasi yang kita pegang, semua masuk dalam perut anak.
4) Menggunakan jadual ganjaran. Selain ganjaran sosial, anak juga perlukan ganjaran material. Sehingga satu masa baru tarik ganjaran material dan kekalkan ganjaran sosial. Ganjaran sosial seperti pujian, senyuman, perhatian, masa dan lain-lain.
5) Doa. Tiada siapa yang menolak kuasa doa. Doa supaya anak lembut hati, terbuka pintu hati. Akhlak yang baik dan sebagainya. Saya juga kerap doa dengan kuat sehingga didengari anak hardcore kami.
Selama berpindah, anak hardcore kami tidak lagi ke APC Sri Gombak 2 dan Loppy Sri Gombak setiap hari, kami dapat menumpukan perhatian kepada pembentukan karakter dan emosi, saya dapat merasakan perubahan emosi dan tingkahlakunya. Ia disedari juga oleh suami.
MashaAllah. Tabarakallah. Allah jua yang Maha Kuasa menjadikan sesuatu menurut kehendakNya.
Benar,
Ummu Ilham