Rupanya ada 5 tempat istimewa yang akan buat isteri anda bahagia dan tenang hatinya. Nanti wajah isteri boleh jadi berseri-seri macam bari balik dari melancong.
Tak percaya? Cuba hadam perkongsian Dr Taufiq Razif ini. Salah satu yang paling buat suami ini musykil bila mana balik kerja pun isteri boleh rasa bahagia sungguh. Haa.. rupanya ada sebabnya.
Saya duk perhati lama dah isteri saya ni. Kalau balik je daripada 5 tempat ni mesti wajah dia berseri seri macam baru balik melancong :
1. Kedai 2 ringgit
2. Kedai jual tudung
3. Masjid atau tempat usrah
4. Guardian
5. Balik dari tempat kerja
Yang no 1 hingga no 4 tu saya faham lagi la. Yela, Me Time dia la kan. Cuma yang no 5 tu saya pelik. Isteri saya ni doktor kat Klinik Kesihatan. Kerja bertimbun. Pesakit ramai. Beban kerja pun boleh tahan banyak.
SELALU JE MENGELUH PENAT tapi kadang-kadang tu dia balik dengan wajah ceria macam baru balik honeymoon.
Haisshhh! tak boleh jadi ni. Curiga la jugak kan.
“Baik sayang jujur. Ada benda sayang tak bagitahu abang kan?”
Dia tersenyum sambil buka mulut..
“Abang bagus tau beli mainan anak. Bagus untuk pendidikan. Pastu tudung ni kan macam makcik makcik la. Cantik kan tudung baru ni kan….bla bla bla
” ( panjang sungguh ceritanya sebab isteri saya ni ekstrovert sikit )Ya Rabbi. Patut la muka berseri bila balik kerja rupanya masa orang tengah rehat dia pi shopping kat shopee.
Itulah isteri kita ye wahai bapak bapak yang mulia. Ada masa kita kena tegas, ada masa kita kena manjakan dia.
Kita ni ibarat pemburu yang mencari hasil buruan. Siapa lagi nak makan hasil buruan kita kalau bukan pasangan hidup kita kan?
Tu la kenapa saya selalu kata kalau rezeki kita sendat dan macam tersekat, cuba periksa diri kita. Mungkin kita terlupa nak salurkan rezeki kita pada anak dan isteri kerana rezeki mereka ni Allah salurkan melalui tangan tangan kita.
KITA TAK SALUR, BAGAIMANA KITA NAK ALLAH HULUR?
Sampai Sekarang Tak Pandai Membeli Di Shopee Tapi Kebanyakan Duit Saya Ada Kat Dalam Shopee.
p/s : Saya tak berkira dengan isteri pun sebab dia tak pernah berkira dengan saya. Sabor je dia kalau saya tengah sibuk.
Dr Taufiq Razif juga berkongsi ilmu mendidik anak di Telegram miliknya : t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber/Foto : Taufiq Razif