5 Soalan Wajib Ditanya Masa Raya Bersiap Sedia Dengan Jawapan Ye…

Share

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Terdengar sayup-sayup gema takbir raya. Ini tanda berakhirnya bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, lagu-lagu raya berkumandang di radio-radio menyebabkan kita pun tak sabar nak sambut raya.

Masa inilah kita dapat berjumpa saudara mara dan kawan-kawan yang dah lama tidak berjumpa. Namun, dalam sibuk beramah mesra dengan ahli keluarga dan kawan-kawan tentu ada soalan yang kurang enak ditanya, walaupun ditanya dengan nada yang sopan. Beberapa tip yang boeh dikongsi dalam menghadapi soalan-soalan wajib raya:

1.Sudah bekerja ker? Kerja apa?
Tip: Mereka benar-benar ingin tanya dan ikhlas melihat kerjaya anda. Jadi kongsilah dengan mereka dengan menggunakan kata-kata yang mudah difahami. Jangan cepat melenting.

2.Mesti banyak kan gaji?
Tip: Sukar nak beritahu tentang gaji kita. Tetapi memadailah memberitahu anda seronok bekerja di situ.

3.Syarikat besar mesti dapat bonus raya tahun ini?
Tip: Soalan yang menggerunkan bila anda mempunyai kerjaya tetap dan bekerja di syarikat yang terkenal. Kadang-kala saudara mara meletakkan jangkaan yang kurang realistik. Walau bagaimanapun, anda boleh alihkan perbualan ini dengan menukar topik kepada pencapaian syarikat anda.

4.Jangan asyik bekerja saja, bila nak kahwin?
Tip: Soalan ini tentang status diri anda, lebih-lebih lagi bila melihat kerjaya anda tetapi masih lagi membujang. Cara terbaik anda menjawab soalan ini adalah dengan mengatakan masih lagi memperbaiki diri dan jangan bandingkan dengan orang lain.

5.Bila nak tambah anak pulak?
Tip: Kalau yang berkahwin, dah tentu-tentu soalan bila nak dapat anak. Bagi yang dah ada anak dah tentu akan tanya bila nak tambah. Memang tak akan habis. Cara terbaik beritahu mereka, masih belum ada rezeki dan sekarang ini nak membesarkan anak-anak yang ada. Ada rezeki kita tak akan tolak.

Dengan tip-tip ini, harap saudara mara dan kawan-kawan yang bertanya akan faham dan tak adalah solan yang berulang pada raya akan datang.

Terima Kasih Kepada: Linkedin

Published by
Nora