Mak ayah, jangan takut untuk beli barang buatan Malaysia. Ini kerana, banyak produk tempatan sudah mencapai standard kualiti malah lebih baik sehingga tembusi pasaran import.
Inisiatif Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 2 November lalu banyak memberi kelebihan kepada pengguna. Tentunya manfaat ini pengguna peroleh dari segi kualiti produk malah penjimatan harga barangan.
Ini senarainya kenapa mak ayah takkan rugi bila membeli barang buatan tempatan. Sila hadamkan.
Pertama : Selamatkan Duit Belanja Dapur Mak Ayah
Sebenarnya mak ayah, produk tempatan ini harganya jauh lebih murah berbanding barangan import. Pengguna yang bijak akan berusaha untuk memastikan jumlah perbelanjaan dapur dalam kadar yang menguntungkan seisi rumah. Jadi, kenapa perlu mengeluarkan wang lebih untuk barangan yang sama kualitinya.
Menerusi KBBM ini, pasar raya besar (hypermarket), pasar raya (supermarket), kedai serbaneka (convenient store) dan kedai-kedai serbaneka di stesen minyak serta di 304 kedai Inisiatif Kedai Ekonomi Rakyat (i-keep) terlibat dalam kempen ini.
Tentunya, mak ayah boleh membuat belian produk tempatan di lokasi jualan yang disenaraikan di atas dengan harga jauh lebih murah malah berkualiti.
Pembelian produk tempatan secara atas talian pun salah satu pilihan yang boleh mak ayah buat. Tentunya promosi dan diskaun jualan inilah yang mak ayah nanti-nantikan. Sekaligus, pilihan inilah yang menjimatkan duit belanja dapur mak ayah.
Kedua : Ada Lebihan Wang Untuk Bawa Keluarga Jalan-jalan
Sesetengah pasaraya, mereka mempunyai produk ’house brand’ mereka sendiri. Yang mana, harganya boleh jadi lebih murah 5 ke 20 peratus dari jenama lain.
Ads
Jika dalam sebulan itu, mak ayah berbelanja dengan pengurangan 20 peratus daripada sebelumnya. Dalam tempoh beberapa bulan, mak ayah boleh buat simpanan untuk aktiviti lain misalnya percutian keluarga.
Bawa keluarga bercuti ke lokasi menarik dalam negara pun satu langkah penjimatan dan pilihan yang bijak. Ini kerana, dalam masa yang sama mak ayah berjaya membantu ekonomi pengusaha tempatan.
Ketiga : Bantu Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana
Sedar atau tak, apabila mak ayah membeli produk tempatan, tindakan ini sebenarnya salah satu usaha menyokong pembangunan ekonomi usahawan kecil dan sederhana di negara kita.
Jadi industri IKS (Industri Kecil Dan Sederhana) boleh berkembang lebih maju dengan sokongan mak ayah. Maka, semakin banyak penghasilan produk kualiti yang mana akhirnya pengguna akan menikmati keuntungannya.
Dari semasa ke semasa kerajaan dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan yang lain sentiasa menggiatkan lebih banyak ekspo jualan KBBM di seluruh negara. Misinya untuk memasarkan produk tempatan untuk menembusi ke pasaran luar negara yang berpotensi seperti Jepun, Dubai dan China.
Ads
Keempat : Mak Ayah Bantu Turunkan Harga Produk Dalam Pasaran
Penghasilan produk ’house brand’ dari sesetengah peruncit sebenarnya menguntungkan mak ayah semasa berbelanja. Selain harga lebih murah, kualiti produk sama seperti produk lain yang ada di pasaran.
Malah, ini juga antara faktor penurunan harga barang. Yang mana, penghasilan produk ‘house brand’ ini tak memerlukan kos pengiklanan atau pemulangan semula produk.
Kelima : Mak Ayah Tunjukkan Semangat Cintakan Negara Dalam Diri Anak-anak
Sebenarnya anak-anak nampak apa yang mak ayah pilih mahupun berbelanja untuk mereka. Terapkan dalam minda anak-anak bahawa produk tempatan yang dihasilkan oleh orang tempatan itu sendiri berkualiti baik.
Tanda sokongan inilah yang akan gerakkan hati seisi rumah untuk lebih menghargai produk keluaran negaranya sendiri.
Ads
Apabila tak berbangga dengan produk luar, mak ayah sebenarnya mendidik satu keluarga cintakan negara. Bolehlah mulakan langkah membeli produk tempatan yang ada di pasaraya tempatan, atau berbelanja produk tempatan atas talian dengan tawaran harga yang lebih murah.
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dilancarkan di seluruh negara. / Kredit foto : malaysiaaktif.my
Ini Yang Mak Ayah Perlu Tahu Tentang Kempen Beli Barangan Malaysia
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dah wujud sejak tahun 1984 lagi. Tahun 2009, berlaku krisis kewangan global, jadi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kembali lancarkan kempen ini dengan penjenamaan semula.
Usaha ini untuk galakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia sekaligus membantu usahawan tempatan hadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan pada waktu itu.
Menjelang tahun 2020 ini tentunya cabarannya lebih hebat lagi. KBBM ini antara inisitif yang dapat membantu usahawan tempatan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Peningkatan pembelian produk PKS di kalangan pengguna ini sebenarnya akan membantu merancakkan dan merangsang kembali pertumbuhan ekonomi dalam negara.
Jadi, mak ayah bertindaklah bijak dan teruskan menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia ya.
#barangbaikbarangkita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Istilah golongan wanita lemah tidak boleh digunapakai lagi kerana wanita sekarang kuat menghadapi ujian hidup. Malahan ramai wanita lebih berdikari apabila sesuatu terjadi kepada mereka.
Walaupun pada awalnya tak sekuat mana, namun keadaan sekeliling kadang-kadang memaksa wanita menjadi kuat. Mereka terpaksa kuat untuk anak, keluarga demi kelangsungan hidup. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Banyak orang perempuan yang jadi kuat hari ini…
Menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan yang ada untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik walaupun ianya tak sesempurna orang lain…
Kenapa mereka kuat?
Sebab mereka tak ragu-ragu dengan kemampuan diri mereka… Mereka yakin bahawa mereka mampu buat, dan mereka boleh buat…berbekalkan semangat dan keazaman itulah, banyak perkara yang dahulunya kita anggap hanya lelaki sahaja boleh buat, sekarang ini perempuan pun boleh buat…
Kuat untuk suami, kuat untuk anak-anak, kuat untuk kelangsungan hidup dan kuat untuk diri sendiri…
Persepsi bahawa kaum hawa adalah kaum yang lemah itu semakin lama semakin pudar dek kerana nowadays, banyak perkara yang kaum hawa boleh buat dengan sendirinya…
Walaupun adakalanya mereka tewas dgn perasaan sendiri, walaupun adakalanya menitis juga air mata mereka, namun mereka tetap bangun keesokan hari dengan harapan untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik lagi…
Jangan memandang rendah wanita hari ini kerana mereka sendiri tak pernah mengalah utk meneruskan langkah… Bagi wanita yang stres uruskan keluarga, bolehlah reward diri. Klik sahaja di sini
MW: Wanita hari ini perlu kuat, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga juga. Kadang-kadang desakan hidup membuatkan mereka terus kuat.
Kelemahan kaum suami hari ini, masuk rumah tak peluk isteri dan anak tapi tengok phone dulu! Tak tahu mana yang silap, baru kahwin terus ada masalah rumah tangga. Bila pasangan nak betulkan keadaan, masing-masing mula tinggi suara. Akhirnya anak jadi ‘penonton’ kes tikam lidah suamai isteri! Allah… rugilah kalau anda masih tak sedar silap sendiri. Untuk renungan, baca perkongsian dari Ebit Lew ini…
Ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.
Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.
Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah. Ya Allah sedihnya…
Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya, terlupa beri salam, pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp.
Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..
Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak…
Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..
Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.
Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga
Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta’lim rumah.
Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.
Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?
Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita.
Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak.langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.
Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki, mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.
Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.
‘Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya’
Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hebat didikan ibunya. Pesan ibu, “walau hidup tak kaya, tapi jangan sesekali menipu.” Demikian luahan anak yang sudah kematian bapanya dan membantu pula ibunya menjual kacang rebus.
Maka, terjadilah dialog yang membuatkan seorang lelaki bernama Muhammad Yusof hampir terhenti jantungnya. Dek panahan kebenaran kata-kata seorang anak lelaki yang jujur lagi ikhlas dalam mencari rezeki harian.
Di Datangi Seorang Budak Jual Kacang Rebus
Masa saya tengah nak suap makanan. Datang sorang budak. Jual kacang rebus. Dia pakai seluar sekolah biru yang budak-budak sekolah rendah selalu pakai.
Kalau ikut time sekarang ni memang waktu baru habis sekolah.
Saya tanya dia ‘baru habis sekolah ke dik?’. Dia jawab, ‘Ya..’.
Saya tanya lagi ‘mak ayah mana dik?’.
Dia jawab ‘ayah dah meninggal. Mak pulak tengah jual kacang jugak..’. Muka dia terus berubah jadi sedih, mungkin teringat kat arwah ayah dia.
Pesan Mak, Biar Tak Kaya, Tapi Jangan Menipu Bang!
Nak tukar topik, saje saya bagi soalan nak uji budak ni: ‘Dik, abang tengok kacang ni macam semalam punya je..’.
Muka dia terus berubah, dia jawab ‘bang, setiap hari mak saya bangun pagi-pagi uruskan saya dan adik nak pergi sekolah, lepas tu dia akan uruskan masak kacang ni bang. Mak saya pesan biar kita tak kaya, tapi jangan menipu bang..’.
Terus jantung saya macam terberhenti kejap. Rasa bersalah tertanya soalan sensitif macam tu.
Saya mintak maaf, tapi budak tu senyum je. Yelah, budak-budak kan. Manalah tau nak hati sangat. Saya ambil kacang dia 2 bungkus, lepas tu saya bayar RM20. Balance tu saya kata buat duit sekolah dia.
Dia ucap terima kasih kat saya lepas tu dia hilang dari pandangan saya.
Saya terfikir dari sudut parenting skills, alangkah hebatnya didikan ibu bapa budak ni. Kesusahan hidup menjadikan keluarga ini kuat dan saya percaya yang anak kecil ini akan menjadi ‘someone special’ bila dia besar nanti. Yelah, disaat budak lain leka buat challenge tik tok la, main gamelah, saya kagum dengan kegigihan budak ni jual kacang ni luangkan masa nak cari duit untuk bantu tambah pendapatan keluarga dia.
Moga kepenatan dia dan ibu dia, Tuhan balas dengan kemurahan rezeki buat mereka sentiasa.
MW : Amin… sesungguhnya hidup dalam dunia ini adalah ujian keimanan untuk setiap makhlukNya.