Bra, adalah ‘kawan baik’ bagi setiap wanita. Bahagian inilah aset yang perlu dilindungi dan dengan adanya pakaian dalam, ia dapat mengekalkan bentuk badan serta memberikan sokongan yang diperlukan oleh aset anda.
Biasanya pemilihan bra turut mempengaruhi wanita dalam kehidupan harian. Silap pilih dan pemakaian tidak tepat boleh menyukarkan aktiviti hari-hari dan lebih teruk boleh memberi kesan kepada masalah kesihatan.
Adanya pakaian dalam yang betul, boleh menjadikan wanita itu bertambah yakin, seiring bergerak bebas. Paling penting ia mampu meraikan setiap bentuk badan dan payudara seseorang wanita.
Rahsia Pilih Bra Selesa
Sebenarnya, kalau pakai bra yang tak sesuai dengan payudara ia boleh memberi kesan buruk pada postur badan. Tak kurang juga yang keliru untuk memilih bra yang selesa, sesuai dengan aktiviti harian.
Sedangkan kita kena tahu pemilihan bra yang tepat bukan sahaja dapat menyokong payudara dan meletakkan ia di tempat sepatutnya tetapi dapat memberi kesan yang lebih kemas pada penampilan seorang wanita.
1. Cuba Dulu Sebelum Beli
Inilah langkah pertama yang perlu anda tahu terutamanya dalam memilih bra yang sesuai dengan anda. Tak perlu bersusah payah untuk ukur berapa saiz lilitan atau saiz cup badan. Apa yang perlu buat adalah dengan mencuba bra di dalam ‘fitting room’. Sebab ada masanya badan anda mengalami berat badan atau penurunan berat badan tanpa disedari. Bila pilih bra yang salah, ia boleh membuatkan anda tidak selesa dan postur badan tidak menarik.
2. Kedudukan Bahagian Tali Bra
Pastikan bahagian belakang dan hadapan bra selari. Jika anda merasakan seperti terangkat pada bahagian belakang, itu bermakna saiz bra tidak sesuai dengan payudara anda.
3. Kedudukan Bahagian Tali Belakang Bra
Jika ada bahagian yang terkeluar di tepi ketika atau bahagian dada, ia bermakna, saiz bra yang dipakai lebih kecil dari sepatutnya.
Ads
4. Ukuran Yang Tepat
Bagi mengetahui ukur lilit, ukur di bawah payudara, tepat pada sekitar tulang rusuk. Bagi mendapatkan ukuran cup yang betul adalah dengan melihat perbezaan antara ukuran band dan ukuran di bahagian tengah pada puting.
5. Pilih Bra Fleksibel
Kena perhatikan perubahan pada bentuk badan wanita itu. Sebab ukuran payudara boleh berubah dalam keadaan tertentu, contohnya semasa mengandung, menyusu badan atau menopause. Pilihlah bra yang cukup fleksibel untuk keselesaan bentuk badan.
Gaya Hibrid, Rasai Kebebasan & Keunikan Bentuk Badan
Terbaru, Triumph telah memperkenalkan Flex Smart, koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023 dengan meraikan keunikan setiap wanita melalui versatiliti, pilihan dan kebebasan.
Flex Smart ini berkisarkan tentang diri seseorang wanita dengan fikiran, perasaan dan keperluan harian dengan menonjolkan gaya hibrid yang serba boleh dan serasi dengan setiap keperluan diri wanita, seiring dengan perubahan bentuk badan dan kehidupan.
Menerusi koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023 (SS23), keselesaan menjadi taruhan dari rangkaian produk ini adalah menerusi bandeau top yang mengikut pergerakan tubuh. Ia sesuai dijadikan persalinan inner mahupun outer mengikut citarasa wanita.
Ads
Selain itu, rangkaian produk ini bersifat bra multi-fungsi yang diperbuat daripada fabrik regangan yang lembut supaya tidak mengekang pergerakan dalam apa saja aktiviti harian.
Menariknya, bra multi-fungsi ini juga membolehkan anda menanggalkan tali dengan pencengkam tanpa menganggu kedudukan payudara dan kekal sepanjang hari.
Malah, koleksi ini turut menampilkan seluar dalam high leg & maxi brief yang direka bentuk ergonomik yang sangat lembut dan ringan serta menyerlahkan potongan badan semulajadi.
Info:
Ads
Koleksi ini sangat memudahkan dan menyenangkan kerana ia mempunyai ciri lipatan dan penyimpanan yang sangat mudah serta sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Hanya gulung dan simpan.
Pastinya, Flex Smart adalah koleksi yang berterusan memberi keselesaan pada setiap wanita dalam apa jua peringkat kehidupan.
Triumph juga teruja untuk mengumumkan kolaborasinya dengan WILDEHOUSE sempena kempen Musim Bunga/Musim Panas 2023. WILDEHOUSE memfokuskan pada keunikan siri individu wanita. Rekaannya menyerlahkan keunikan si pemakai membolehkan ia dipakai ke mana-mana saja, dalam rumah mahupun luar. Anda juga boleh menggayakan dengan koleksi yang berwarna-warni dan berani.
Gara-gara tidak tahan dengan sikap suami yang gemar berpoya-poya dan berperangai keji, seorang wanita nekad mengupah orang untuk mengerat kemaluan suaminya.
Wanita dikenali sebagai Ayesha, 45, ditahan bersama anak saudara, Nandini, 30 dan suaminya, Pawan Vishwakarma, 35, selepas mangsa, Dr Shafatullah Khan ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Jabalpur, Madhya Pradesh, India pada Selasa minggu lalu.
Hindustan Times melaporkan, wanita terbabit dibantu mereka sebagai rancangan untuk balas dendam di sebuah rumah.Bagaimanapun, Pawan kemudian mengarahkan dua lelaki yang diupah melaksanakan tugas itu supaya membunuh mangsa. Dua lelaki terbabit masih bebas dan kini diburu polis.
Ditemui Dengan 12 Tikaman
Mayat mangsa ditemui dalam sebuah rumah di Jabalpur, Madhya Pradesh dengan 12 tikaman di dada manakala leher dan pergelangan tangan dikelar. Jurucakap polis, Shashikant Shukla berkata, mangsa ditemui dengan 12 tikaman di dadanya manakala leher dan pergelangan tangan dikelar.
Ayesha mengahwini suaminya pada tahun 1991 tetapi lelaki itu menggunakan kedudukannya sebagai doktor untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita termasuk gadis muda.Dia memperdayakan beberapa orang kononnya dengan menawarkan pekerjaan sebagai jururawat sebelum merogol mereka.
Ayesha mendakwa, suaminya pernah merogol Nandini ketika berusia 11 tahun menyebabkannya mengandung, namun perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan keluarga untuk menutup malu.
Setiap orang pasti ada posisi gaya tidur yang tersendiri, tak kiralah macam mana bentuk rupanya sekalipun. Ada yang tidur cukup sopan bak ‘Sleeping Beauty’ ada yang tidur lasak bagaikan sedang berenang dengan gaya Kuak Lentang dan macam-macam gaya tidur lagi. Apa pun gaya tidur kita, meskipun berbeza itulah gaya kebiasaan yang dirasakan paling selesa ketika tidur.
Sebenarnya gaya tidur juga menggambarkan rahsia personaliti diri dalam diri seseorang. Ini maksud disebalik 6 posisi gaya tidur yang sering dilakukan.
Jom Semak!
1. Tidur Mengiring
Jika gemar tidur mengiring dengan keadaan lutut membengkok, bermakna seorang yang tenang dan boleh diharap. Tidak mudah berasa tersinggung dan berani menghadapi sebarang cabaran. Pandai mengawal perasaan dan sentiasa berfikiran positif walau apa jua cabaran mendatang.
2. Tidur Seperti Bayi
Posisi tidur seperti bayi, digambarkan sebagai seseorang yang selalu memerlukan perlindungan dan mudah dikasihani orang lain. Dengan menggulung badan, ia menunjukkan akan cuba sedaya upaya untuk keluar daripada masalah. Gaya tidur seperti ini sebenarnya mempunyai bakat seperti melukis, menari dan menulis blog kerana aktiviti ini dapat meluahkan perasaan bimbang.
3. Tidur Meniarap
Jika suka tidur dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kaki terbuka luas, ia menunjukkan anda adalah seorang ketua yang bagus! Suka mengambil inisiatif dalam menentukan hidup dan kerjaya. Seorang yang suka merancang sesuatu plan, juga dilihat sebagai seorang yang bertanggungjawab, kunci kepada kejayaan yang dikecapi selama ini.
4. Tidur Melentang
Posisi tidur melentang menghadap dinding, kamu seorang yang positif dan sering menjadi perhatian orang ramai. Kamu dikelilingi oleh sekumpulan rakan yang baik kerana kamu suka berterus terang. Kamu yang sukakan posisi tidur ini mempunyai personaliti yang kuat.
5. Tidur Tegak
Jika kamu tidur tegak dengan tangan di sisi, kamu seorang yang mudah dibentuk. Kamu tahu apa yang kamu mahukan dan akan berusaha untuk mencapainya. Tegas dan tidak mudah mengalah, kamu mungkin kadangakala dilihat sebagai seseorang yang pentingkan diri sendiri.
6. Tidur Meniarap,Kaki Bengkok
Posisi tidur seperti ini dilihat sebagai individu yang sukar dijangka dan mempunyai personaliti yang pelbagai. Mood kamu mudah berubah dan kamu sukar membuat keputusan dalam masa yang singkat. Namun kamu mempunyai kehidupan yang stabil dan kamu sukakan suasana tenang yang tidak dipenuhi dengan manusia.
Hah, tepat ke tak personaliti disebalik gaya tidur diatas? Anda yang mana satu?
Melahirkan anak dalam keadaan sekarang bukanlah sesuatu yang mudah bagi mak-mak yang mengandung.
Sudahlah menanggung teruja ingin memeluk dan mengulit si kecil yang baru sahaja dilahirkan, namun segalanya terhenti apabila bayi yang baru berusia 18 hari dijangkiti Covid-19. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Secara tak langsung, bayi ini menjadi individu termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini. Sebenarnya bayi ini dilahirkan tanpa sebarang komplikasi namun setelah 18 hari anak ini positif pula.
Bayi 18 Hari Jadi Individu Termuda
Bayi berusia 18 hari menjadi individu termuda di Malaysia dijangkiti Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan wujud jangkitan Covid-19 daripada ibu mengandung kepada bayinya selepas proses kelahiran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu disahkan positif wabak itu ketika berusia 18 hari.
“Memang ada kes tetapi kita tidak pasti sama ada jangkitan itu berlaku ketika di dalam kandungan atau sebaliknya,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya, proses kelahiran bayi berkenaan bagaimanapun berjalan lancar.
“Tiada sebarang komplikasi berlaku semasa proses kelahiran,” katanya.
Faktor Serangan Strok
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata, terdapat tiga faktor serangan strok dalam kalangan pesakit Covid-19 terutamanya membabitkan usia muda.
“Terdapat tiga faktor serangkai yang menyebabkan pembekuan darah di saluran darah berlaku. Apabila virus masuk ke dalam darah ia akan menyebabkan tiga faktor aliran darah terjejas,” katanya.
Katanya, apabila ada inflamasi (keradangan) darah akan menjadi pekat dan mudah membeku.
“Virus menyerang dinding saluran darah dan menyebabkan luka sebelum proses thrombus (saluran darah tersumbat) berlaku,” katanya.
Tambahanya, individu yang mempunyai penyakit obesiti atau dirawat di hospital yang tiada pergerakan tertentu juga menyebabkan pengaliran darah lambat.
“Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika ia berlaku di kepala, strok boleh berlaku dan jika saluran darah tersumbat di jantung akan berlaku serangan jantung,” katanya.
Faktor Negara Diisytiharkan Darurat
Sementara itu, Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan tiga faktor untuk sesebuah negara mengisytiharkan darurat akibat pandemik Covid-19.
“Faktor pertama apabila banyak kematian berlaku, kedua jangkitan dengan mudah dan cepat serta terakhir ekonomi.
“Di Malaysia, kita ada tiga faktor ini di peringkat awal iaitu pertengahan April apabila kes naik mendadak,” katanya.
Katanya, negara kini dalam fasa pemulihan dan berharap sektor ekonomi juga dapat berfungsi seperti biasa tetapi mengikut syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.
Sumber: Harian Metro
MW: MW mendoakan bayi dan ibunya kembali sihat dan terhindar daripada kesakitan. Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan maknya tika ini setelah mengetahui anak yang baru melihat dunia positif Covid-19.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...