Baik suri rumah mahupun suri bekerja, masing-masing tetap ada jadual rutin memasak untuk keluarga. Menu sambal tentunya ada dalam senarai harian mak-mak. Kalau dah melibatkan sambal, kenalah mak-mak bergelumang dengan cili.
Sudahnya mak-mak beli yang siap di kedai, tapi rasa sedapnya takkan sama dengan cili yang dibersihkan, dikisar sendiri di rumah. Haa.. apa kata mak-mak cuba petua ini untuk pelihara jemari tu dari berasa ‘panas’ ataupun pijar.
Ads
Pertama : Guna Garam Atau Gula
Caranya, ambil sedikit garam lumurkan pada seluruh jari jemari tangan. Biarkan selama lima minit, kemudian bilas di bawah laluan air paip. Selain garam, gula juga boleh digunakan. Ulang proses yang sama.
Ibu boleh juga guna cara ini, rendam garam atau gula dalam bekas berisi air suam. Kemudian, rendamkan kedua-dua belah tangan yang pijar ke dalam bekas tadi. Biarkan sehingga rasa ‘panas’ tadi hilang.
Kedua : Celup Tangan Dalam Tong Beras
Mula-mula bersihkan tangan dahulu. Bila tangan dah bersih dan kering, masukkan tangan dalam tong beras sehingga rasa pijar tu tiada. Untuk petua ini, ibu boleh juga jika mahu menggenggam beras saja.
Dalam tong beras itu habanya lebih panas. Haba panas itu lah nanti meresap ke tangan. Lagi pun, orang dulu-dulu akan simpan buah-buahan dalam tong beras, bila nak peram beri buah tu masak cepat.
Ads
Ketiga : Air Asam Jawa
Mak-mak boleh juga cuba rendamkan tangan yang pijar tadi dalam air asam jawa. Rendam sampai rasa ‘panas’ tu tiada. Waktu kita kecil-kecil dulu pun, bila panas badan je, mak-mak akan lumurkan kepala dengan air asam. Ia kembali menyejukkan.
Keempat : Gosok Dekat Permukaan Sinki
Petua ini berkesan, kalau mak-mak nak cuba. Bila tangan rasa pijar akibat kendalikan cili, mak-mak cubalah gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan bawah air paip. Ulang lagi sampai tangan rasa selesa.
Ads
Kelima : Guna Susu Atau Yogurt
Sebab pada urat cili yang banyak tu ada sejenis bahan kimia yang dipanggil capsaicin. Bahan inilah yang buatkan tangan rasa pijar dan panas bila kita pegang cili dengan tangan kosong.
Uniknya, untuk hilangkan rasa pijar itu, caisen iaitu sejenis bahan kimia yang ada dalam produk tenusu, misalnya yogurt dan aiskrim boleh juga digunakan.
Caranya, rendamkan tangan dalam yogurt atau susu sehingga rasa panas atau pijar hilang. Patutlah kalau tengok cerita Running Man tu, mereka minum susu bila terpaksa makan makanan yang pedas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Hiasan karangan bunga, kalau nak beli, rasanya harga pun boleh tahan juga. Walaupun begitu, memang cantik bila dijadikan hiasan di rumah. Nak gantung atau diletakkan frame pun boleh. Ikut pada idea masing-masing.
Tak perlu nak pening-pening, hiasan karangan bunga nie rupanya boleh dibuat sendiri. Bahan yang digunakan pun diambil daripada sekita rumah. Akar-akar kayu dan penyakut baju. Bunga pula bolehlah dibeli di kedai atau guna sahaja bunga yang memang tak nak pakai.
Kali ini, Norpadilah berkongsi idea dalam membuat hiasan karangan bunga. Bolehlah mak-mak buat kat rumah. Tepek di dinding pun cantik.
“DIY hiasan karangan bunga ni sesuai untuk dinding atau pintu. Kos pun sangat-sangat rendah sebab kita una bahan-bahan terpakai yang ada di sekitar rumah. Cuma, kena gigih dapatkan akar kat semak la…”
Bahan Yang Diperlukan:
1. Akar kering yang melilit pokok.
2. Hanger baju
3. Cable tie
4. Hot glue
5. Bunga/daun artificial
6. Spray paint putih atau clear
7. Kayu pallet & hook ( addition ) klu nak buat frame
Step by step ada di bawah.
Akar pokok, hanger baju dan cable tie.
Spray ikut suka warna apa.
Kalau nak buat frame.
Kering cat boleh letak bunga pulak guna hotglue gun.
MW: Kreatif. Nanti bolehlh buat kat rumah. Tampal kat dinding untuk hiasan. Mesti cantik.
Mesin basuh yang mak-mak guna dan pakai berkali-kali itu, rupanya kena dibasuh bahagian dram sebulan sekali. Jika dibiarkan tanpa dibersihkan, akan menghasilkan bau masam pada pakaian.
Walaupun, baju-baju seisi keluarga sudah dicuci bersih dan kering di jemuran. Bau masam tetap akan keluar. Resah hati mak-mak bila jadi macam itu. Rasa tak selesa nak pakai baju tu kan.
Bagi mengatasi masalah baju berbau masam, walau sudah dicuci mesin, Maryam Sallehberkongsi cara membersihkan mesin basuh pintu depan (front loader).
Sebelum ini MW pernah juga kongsikan cara mencuci mesin basuh isian atas yang selalu mak-mak guna kan. (klik sini untuk baca linknya).
Kata Maryam, soda bikarbonat beli di kedai bakeri, harganya lebih murah. Dengan sukatan yang tepat, masukkan soda bikarbonat pada tempat sabun.
Cara Cuci Mesin Basuh Front Loader
Kata Maryam, “Pernah tak basuh baju tapi masih bau masam? Mungkin ada banyak daki air pada dram mesin basuh. So ini saya terjumpa cara membersih mesin basuh pintu depan (front loader)”
Sukatan cuka yang tepat ini masukkan pada bahagian dram letak baju.
Begini :
1. Larutkan 1/4 cawan soda bikarbonat dengan 1/4 air – Masukkan dalam tempat sabun di mesin basuh 2. Masukkan dua cawan cuka ke dalam dram tempat letak baju. 3. Tutup pintu, set untuk basuhan. Start. ( boleh pilih tub cleaning jika ada)
NOTA KAKI : cuka dan soda bikarbonat dapat melarutkan mineral yang melekat di dalam mesin basuh. Cuci sebulan sekali disyorkan supaya mesin basuh sentiasa bersih dari daki air yang menyebabkan bau masam pada baju.
MW : Mudah kan caranya. Paling penting, bahan pun senang jumpa dan jimat. Selamat mencuba ya mak-mak.
Ibu meraung tatap anak terbaring kaku, pelajar tingkatan 3 maut nahas motosikal. Ramadan ini pastinya memilukan buat seorang ibu apabila terpaksa menerima hakikat anak...