5 Pesanan Penting Bila Guna Steam Iron Macam Ni

Share

Steam Iron atau seterika Stim menjadi idaman ramai sebab fungsinya yang best walapun harganya agak mahal. Ia memudahkan mak-mak sebab kerja mengosok jadi lebih cepat dan pantas.Bila dah beli mahal, kena lah jaga lebih elok-elok seterika ini agar ia dapat bertahan lama serta tak mudah rosak.Sebab bila dah rosak kos nak baikinya pun boleh tahan harganya, lebih-lebih lagi jika warranty dah habis.

Baru-baru ini, Puan Wnsyakiran Wan Abdul Rashid ada kongsikan pesanan penting bagi pengguna steam iron macam ni. Ia berikutan seterikanya tidak berfungsi, mengalami masalah stim tak keluar serta air tangki berkeladak hingga perlu dihantar servis.

Steam Iron – Tip Penting

Berikut perkongsian wanita ini;

Setelah 11 hari kat service centre, akhirnya si purple ni pulang ke pangkuan keluarga.

Kena la RM350(nak raya ni oi)
Masalah: steam tak keluar, tangki ada keladak.
Barang yang diganti: valve, tank, & waterpump.

(Kepada yang tanya: warranty dah habis, dan saya dah guna iron ni dekat 3 tahun rasanya. Saya hantar ke philips service centre, saya google je kat mana. Bila hantar ke service centre, nanti mereka akan check dan bagi tahu apa masalah dan kos repair atau kos ganti, bila kita setuju baru mereka proceed untuk repair).

Pesanan kepada sesiapa yang menggunakan steam iron macam ni:

1. Kosongkan Tangki

Jangan biarkan air dalam tangki tu lama-lama. Paling baik setiap kali lepas guna, kosongkan tangki..kalau memang hari-hari guna masih ok tinggalkan dalam tu. Kalau contohnya balik kampung, bercuti, tinggalkan iron ni, tolong kosongkan tangki dulu ya. Kalau air bersih sekalipun, kalau ditinggalkan air dalam tu, masih boleh mengundang semut dan lain-lain masuk dalam tangki.

2. 2 Minggu Atau Sebulan Sekali Buat Descale

Kalau kuat guna better 2 minggu sekali buat descale or sebulan sekali tak payah tunggu lampu decalc nyala, masukkan air bersih dalam lubang easy decalc (time sejuk), keluarkan air kotor, buat sampai bersih.

3. Balut Cable

Untuk jaga cable, balut cable (tiub salur air/elektrik) untuk elak putus, rosak sebab bergesel dengan iron board.

4. Guna Air RO

Gunakan air bersih. (Kadang-kadang air paip pun ada time keruhnya kan, elakkan la) Elok guna Air RO yang takde mineral tu. kalau kat kedai yang air penutup putih tu.

5. Jangan Sambung Plug Ke Extension

Jangan sambungkan iron pada extension, Sebaiknya gunakan direct ke plug dinding. Sentiasa off plug dinding juga bila tidak menggunakan iron.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan terutama buat mak-mak yang gunakan seterika jenis stim ini. Ada baiknya berhati-hati dalam menjaganya, bila dah rosak satu hal nak kena ganti dengan kos yang mahal pula.

Sumber:Wnsyakiran Wan Abdul Rashid

Published by
Suhaidah Abd Wahab