Pernah dengar nama Venus Flytrap, pokok penangkap lalat atau perangkap lalat ini? Kalau nak tahu, inilah antara sejenis tumbuhan terunik di dunia. Tanaman jenis karnivora ini mendapat nutrisinya dengan menangkap serangga kecil dan ‘memakannya’. Selepas 10 hari, perangkap itu akan terbuka iaitu selepas ia melengkapi nutrisinya.
Sebab itulah Venus Flyrtrap ini berbahaya kepada lalat, tapi tidak kepada manusia. Sebabnya ‘mulut’ pokok ini lembut saja. Saiznya pun tak lah besar sangat. Paling tinggi dia boleh membesar pun 30 sentimeter saja.
Jadi, janganlah risau. Agak-agak lalat buah tu degil sangat takkan pergi dari tanaman, tanamlah pokok ini bersebelahan dengannya. Pokok pemakan lalat ini pun dah ada di Malaysia, boleh cari di nurseri online.
Bagi anda yang belum biasa, sebaiknya belilah anak pokok di nurseri atau nurseri online. Tumbuhan ini cantik dijadikan pokok hiasan. Warnanya pun menarik terutama jenis yang berwarna merah.
Jangan simpan di bawah teduhan. Pokok penangkap lalat ini memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk ia membesar. Ini kerana tumbuhan ini amat sukakan cahaya matahari.
Jika mahu meletakkan tanah lumut gambut (spagnum moss) , kadarnya antara 50 – 60 peratus sahaja. Campurkan tanah dengan 50 peratus perlite.
Jangan sesekali siram guna air paip atau air mineral. Ia akan menyebabkan tumbuhan ini mati. Tadah air hujan dan siram, boleh juga rendam pasu dengan kedalaman 2 cm air hujan dari dasarnya. Boleh juga gunakan air RO yang mengandungi kandungan mineral yang sedikit.
Bahagian mulut tumbuhan akan terkatup apabila menangkap serangga yang hinggap. Dan menyimpan serangga selama 10 hari untuk mendapatkan nutrisinya. Jadi, janganlah anda meletakkan apa-apa saja pada bahagian mulutnya. Ia akan mengganggu tumbesarannya, malah membuatkan daun venus cepat rosak.
Bahagian mulut yang seakan bergigi itulah daun venus. Ia mengeluarkan kelenjar/ cairan dan bau sedap yang menarik perhatian serangga untuk hinggap padanya. Pada daunnya itu terdapat engsel dan berbulu. Kalau nak tahu, proses menutup daun venus ini lebih cepat daripada tangan manusia.
AWAS! Jangan bersentuhan dengan daun venus flytrap atau terperangkap dalam daunnya kerana dibimbangi boleh menyebabkan reaksi pada kulit.
1. Pokok ini sejenis terapi unik yang boleh mengundang ketenangan pada penanamnya. Melihat gambar-gambar yang unik pada daun venus ini saja sudah cukup mengkhayalkan. Apa lagi, kalau kita berusaha menanamnya. Rasa tenang, setenangnya.
2. Menyeimbangkan ekosistem di persekitaran taman anda. Terutama di kawasan yang banyak serangga atau hama yang mengganggu tanaman lain. Tanamlah pokok ini berdekatan untuk membanteras makhluk perosak ini secara semula jadi. Ini salah satu solusi organik tanpa menggunakan racun perosak.
3. Dari kajian yang dijalankan di Jepun, kandungan plumbagin dalam bunga venus dikatakan berupaya mengurangkan saiz tumor yang terdapat pada usus. Tanaman ini berupaya mengubati penyakit kanser kecuali leukimia.
4. Venus Flytrap juga berupaya membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh.
Kredit video : BBC