Sesekali buat jajan sendiri, mesti lak keras. Tambah musim cuti sekolah, anak-anak suka makan, jenuh mak-mak kalau asyik nak beli.
Jadi kalau mak-mak nak jimat, cuba buat kudap-kudap makaroni resepi daripada Puan Sweets Niesah ini. Sangat menarik sebab ada banyak pilihan.
Saya kongsi resepi cara saya buat ni, anak-anak pasti suka. Makaroni cheese, makaroni snow nestum, makaroni batang buruk, makaroni celup coklat nestum, dan makaroni sira cabai. Boleh makan sambil nonton tv.
Makaroni
Rendam makaroni selama 45 minit(air paip), jangan kurang dari 45 mnit nanti keras.
Toskan dan gaul dengan sedikit garam.
➡ goreng
Minyak kena banyak semasa menggoreng. Api jangan terlalu kuat nanti masak mengejut. Api slow je.
4sb serbuk cheese(dijual di kedai bakeri)
2sb gula
1sk garam halus
1sb serbuk cili
100g coklat masakan (saya guna beryls dark compound yang coin). Cairkan double boil
Nestum original untuk salutan
Dah siap celup saya freeze sekejap dalam 3 mnit nak bagi cepat kering coklat tu. Susun dalam pinggan dulu sebelum masukkan dalam balang.
Blend semua bahan ni (blend kering)
Buat banyak nanti gandakan bahan ya.
6sb serbuk kacang ijau
2sb gula
1/2 sk garam halus
1sb susu tepung(saya guna susu anak)
Blend semua bahan ni (blend kering). Gandakan sukatan jika buat banyak.
4sb nestum original
2sb susu tepung (saya guna susu anak)
1/2sk garam
2sb gula
Blend semua bahan ni (blend kering). Gandakan sukatan kalau buat banyak.
Bawang putih dan bawang merah. Tumbuk agak sendiri berapa ulas (saya guna 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih.
4 senduk kecil cili kisar yang dicampur dengan air asam jawa masa blend
2sb gula, garam, serbuk magie cukup rasa, air dalam 2 gelas.
Daun kari dan bijan putih
Tumis bawang dengan daun kari bagi naik bau wangi dan garing. Masukkan cili kisar, pastu air, garam,gula, serbuk perasa. Tumis sampai kering dan pekat. Masukkan makaroni dan bijan putih.
Siap.