Tidak dapat dinafikan ikan memiliki sumber protien yang tinggi dan sangat baik untuk keperluan tubuh.Namun tak semua ikan elok dimakan lebih-lebih lagi bagi yang menghidap penyakit seperti Ekzema, Gerd serta wanita sedang dalam berpantang selepas bersalin.
Info penting ini dikongsikan oleh Dr Hafiz Sulaiman sebagai rujukan;
Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan. Memang lah lain individu lain reaksi..tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga.
Contohnya lepas bersalin. Orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin. Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.
Saya ambil contoh :
Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif. Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan yang mengandungi histamin buat sementara.
Elakkan makan 5 jenis ikan ini sementara waktu kerana ia mempunyai paras amino asid histidin yang tinggi.
1.Ikan Kembung
2.Ikan Tongkol
3.Ikan Cencaru
4.Ikan Bawal (Hitam/Emas)
5.Ikan Pari
Menurut pemerhatian dan pengalaman saya, ikan-ikan ini mungkin akan menyebabkan simptom penyakit tersebut menjadi lebih teruk.
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:
1.Ekzema: Ruam dan kegatalan menjadi lebih teruk.
2.Alahan atopi seperti asma dan resdung.
3.Migrain atau sakit kepala: Sakit kepala mungkin tercetus.
4.Pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
5.GERD: Jika ada radang gastrik, ia boleh jadi lebih teruk. Simptom yang biasa berlaku selepas makan ikan ini ialah sakit perut, kembung, berdebar dan sesak nafas.
6.Emosi dan mental juga boleh jadi terganggu menyebabkan stress, meroyan, fikir bukan-bukan, risau dan pelupa.
7.Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.
Bagaimana Simptom boleh jadi lebih teruk?
Semoga bermanfaat!
Sumber:Dr Hafiz Sulaiman & thebiohealer