Ramai yang tahu bahawa setiap rakyat Malaysia yang layak dan memenuhi kriteria tertentu, wajib membayar cukai daripada sumber pendapatan yang diperolehi.Namun masih ramai yang enggan atau gagal berbuat demikian.
Kena sedar bahawa membayar cukai merupakan satu kewajipan sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab untuk masa depan negara. Cukai pendapatan ini pula boleh dibayar menerusi LHDN.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merupakan salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperoleh lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.
Pesanan buat individu yang menjalankan perniagaan, jangan lupa isi eFiling yang bakal berakhir pada 15 Julai 2019 ini. Boleh layari https://ez.hasil.gov.my/CI/ untuk lebih mudah, tepat dan selamat.
Selain itu, berita baik buat individu yang mahu membayar cukai sekaligus menjadi warganegara yang bertanggungjawab, rebut segera tawaran Pengakuan Sukarela oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang bakal berakhir pada 30 September 2019
ini.Jika ya, jom rebut tawaran pengakuan sukarela oleh LHDNM sekarang.
Untuk maklumat lanjut hubungi HASiL Care Line: 1-800-88-5436 atau layari www.hasil.gov.my