Sejuk hati mak ayah lihat anak mengaji Al Quran dengan lancar dalam usia bawah 7 tahun. Lagi seronok jika anak dilatih mengaji tanpa menggunakan rotan apatah lagi paksaan. Anak-anak pun tak semata-mata menghafal, tapi ilmu Al Quran masuk sampai ke dalam hati. Walaupun ketika itu usia anak baru masuk 3 tahun.
Ibu anak dua, Puan Syima Ariffinmenggunakan pendekatan cara mudah mengajar anak mengaji bermula dengan membaca alif ba ta menerusi aktiviti bermain.
Aisyah Kenal Huruf Al Quran Seawal 3 Tahun
“Masa itu saya terus guna buku. Anak jadi tak minat dan cepat bosan. Aisyah, anak sulung. Dia bukan jenis yang boleh duduk diam dalam satu masa yang lama. Dia lebih suka belajar bila ada aktiviti yang gerak-gerak.”
Sebab itulah Puan Syima keluarkan kad imbas syifa untuk tarik minat dia kenal huruf Al Quran. Ajar cara santai sambil bermain. Aisyah paling suka ‘matching game’.
Tip Mudah Ajar Anak Kenal Huruf Al Quran
1. Memahami usia 0-6 tahun, fitrah anak adalah bermain, ibu ini gunakan pendekatan bermain untuk melatih anaknya mengaji.
2. Dalam mendidik saya letakkan ukuran ini; ‘Sejauhmana anak ini rasa suka dan minat dengan huruf Al Quran’ ini akan memudahkan pembelajaran yang lebih advance iaitu Al-Quran.
Ads
3. Tak meletakkan anak CEPAT belajar mengaji AL Quran sebagai ukuran. Kerana cepat atau lambat itu bergantung kepada anak-anak.
4. Sejak usia anak 3 & 4 tahun, anak sudah didedahkan dengan ‘matching game’. Satu kejutan buat ibu ini bila guru Aisyah maklumkan, anaknya mula masuk level huruf bersambung. Dia jadi cepat tangkap dan boleh baca sendiri. Sebab biasanya, anak-anak akan keliru bila masuk hurud bersambung. Mereka biasanya lebih kenal huruf tunggal.
5. Tiada teknik pun salah atau betul. Cuma, apa yang saya nampak, walaupun agak lama Aisyah nak tunjukkan result, tapi rupanya dia kenal bentuk huruf tu, dia bukan hafal. Jadi bila ianya bersambung, ianya tidak menjadi masalah besar untuk dia.
“Sekarang, dia boleh baca 3 muka surat Buku Iqra sehari, berbanding dulu nak baca satu muka surat pun dia bosan. Saya akui faktor usia yang sudah makin besar, jadi dia sudah boleh baca buku.”
Dari Situlah Timbul Idea Nak Gunakan Kad Imbas (Matching Game)
(Rujuk video untuk memahamkan 5 langkah idea Puan Syima)
Ads
Langkah 1 – 5
1 – Buka ring pada set kad. Pilih 5 kad secara rawak, letak di depan anak.
2 : Pilih dan tunjukkan satu huruf pada poster kepada anak.
3 : Minta anak carikan kad yang sama dengan huruf yang ditunjukkan di poster.
Ads
4 : Aktiviti ini melibatkan pergerakan yang banyak dalam usaha anak mencari kad.
5 : Dengan cara bermain ini, bukan sahaja Aisyah seronok dan minat belajar, tapi dapat ingat huruf alif ba ta dengan mudah.
Ajar Anak Mengaji Tanpa Rotan, Aktiviti Bermain Ini Yang Akan Mengubah Mereka Jadi…
1 – Dulu, perlu ajak banyak kali baru anaknya nak belajar.
2 – Sekarang, belum tiba waktu mengaji, Aisyah sudah duduk di depannya, dah tak sabar nak bermain sambil belajar.
3 – Paling best, dulu bila guna buku Iqra, dia tak boleh habis walaupun 1 muka surat.
4 – Sekarang, dia suka baca. Sampai 3 muka surat sehari. .
5 – Alhamdulillah, cara mudah yang saya gunakan ini berjaya menarik minat Aisyah untuk belajar alif ba ta.
6 – Anak ini BUKAN HAFAL, tapi dia berjaya KENAL BENTUK huruf al quran ini.
Moga dengan perkongsian saya ini, ibu bapa yang tidak tahu macam mana nak tarik minat anak berkenal kenal dengan huruf Al Quran dapat dibantu.
Pupuklah anak minat mengaji dan cinta dengan Al Quran seawal usia. Bila ibu ada cara mudah ajar anak mengaji Al Quran perjalanan ibu melatih anak akan jadi lebih menyeronokkan.
Sumber/Foto: Syima Ariffin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak sulung, yang bertama bertakhta di rahim seorang ibu. Inilah anak yang ditunggu-tunggu oleh setiap suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.
Lahirnya anak sulung, dialah menjadi pengerat kasih sayang suami isteri. Segala kasih sayang dicurahkan kepadanya. Apatah lagi, mak ayah sanggup lakukan apa saja dia.
Bayangkan betapa sayangnya mak ayah pada anak sulung. Diharakan menjadi contoh pada adik-adik nanti. Sesetengah mak ayah mengharapkan anak pertama biarlah lelaki supaya menjadi abang yang dapat menjaga adik-adiknya.
Semua itu takdir dan pemberian dari Allah, anak lelaki mahu pun perempuan sebagai anak sulung tidak menjadi persoalan. Paling penting adalah cara mak ayah mendidik anak ini dan boleh jadi dia akan mendapat ‘mental stimulation’ seperti yang dikatakan oleh Dr Taufiq Razif ini.
Anak sulung ada banyak kelebihan contohnya mengikut kajian IQ anak sulung lebih tinggi kerana mereka mendapat ‘Mental Stimulation’ yang banyak daripada mak ayah cuma tanpa didikan yang betul :
1. Mereka jadi Perfectionist Hilang empati Hanya fikir nak capai tujuan sahaja Mudah marah kalau benda tu tak sempurna
2. Mereka jadi Overprotective Nak kuasai adik beradik Adik beradik tak boleh buat keputusan Nak masuk campur semua urusan adik beradik
3. Mereka jadi Bossy Suka tekan adik beradik Adik beradik tak boleh bantah langsung Terlalu memaksa secara melampau
4. Mereka jadi hilang Self-Confidence Takut nak buat sesuatu Jadi pendiam dan pasif Biarkan adik beradik pijak kepala
5. Mereka jadi Pemarah Suka pecahkan barang Lampiaskan pada adik beradik Suka guna nada suara yang tinggi
6. Mereka jadi Pendendam Suka pendam perasaan Susah nak menangis Jadi pendiam tetapi protes senyap senyap
Penyebabnya ada bermacam tetapi solusinya satu sahaja iaitu mak ayah kena ada ilmu untuk mendidik anak sulung kerana mereka anak pertama dan mereka sangat istimewa di hati kita
#seminitparenting
Mingguan Wanita : Tak hairanlah ada mak ayah yang lebih beri kasing sayang berbanding anak yang lain. Moralnya, jangan pilih kasih ye. Didiklah cara yang betul supaya anak sulung jadi lebih bertanggungjawab.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian
jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Setelah berkahwin dan berkeluarga, kerja-kerja di rumah makin bertambah. Sebaiknya berbahagilah tugas antara suami dan isteri bagi mengurangkan kerja-kerja yang ada di rumah.
Melihat isteri yang tak menang tangan uruskan itu dan ini, bantulah apa yang patut duhai suami. Taat pada suami biarlah bertempat mak-mak sekalian, suami dan keluarga bukan tuhan yang mampu faham setiap inci hati kita.
Mami pernah bekerja… Keluar rumah 7.30 am sampai rumah pun dah Maghrib… Kalau ada signing dengan client di luar… alam baru balik. Kalau balik lambat… Mami tinggal mandi, solat, susukan anak dan makan.
Berbagi tugas kami suami, isteri.
Mana yang Mami sempat… Mami buat.
Mana yang Papa sempat… Papa buat.
Masa tu anak-anak kecil lagi…
So tak berapa boleh membantu…
Cuma ajar kemas toys sendiri…
Dah makan angkat pinggan letak sinki…
Eh rindu pulak zaman itu….
Ketika Anak Masih Kecil
Dulu masa anak-anak kecil kalau dekat kedai makan… Papa akan tengok anak-anak dan pegang yang baby, Mami makan dulu. Apa-apa isteri dulu. Sekarang Mami sudah jadi suri rumah…
Kalau dekat rumah… Papa balik kerja benda first ditanya Mami sudah makan? Kalau belum…tung tang, tung tang dia kat dapur siapkan makan untuk kami. Kalau Mami tak sibuk siang tu… Mami masakkan siap-siap…anak-anak dan Papa balik … Lepas Maghrib kami makan.
Kami makan bersama. Biarlah anak buat sepah. Riuh-rendah. Itu semua moment indah. Kemas sama-sama. Vacum sama-sama. Mop sama-sama. Anak-anak basuh pinggan dan cawan sendiri. Kalau Papa masak… Mami basuh periuk. Sekarang kat kilang pun… benda yang Papa akan tanya Mami sudah makan? Selain Mami sudah solat?
Ingat…
Anak-anak pemerhati.
Terutama anak lelaki.
Macam mana kau layan isteri…
Tak mustahil satu hari macam itulah dia layan anak perempuan orang.
Tahu Tugas Masing-masing
Anak-anak tahu tugas masing-masing.
Iman kerjanya kibas saprah lepas makan di toilet, siram dan buang sampah.
Aisya kerjanya basuh pinggan lauk dan pinggan adik yang kecil.
Yaya kerjanya angkat pinggan lauk letak sinki dan buang atau simpan leftover food.
Mama kerjanya susun kasut.
Papa akan angkat pinggan dan basuh sendiri .
Papa tak pernah sua pinggan kotor pada Mami untuk dicuci kecuali Mami sendiri yang mintak nak angkat dan basuhkan.
Papa ambik air sendiri di dapur.
Kadang-kadang Papa mintak tolong anak-anak ambilkan.
Papa dan anak-anak juga lipat kain.
Papa juga iron baju kalau tak over time weekend.
Kerja Papa sebelum tidur ialah check pagar dan pintu berkunci ke belum. Kadang-kadang tugas diambil alih Iman.
Papa juga on kan washing machine sebelum tidur.
Vacuum… berebut-rebut mereka nak vacum rumah.
Mami macam biasa suka mengemop.
Semua Mami “halau” naik sofa kalau tak nak kena mop dengan Mami. Bangun tidur… Sejak first day nikah hingga pagi tadi… Papa orang yang 1st bangun, keluarkan baju dari dryer, bukak semua lampu dan baru kejut Mami. Kalau Mami uzur… Papa biarkan Mami tidur… Papa tak kejut Mami. Tak ganggu Mami. Lepas berak semua akan sental toilet .
Sambil mandi siapa rajin boleh sental bilik air. Tak payah tunggu suruh.
Tak payah Mami Papa petik nama. Sebab apa?
Sebab mereka rasa “manisnya” buat kerja rumah .
Mula-mula terpaksa.
Lama-lama terbiasa dan bila tak buat…jadi tak biasa.
Lelaki atau Perempuan Sama
Ingat…..jangan ajar “rajakan” suami
Jangan rajakan anak lelaki.
Kalau sayang suami..
Sayang keluarga..
Sharelah pahala sunnah di rumah bersama. Sayangi diri sendiri .
Jangan memaksa diri.
Pasangan dan keluarga bukan Tuhan tahu isi hati kita. Luahkan isi hati pada pasangan.
Apa yang perlu…apa yang tak puas hati…
Malu bersemuka…dalam whatapps pun boleh.. Berapa ramai wanita yang tak sedar mereka sedang “sakit tenat”. Ingat… taatlah bertempat.
Tak semua yang suami suka tu Allah redha. Bukan nak iklankan suami.
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Eh ikut koranglah penerimaan macam mana. Yang baik jadikan ikutan.
Yang buruk jadikan ibrah dan pengajaran. #SunnahUntukDikongsi #BukanDiboloti
MW: Ingatlah mak-mak walaupun anda mampu menguruskan segala kerja rumah seorang diri, jangan selesa selamanya. Sudah namanya berkongsi hidup, kerja di rumah juga harus dikongsi bersama. Jika dibiarkan lama-lama anda sendiri terbeban dan tiada masa untuk diri sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pasang CCTV demi keselamatan isteri, luluh hati suami bila tahu isteri curang dengan lelaki lain.
Ujian buat suami ini, bayangkan perasaannya yang begitu sayangkan isteri akhirya mengetahui isteri yang dicintai tergamak menduakan dirinya.
Pasang CCTV Demi Keselamatan
Gara-gara memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) demi memantau keselamatan isterinya, luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu bahawa isteri tercinta curang dengan lelaki lain semasa ketiadaannya, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Lelaki tersebut, Peng Jichang yang berasal dari bandar Wuhan, China telah berkahwin dengan isterinya selama lima tahun.
Luluh Hati Suami
Disebabkan corak pekerjaan Jichang yang sering bertugas di luar kawasan, dia membuat keputusan untuk memasang CCTV bagi memantau keselamatan isterinya dan sebagai menghilangkan rasa rindu.
Pada suatu hari, ketika Jichang memeriksa rakaman CCTV menerusi telefon bimbitnya, dia terkejut melihat isterinya membawa pulang lelaki lain dan melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut di pelbagai sudut di dalam rumah mereka.
Bila Tahu Isteri Curang
Selepas diselidiki, Jichang mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun, iaitu sebelum dia mengahwini wanita berkenaan.
Disebabkan berasa kecewa, Jichang akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak menunjukkan rasa menyesal selepas melakukan perbuatan tersebut. – AGENSI