“Mak ada RM50 nak beli baju baru. Kawan Syah, baju dia semua baru. Syah baju yang sama saja”
“Bukan mak baru beri RM30 ke hari tu. Takkan cepat sangat habisnya.”
“Mana nak cukup mak. Harga makanan pun dah mahal.” Tengking anak lelaki itu dengan wajah bengis.
Walaupun mulut berleter, duit anak yang diminta tetap mak beri. Semakin remaja usia anak, makin sukar mahu dilentur. Mak pula tak mahu lihat anak susah, Sanggup buat apa saja asalkan anak bahagia.
Ads
Sedar tak sedar, rupanya mak dah ‘spoil’kan anak. Manjakan anak tu tak salah. Tapi mak-mak jangan sampai salah tafsir maksud MANJA.
Bila dah terlalu kerap dimanjakan dengan ‘duit’ anak pun naik lemak. Hilang sudah adab dan akhlak yang perlu dijaga ketika bercakap dengan mak ayah sendiri. Mak ayah perlu pegang ini, apabila kita meletakkan diri sebagai hambaNya, hati akan sentiasa merunduk ke bumi. Kerana Allah jugalah raja sekalian alam.
Enam Tahun Pertama
Inilah waktu tumbesaran otak anak paling pesat. 90% EQ (Emotional Quatient) anak dibina waktu ini. Selebihnya 10% ketika anak usia 7 tahun ke 20 tahun.
Ads
Sebab itulah, waktu usia ini mak-mak perlu beri kasih sayang pada anak tapi jangan sampai anak memanipulasi mak ayah. Bukan semua kemahuan anak, mak ayah kena penuhi.
Jangan Sampai Salah Tafsir Definisi ‘Manjakan Anak’
1. Manja Pun Ada Batasnya
Jangan beri anak apa yang dia mahu. Sebabnya bila tiba-tiba mak tak boleh tunaikan janji, anak akan memberontak, menyalahkan mak. Bantu anak kawal emosi sejak mereka kecil agar bila besar anak pandai hidup berdikari.
Ads
2. Didikan Orang Lama
Tak salah ambil ilmu dari cara didikan orang tua kita. Yang jadi masalah, bila ada mak ayah yang ragu-ragu dengan teknik keibubapaan atau skil mendidik. Sudahnya mereka menjurus jadi kurang yakin dengan kebolehan anak sendiri.
3. Jangan Tertekan Dengan Persepsi Masyarakat
Sebabnya ia boleh beri kesan negatif dengan cara mendidik mak ayah. Masa anak kecil inilah perlunya memupuk kasih sayang pada anak kecil.
4. Tak Bezakan Anak Lelaki-Perempuan
Anak perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Kerana, hormon estrogen dalam badan anak perempuan bantu hubungkan otak kanan dan kiri yang cepat berbanding anak lelaki.Jadi, mak ayah perlu tahu sebab itu mereka perlu belai anak lelaki 0-6 tahun lebih lama berbanding perempuan.
5. Tegas Itu Perlu
Ia perlu disokong dengan mimik muka dan suara yang tegas. Biar anak tahu mana satu nada ibu bergurau, nada suara gembira atau tegas.
Benar, sebagai mak ayah bukan mudah mahu menghalang kemasukan fitnah akhir zaman ke dalam rumah sendiri. Kadangkala tanpa sedar pun, mak ayah terleka dengan smartphone di tangan. Itulah antara tanda-tandanya. Bentengi hati daripada fitnah akhir zaman dengan surah Al Kahfi.
Perkongsian daripada Ainizal Abdul Latifyang menunjukkan panduan bagaimana mahu mengawal hati anak-anak daripada tergelincir dengan kehadiran fitnah akhir zaman.
“Sedang menguji susunan dan ayat hafalan Rizqy anak Autisme saya, pada 10 ayat surah Al Kahfi” Tulisnya ketika menerangkan video ujian hafalan anaknya.
Perangkap 5S
Perjalanan homeschooling pada setiap hari jumaat di mulakan dengan ulangan bacaan, kefahaman melalui terjemahan, dan tadabbur surah Al Kahfi.
Mereka perlu difahamkan tentang akan hadirnya fitnah akhir zaman dan dajjal. Merekalah anak-anak kita yang jika di izin Allah adalah generasi yang akan melalui zaman tersebut dengan dasyat.
Kita tidak mampu menghalang keluarnya fitnah akhir zaman, namun kita sudah di peringatkan berkali-kali oleh baginda rasulullah melalui hadith sahih tentang bagaimana mahu menghalang fitnah tersebut daripada masuk ke dalam rumah.
Sungguh, jika ditadabbur barulah kita akan tahu dan faham apa kaitan surah Al Kahfi ini dengan fitnah akhir zaman dan kehadiran dajjal. Bagaimana pemuda-pemuda gua itu Allah selamatkan daripada kekufuran, begitulah kita mohon di selamatkan Allah dari fitnah ini kepada keluarga kita.
Benteng Surah Al Kahfi
Saya pernah mendengar satu ceramah (maaf lupa siapa penyampai), yang memberitahu, jika kita perhatikan, strategi fitnah akhir zaman sebenarnya telah di rancangkan melalui perangkap 5S iaitu:
1) Smoke : Rokok dan ketagihan.
2) Sport : Sukan-sukan yang banyak dipertandingkan.
3) Screen : Game, video dan filem yang tidak ditapis.
4) Song : Lagu dan hiburan yang melalaikan.
5) Sex : Eksploitasi aurat wanita dan filem porno.
Hari ini, tanpa kita sedar, semua itu sudah berjaya masuk ke dalam rumah-rumah kita, tanpa kita dan anak-anak keluar rumah mencarinya. Mereka boleh dapat semua maklumat berkaitannya di hujung jari iaitu hanya melalui gadget.
Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk menghalang 100% perangkap ini masuk ke dalam rumah. Allahuakbar, satu dua terlepas juga di sebabkan gadget sudah menjadi keperluan untuk melakukan kerja dan komunikasi pada hari ini.
Moga Selamat Dari Seburuk-buruk Fitnah
Dalam keadaan kita tidak mampu menghalang ia masuk ke dalam rumah, siapalah yang mampu untuk menjaga kita dan mereka kalau bukan Allah, melalui amalan yang ditunjuk ajar oleh nabi.
Moga kita dan keluarga sentiasa mendapat bantuan, hidayah dan ihsan daripada Allah dalam menjaga dan memperbaiki iman supaya terselamat dari seburuk-buruk fitnah, iaitu fitnah akhir zaman.
Anak-anak dalam lingkungan dua hingga empat tahun memang sukar nak difahami. Datang mood baik, memanglah mak,ayah ikutkan saja perangai mereka. Tetapi kalau melampau mulalah mak,ayah rasa nak melenting dengan sikap anak kecil yang kerap meragam.
Pantang tak dituruti pasti anak mengamuk. Disebabkan marah dan tak faham psikologi anak-anak, kita selamba saja cop anak itu degil. Padahal kita yang tak fahami jiwa anak-anak yang makin membesar. Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari ini baik-baik:
Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas itu selamba saja cakap budak itu degil.
Saya dulu hampir jadi macam tu jugak.
Kadang itu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi saja pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik meragam.
Ada saja benda tak kena.
Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar.
Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duduk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius.
Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu.
Sebab tu kita mak ayahlah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tip paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu.
1. Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan. Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?”
2. Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju.
3. Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa saja. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak.
4. Namun bila kita sudah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam.
Tolong #kongsikan tips penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Mak ayah yang bijak dia tahu apa nak buat untuk jadikan anak lebih tenang dan tak mudah meragam.
Benarlah berangan dan memasang impian itu ‘percuma’ dan tak perlu bayar. Adakalanya ia terapi yang cukup mudah untuk para isteri gembirakan hati dan motivasi dirinya sendiri.Sebenarnya memang ada perkara tertentu yang isteri suka buat tapi suami tak perlu halang atau risau pun. Malah patut turut beri sokongan.
5 benda suami tolong jangan halang demi kesejahteraan rumah tangga.
Pagi tadi I said to abang, while staring at the blank wall of our room, cuba abang imagine ini semua kaca, and from our bed, we are actually staring at the beautiful blue sea. Abang kata ramai lah orang. No, this is our private beach. Tak ada orang lain. Kita buat rumah kecik je, surrounded by nature abang kata okayyyy while trying hard to imagine
Bab bermimpi ni serahkan kepada isteri, sebab dialah yang pakar. Orang lelaki biasanya berfikiran lebih realistik dan berpijak di bumi nyata.
Tapi sebenarnya bukanlah orang perempuan ni suka meminta minta. Ada benda-benda yang dia buat sebenarnya saja untuk menghiburkan hati. Bukan nak pressure suami pun. Para isteri ni lebih tahu kemampuan suami, dan jarang sekali yang Maryam jumpa suka minta lebih lebih dan tak bersyukur dengan apa yang suami boleh berikan.
Jadi para suami janganlah rasa ‘offended’ pula bila isteri berimpian melangit. Dia tak paksa suami tunaikan pun. Sebagaimana bila isteri cerita masalah dia kepada suami, dia tak minta solusi pun. Cuma sekadar nak luahkan.
Banyak masa, solusi suami tu lagi tambah menyakitkan hati ini antara learning point dalam perkahwinan kami. Bila isteri cerita masalah, jangan cuba nak selesaikan. Lagi irritating dengar solution yang abang offer sebab cara berfikir berbeza. Just listen attentively. Bagi pendapat kalau diminta sahaja ye.
So ini antara list yang mungkin isteri suka buat tapi suami tak perlu halang atau risau. Malah patut support
1. Shopee
Barang berlambak dalam cart tu biasa. Isteri window shopping kat Shopee tu biasa. Kalau ternampak dia sibuk window shopping tu, tak perlu halang atau tegur. Selalunya cart dia boleh cecah ratusan barang. Jarang sekali dia checkout melainkan benda betul-betul perlu.
Kalau dia simpan dalam cart sampai barang tu delisted pun lagi dia happy. Tak payah fikir dah perlu beli atau tak, sebab memang tak boleh beli dah. Dan janganlah gatal tangan tolong bayarkan pula, sebab kebanyakan barang tu dia taknak pun, kalau tetiba tengok suami dah bayarkan, dia kecewa.
2. Hotel
Ada isteri suka survey-survey hotel dan resort. Tengok harga yang macam menarik. Tengok beach lawa, facilities hotel dan sebagainya, kawasan cantik untuk jalan-jalan. Sebenarnya dia taklah nak pergi sangat pun, just terapi je.
3. Rumah Cantik
Ramai isteri ada rumah impian. Maka rajinlah dia google gambar-gambar rumah impian dia. Deco rumah lawa, design lawa, perabot best, dapur dan toilet cantik, bilik impian untuk anak dan sebagainya. Ada yang suka google gambar garden. Relax jelah, bukannya dia nak suami buatkan pun. Kalau nak, dia akan usaha sendiri.
4. Barang Kemas & Pinggan Mangkuk
Ini pun sama. Tak perlulah suami risau sangat kalau isteri suka cuci mata tengok barang kemas dan pinggan mangkuk. Siap join facebook group atau telegram channel. Kebanyakan masa dia tak minta pun. Cuma mungkin kalau suami dapat bonus tu, mulalah dia masuk jarum
5. Tudung Dan Baju Lawa
Asal ternampak iklan baju atau tudung yang lawa-lawa mulalah dia tenung dan cuci mata. Siap pergi ke website dan add to cart. Kebanyakan masa dia tak beli pun melainkan betul betul perlu. Dan dia pun tahu kalau dia pakai takkan sama macam model
So yang parcel dok sampai tak henti henti kat rumah tu apa? Pampers beli borong sebab ada sale di shopee, susu anak, baju anak, barang pdpr anak, barang keperluan untuk buat bisnes dari rumah, barang masak.
Nampak tak? Kebanyakan benda yang dia beli mesti untuk kesejahteraan keluarga, bukan untuk diri sendiri pun. Dan kebanyakan masa perbuatan tersebut untuk gembirakan hati dan motivasi dirinya sendiri supaya dapat bekerja lebih keras mencari rezeki untuk keluarga. Bukan untuk membebankan suami. Bersangka baiklah
Mingguan Wanita : Memang ada benarnya. Perkara-perkara begini memang para isteri suka buat. Bukanlah bermakna memang mahukannya, namun cukuplah dijadikan sebagai terapi yang cukup mudah untuk para isteri gembirakan hati dan motivasi dirinya sendiri.