5 beradik bergelar anak yatim menjelang aidilfitri, peluk erat & cium jenazah bapa. Berat ujian kita hadapi, berat lagi ujian ditanggung oleh lima beradik yang sekelip mata bergelar anak yatim.
Bahkan hasrat menyambut hari raya hanya tinggal angan sahaja selepas bapa yang mereka sayangi meninggal dunia selepas meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Jalan Tanjung Bidara – Solok Duku di Masjid Tanah pada 17 April lalu.
5 Beradik Bergelar Anak Yatim Menjelang Aidilfitri
Arwah meninggal dunia selepas melanggar seekor kerbau
Dalam satu perkongsian oleh seorang yang mengenali arwah, dipetik dari fbnya @julasapiyah Kassim, memaklumkan arwah Sazali Mohammad, seorang insan yang sangat baik dan selalu membantu orang sepanjang hidupnya.
Tulisnya :-
4.30am. 20/04/2023 (Khamis)
Puas cuba lelapkan mata tapi tak mampu. Sedangkan siang tadi saya tiada rest.
Ini kerana masih lagi memikirkan keadaan 5 beradik yang kehilangan AYAH tempat bergantung kasih sayang.
Ads
AYAH mereka pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya pada tanggal malam 27 Ramadhan 1444H. 2 atau 3 hari lagi akan menjelangnya Syawal.
Peluk Erat & Cium Jenazah Bapa
Tidak dapat digambarkan bagaimanakah suasananya nanti dalam ketiadaan AYAH yang sangat disayangi.
AYAH mereka merupakan seorang Insan yang sungguh baik akhlaknya. Ringan tulang demi membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pada hal dalam masa yang sama, kami amat mengetahui dia juga amat memerlukan.Namun demi tanggungjawab sosialnya, dia sanggup kurbankan kepentingannya sendiri.
Perginya Sdr. Sazali Mohamad dalam bulan yang sungguh mulia dan di malam hari yang penuh bermakna. Pergi buat selama-lamanya menemui Yang Maha Pencipta, dengan meninggalkan 5 cahaya mata yang masih dahagakan kasih sayang dari seorang AYAH.
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain hanya mampu meminta kepada kalian semua agar dapat MENDOAKAN kelima-lima anak Al Marhum membesar dalam keadaan sempurna sehingga kelak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah yang senantiasa MENDOAKAN kedua IBUBAPA mereka serta menjadi mata rantai menyambung segala Amal Kebajikan yang dilakukan oleh AYAH mereka semasa hayatnya.
Sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelma ini, SUDILAH kiranya Tuan/Puan menghulurkan bantuan SEIKHLASnya demi kelangsungan kehidupan seharian mereka.
Ads
Kepada ALLAH jua diharapkan akan membalas segala budi dan jasa baik Tuan/Puan.
Jenazah Al Marhum Sdr. Sazali Mohamad telah selamat disempurnakan pada jam 4.00 petang (19/04/2023- Rabu) di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, Melaka.
Sebenarnya tak susah pun nak tanam sendiri cendawan tiram di rumah. Syaratnya, ikut cara yang betul. Menanam cendawan tiram bongkah ini telah dilakukan sendiri oleh wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer.
Dalam masa 11 hari, anda dah boleh tuai cendawan tiram dan nikmati hasilnya dengan anak-anak. Paling best cendawan tiram bongkah ini, boleh memberi hasil pada tuan rumah selama 4 bulan.
Cendawan tiram bongkah ini boleh anda beli di nurseri online, ataupun pengusaha cendawan yang ada di negara ini. Harganya berbeza ikut pengusaha. Tapi anda boleh dapatkan harga serendah RM2 ke RM3 untuk sebongkah cendawan tiram jika pandai mencarinya.
Sebaik Membeli Bongkah Cendawan Tiram
Letak bongkah di tempat jauh dari matahari, dingin dan tak terdedah secara terus dengan cahaya (saya letakkan dekat rak tinggi). Tegakkan selama 7 hari. Biar putih-putih di bahagian atas turun sampai bawah. Stopper (penutup) jangan dibuka.
Selepas 7 hari baringkan bongkah cendawan tiram, buka stopper dan balut dengan kain basah.
Korek sedikit tanah di bahagian depan dekat stopper tu dan renjis-renjiskan dengan air. Kain basah tu pastikan sentiasa lembap. Balutkan bongkah ni dengan penuh kasih sayang ya.
Selepas 3 ke 4 hari anak cendawan ni akan keluar. Anda masih perlu membalut bongkah cendawan tiran dengan kain lembap.
Selepas 24 jam, cendawan akan jadi sebesar ini dan boleh dituai. Cabut habis ya sampai ke akar. Renjis-renjis air depan tu, nanti dia keluar lagi cendawan yang baru.
Penyanyi berbadan genit, Siti Sarah mohon maaf dan mengakui kesilapannya serta suami, Shuib selepas didenda kerana melanggar prosuder operasi standard (SOP) di kedai makan baru-baru ini.
Tampil menjelaskan kejadian sebenar, Sarah menerangkan mereka ke Kelantan bukan untuk bercuti, sebaliknya untuk pembukaan outlet BubbleBee di Kubang Kerian dan Kota Bharu.
Namun sepanjang perjalanan ke sana, salah sebuah kereta milik pekerja mereka mengalami kemalangan, sebelum mereka membuat keputusan untuk berhenti minum di sebuah restoran yang terletak di Kuala Lipis.
Kami Mohon Maaf
Seperti mana pengakuannya yang dikongsi Siti Sarah akui ke Kelantan bukan kerana bercuti tetapi mendapat kebenaran merentas negeru untuk pelancaran outlet terbaru BubbleBee.
“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan. Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua outlet baru BubbleBee.
“Pada mulanya, pekerja kami terlibat dalam kemalangan akibat jalan licin. Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.
Bersama-Sama Kita Ikut Saranan Kerajaan
“Selepas selesai uruskan pelbagai perkara, kami buat keputusan untuk berhenti makan di sebuah restoran tepi jalan di Lipis.
“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.
“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan bersama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” kongsi Siti Sarah di laman Instagramnya.
Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, terdahulu, Shuib dan Sarah, masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar SOP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.
Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.
“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.”
“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.
Sumber : SinarPlus Sumber Foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...