Musim cuti sekolah ni, selain bawa anak jalan-jalan, mak-mak mesti pening nak fikirkan aktiviti mereka ketika berada di rumah. Iyalah takkan nak bagi anak main gajet dan tengok tv je. Mesti kena cari satu aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak, kemahiran motor dan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan bermain playdoh.
Tapi jika nak jimat, mak mak boleh buat sendiri playdoh ini di rumah dengan anak-anak. Dijamin bebas tanpa bahan pengawet, tahan lama dan paling penting tidak berbahaya serta selamat untuk anak.
Berikut perkongsian cara buat playdoh oleh Puan Lieya Jais sebagai rujukan.
“Buat ibu-ibu yang nak cuba buat tanah liat versi sendiri, bolehla cuba ye. Kalau tak, boleh juga beli yang sedia ada kat kedaiii nunn…Playdoh ni asalnya idea dari seorang cikgu yang bagi ceramah masa orientasi Jehan hari tu. Terima kasih cikgu bagi resepi maveles ni…Maaf tak ingat namanya dan dari sekolah mana.”
MAGIKA 5 BAHAN, PLAYDOH KABOMMM!
Bahan-Bahan:
1 plastik tepung gandum (beli yang paling murah sekali)
1 cawan garam halus
1 cawan minyak masak
2 cawan air
Pewarna – gunakan pewarna makanan atau warna air.
Ads
Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan tadi dan uli sebati.
2. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian dan letak pewarna kesukaan anda.
3. Tadaaaaa…dah siap. Tak nak main simpan dalam bekas kedap udara ye. Jangan biarkan diluar.
1. Tiada bahan pengawet & tidak merbahaya buat kanak-kanak.
2. Garam bertindak sebagai anti kulat jadi ia tahan lama. (kalau tak silap 3 bulan).
3. Warna tidak akan luntur dan tangan juga tidak berminyak.
4. Kos yang sangat murah, berbaloi-baloi.
Ads
Semoga bermanfaat!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak penuhi aktiviti anak-anak cuti sekolah ni bolehlah cuba buat playdoh ni bersama mereka. Mesti seronok dan anak-anak pun mesti suka!
Rupanya sangat senang nak buat sendiri serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Menggunakan bahan-bahan semulajadi yang pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Hidayat Sahidini sebagai panduan;
Homemade mushroom seasoning powder. Ke arah perisa semulajadi tanpa garam dan msg.
Bahan-Bahan:
Cendawan shitake lotuss halfprice stiker kuning
Lobak merah (hiris guna peeler)
Bawang putih
Cara Membuat:
1. Hiris semua bahan dan masukkan dalam air fryer. Dehydrate 80°c 60min++ sehingga bebetul kering macam kerepek.
2. Selepas itu blend kering.
Siap!
Info Ekstra!
Guna cendawan segar, bilas-bilas kemudian hiris je. Tengok mat salleh buat guna dry mushromm dia terus blend je.
Kalau tak ada dhydrtor pakai Air Fryer biasa guna suhu paling rendah 80°c.
Boleh juga bakar cendawan tu sekejap dalam oven. Pastu agak-agak lembab dan tak basah sangat, masukkan dalam kuali dan sangai. Leceh sikitlah sebab tak ada alatan sesuai. Tapi insya allah tetap jadi.
Mingguan Wanita:Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat,perisa semulajadi bebas garam dan msg malah boleh dapat banyak hasilnya.
Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim marjerin ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim marjerin ni.
Jom cedok resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ini;
“Jom kita buat krim marjerin untuk anak-anak kita ke sekolah. Tak la jemu meka asyik dok calit dengan planta, kaya ja.Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin & gula ja..tapi akak nak dia lebih rasa sedap & lemak sikit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal.Jom intai apa yang akak derhaka tu”.
Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula kisar
Setengah cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu caair
Perisa..ikut masing-masing ya
Cara Membuat:
1.Campor semua bahan kecuali perisa.mixer sampai kembang dan jadi putih gebu.
2.Bila dah kembang, boleh letak perisa. Ok siap! dah boleh sapu pada roti.Marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais.Dia macam planta, kalau kita simpan dalam peti dia keras, bawa keluar dia lembut balik.
Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba!
MW:Menarik juga idea ni, pastinya rasanya lebih sedap!. Mak-mak boleh cuba untuk pelbagaikan disapu pada roti mahupun kek. Anak-anak pun mesti suka!
Anai-anai memang musuh nombor satu dekat rumah kerana ia boleh barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.Walaupun macam -macam cara dah guna nak hapuskan serangga perosak ni, semuanya tak jalan.
Nak guna khidmat servis kawalan anai-anai untuk menghapuskan serangga perosak ini pula boleh tahan mahal harganya. Mampu mencecah ribuan ringgit.Bukan semua orang ada bajet tersebut.
Jadi nak atasi masalah anai-anai ini di rumah, boleh cuba cara ini. Hanya guna campuran minyak tanah dan garam kasar. Ia bukan saja berkesan, selamat tanpa menggunakan racun sekaligus menjimatkan kos.
Alhamdulillah…dari perkongsian sahabat-sahabat kita akhirnya berjaya menjalankan operasi pembasmian anai-anai. Moga mereka-mereka semua telah berpindah dan tidak kembali lagi.
Bahan-Bahan Pembasmi Anai-Anai yang saya gunakan:
Minyak tanah 2kg (agak-agak 2botol mineral)
Garam kasar 2kg (dalam 2beg)
Cara Membuat:
1. Campurkan garam dan minyak tanah ke dalam 1 bekas.
2. Saya guna tin thiner dan biarkan semalaman. Keesokkannya mulakan operasi.
Hasilnya.Wow, memang terbaik. Bersidai semua anai-anai yang kena tu.Bulan depan kita tengok dia mai lagi tak.
Moga berguna untuk semua.
Info Ekstra!
Sebaiknya sekurang-kurangnya sembur 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang tu. Bagi dia tolong bawak masuk dalam sarang dia.
Saya guna botol tebuk penutupnya dan garam lebihan tu ditaburkan. Yang ni saya buat dekat kayu bawah rumah yang diratahnya.
Untuk atas tanah mungkin kena lebih kerap, sebab untuk kawasan kayu saya pun kena 3 kali baru yakin menjadi.
Kalau sapu sebaiknya guna minyak hitam. Kalau minyak tanah meresap ja rasanya, yang ini saya terus sembur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada masalah anai-anai dekat rumah tu, boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini. Sembur dengan campuran minyak tanah dan garam kasar sahaja. Lakukan beberapa kali.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...