body scrub

Tak perlu beli dah body scrub di kedai, sebabnya dengan petua yang diajarkan ini anda boleh buat sendiri di rumah. Bahan-bahannya boleh diperoleh dari dapur anda saja.

Paling penting, ianya mudah, menjimatkan dan cepat malah tahan lebih dua minggu jika disimpan dalam peti ais. Bahan utamanya adalah hampas kelapa.

Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Sebab itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.”

Resipi yang dikongsikan Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek), Puan Sarifa Redzuan ini bukan saja boleh dijadikan skrub tubuh malah tak salah jika disapu pada wajah.

“Kalau selalu amal, kulit akan nampak berseri dan peloles.”

Bahan-bahan

7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula biasa atau gula perang
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras

5 Bahan Ajaib Hasilkan Body Scrub Sendiri Di Rumah, 2 Minit Siap!

Caranya

  1.  Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
  2. Siap untuk digunakan.

5 Bahan Ajaib Hasilkan Body Scrub Sendiri Di Rumah, 2 Minit Siap!

IKLAN

Cara Guna

1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan

2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.

3. Amalkan seminggu 2-3 kali.

4. Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak dicampur air.

5 Bahan Ajaib Hasilkan Body Scrub Sendiri Di Rumah, 2 Minit Siap!

IKLAN

Manfaat Kelapa

  • Haluskan kulit
  • Lembapkan kulit
  • Pelindung sinaran UV
  • Cerahkan kulit
  • Tanggalkan kulit mati
  • Redakan masalah ke gatalan kulit
  • Redakan masalah jerawat
  • Pudarkan jeragat
  • Anti penuaan

Pakai Masa Nak Mandi, Lepas Tu Nampak Kesan Dah

Masa nak mandi tadi cikgu sempat guna hampas kelapa yang cikgu buat kelmarin dan titiskan LovePotion

5 Bahan Ajaib Hasilkan Body Scrub Sendiri Di Rumah, 2 Minit Siap!

Kulit Cikgu ni kategori super dry dan super sensitif. Jadi , sabun memang susahlah nak pakai. Kecuali sabun khas yang di buat sendiri atau beli daripada doktor.

Selalunya cikgu akan pakai bahan alami jer. Mana yang sempat buat. Itulah cikgu pakai. Cikgu ni kalau pakai apa-apa pun wajib titis LP dalam adunan sebelum pakai.

Hasilnya. Sangat sangat memuaskan.

IKLAN

Cikgu kongsi gambar sebelum selepas pakai.

Dalam LP terlalu banyak khasiat. Antara yang paling Meletop anti penuaan adalah meteorite. Wow! Paling murah pun dengar kata 1kg dekat RM25 ribu.

Banyaklah khasiat meteorite sebenarnya dalam perawatan kesihatan. Perlu diadun dengan bahan bahan terpilih.

Dan lagi satu yang bestnya pasal LP ada khasiat batu permata seperti jed, amethyst, dan pelbagai lah.

Patutlah bila pakai terpancar aura. Cikgu perasan bila cikgu muka comot alergik pun orang masih kata cikgu comel. Itu tandanya terpancar ler seri. Kompiden tu lebih.

Apa apa pun semua atas izin Allah.

Sumber/Foto: Sarifa Redzuan II via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI