dr hamid arshat

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengharapkan ikatan perkahwinan yang dibina mampu berkekalan hingga ke akhir hayat malah mengimpikan dipertemukan semula di syugaNYa. Sepanjang tempoh tersebut pastinya pelbagai asam garam dan pahit manis dalam perhubungan suami isteri yang perlu ditempuhi demi memastikan ia berkekalan bahagia hingga ke akhirnya.

Tak sangka rupanya, Dr Hamid Arshat,72 dan isteri tersayang telah mencapai angka 47 tahun usia perkahwinan! Ternyata ia bukan satu tempoh yang singkat dan hampir setengah abad! Selain jodoh dan usia yang panjang, ada 7 pesanan yang dikongsikan oleh Pakar Sakit Puan ini dalam mengekalkan kebahagiaan rumahtangga yang menjadi amalan beliau.

Semoga ia mampu menjadi panduan buat kita.

“Alhamdulillah kita berdua capai umur 72 tahun, dikurniakan kesihatan, keimanan dan kebahagiaan hidup, bahagia bersama selama 47 tahun.Semoga terus dirahmati dan diberkati Allah.”

1. Semakin Sensitif

Bila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri.Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.

2. Jangan Suka Mengungkit

Jangan suka mengungkit hal-hal yang lepas, khususnya yang negative, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.

Ads

3. Selalu Mengalah

Bila pasangan kita naik suara, berang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati.Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.

4. Makan Masakan Isteri

Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life too short.

47 Tahun Berkahwin, Dr Hamid Arshat Kongsi 7 Tip Kebahagiaan Rumahtangganya Yang Menjadi Amalan!

Ads

5.Toleransi Dengan Isteri

Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari-cari. Lawak saja.

6. Layankan Minat Isteri

Saya lihat orang perempuan tak jemu-jemu membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain-lain saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lain-lain. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha

7. Luangkan Masa Berdua

Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak-anak, sekarang kita perlukan privacy pula.

Ads

Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak-anak dan cucu-cucu datang kerumah untuk makan bersama.Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.

47 Tahun Berkahwin, Dr Hamid Arshat Kongsi 7 Tip Kebahagiaan Rumahtangganya Yang Menjadi Amalan!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pasangan suami isteri dalam mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian dalam rumahtangga.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI